Crocs Buat Kenyataan menerusi Tahun Ketiga Kempen “Come As You Are” Tampilkan Zooey Deschanel, Natalie Dormer & Ramai Lagi

3 April 2019 /PRNewswire/ — Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini melancarkan tahun ketiga kempen pemasaran “Come As You Are”. Duta-duta jenama global, termasuk pelakon wanita memenangi anugerah, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah Zooey Deschanel, bersama-sama pelakon wanita British Natalie Dormer akan menggalakkan pengguna untuk mengisytiharkan bahawa mengekspresikan diri sendiri, berasa selesa dan kelihatan bergaya tidak saling eksklusif.

Untuk pelancaran rasmi kempen ini, Crocs menyiarkan video yang menonjolkan betapa mudahnya untuk berasa selesa menjadi diri sendiri.

“Ketika kami melangkah ke tahun ketiga kempen ‘Come As You Are,’ kami berkembang maju bukan sekadar pesanan dan penampilan kami tetapi seluruh rupa dan rasa daripada kempen pemasaran kami,” kata Terence Reilly, Ketua Pegawai Pemasaran, Crocs. “Crocs membuat pengisytiharan berani bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tanpa mengira siapapun anda atau ke mana haluan hidup anda.”

Deschanel dan Dormer turut disertai oleh pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin, pelakon wanita Korea Selatan dan ahli penyanyi wanita berkumpulan gugudan Kim Se-Jeong serta pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose untuk kempen sepanjang tahun ini.

“Memandangkan keselesaan datang dalam banyak bentuk dan saiz, duta-duta jenama global kami akan memakai dan bercakap tentang beberapa gaya kami yang paling popular dalam suasana yang relevan mengikut minat dan personaliti mereka,” kata Reilly.

Produk dan koleksi paling popular Crocs akan dipamerkan sepanjang kempen termasuk LiteRide™, Crocband Platform, Crocs Serena, Swiftwater™ dan semestinya Classic Clog yang ikonik.

Kempen “Come As You Are” akan dapat dilihat melalui pelbagai bahan digital, sosial, cetakan dan pemasaran dalam kedai dengan tumpuan khusus kepada Amerika Syarikat, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan. Di samping itu, Crocs akan mencari Duta Peminat Crocs 2019 yang dapat menunjukkan bagaimana mereka menanggapi “Come As You Are” dan mengenakan Crocs untuk mengejar minat mereka. Butiran tambahan tentang pertandingan Duta Peminat Crocs 2019 akan dikongsi pada penghujung bulan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen “Come As You Are”, kunjungi www.crocs.com/comeasyouare.

Latar Belakang Crocs, Inc.

 

Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Sebahagian besar kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™ iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pada tahun 2019, Crocs memperkukuh misinya agar “setiap orang berasa selesa menjadi diri mereka sendiri” menerusi tahun ketiga kempen Come As You Are™ globalnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau Come As You Are, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.

Sumber: Crocs, Inc.

Pautan Berkaitan:

Saham Berkaitan: NASDAQ-NMS:CROX

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.