Anak Minum Susu Pediasure, Mak dan Ayah Beli Saham Mereka

Mesti ramai di kalangan ibubapa yang memberikan anak mereka minum susu Pediasure ni kan? Tapi tahukah anda bahawa anda boleh beli saham parent company mereka, iaitu Abbott Laboratories?

Jom kita dengar kupasan menarik daripada Stallion Brothers, pakar pelaburan saham global untuk cerita lebih lanjut mengenai Pediasure ni.

Berpangkalan Di Amerika Syarikat

Abbott Laboratories berpangkalan di US dan merupakan market leader kepada produk technology blood screening, heart failure monitoring & produk nutrisi.

Kalau kat Malaysia kita lebih kenal dengan nama produk mereka berbanding nama syarikat Abbott Laboratories ni. Produk mereka yang popular kat Malaysia ini adalah produk susu PEDIASURE.

Susu PediaSure ni boleh dikatakan susu premium bagi kanak-kanak. Harga yang dijual boleh dapat 2 – 3 kilogram susu lain. Namun sebagai pelabur, kita perlu melihat daripada segi potensi pasaran produk tersebut.

Kita boleh jumpa produk mereka di mana-mana pasaraya yang ada di Malaysia. Jadi, keboleh pasaran dan permintaan produk ini sememangnya ada. Produk ini juga terdapat di negara Asia Pasifik, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Afrika. Tahukah anda, mengikut statistik UNICEF setiap hari 353,000 bayi lahir di seluruh dunia. Tiada apa yang mustahil untuk produk ini berkembang.

Pada tahun 2018, Abbott telah mencatatkan Revenue atau Pendapatan sebanyak $30.6 bilion USD. Dan sebanyak $2.0 bilion USD telah dibayar kepada pemegang saham Abbott dalam bentuk deviden.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Abbott ini adalah Patuh Syariah. Inilah syarikat yang patut kita laburkan.

Pada tahun 2014, harga 1 unit saham Abbott adalah $37 USD.
Pada tahun 2019, harga 1 unit saham Abbott adalah $79 USD.
Pulangan sebanyak 113% dalam masa 5 tahun.

Sekiranya anda membeli 1 unit saham Abbott pada harga RM148 (37×4) pada tahun 2014,
hari ini pelaburan anda telah menjadi RM316 (79×4).
Keuntungan yang anda jana adalah RM168.

Ini jika kita beli 1 unit di mana modal anda hanya RM148.
Jika anda beli 10 unit di mana modal anda adalah Rm1480, pelaburan anda menjadi RM3160 dan keuntungan yang dijana adalah RM1680.

TAPI PULANGAN ATAU R.O.I adalah tetap sama iaitu 113%. Keuntungan berbeza mengikut modal masing-masing.

Dunia pelaburan pada hari ini sudah mudah. Semua pembelian adalah atas talian atau secara online. Kini kita sudah boleh membeli saham global secara SELAMAT dan PATUH SYARIAH.

Pelbagaikan pelaburan kita. Labur di Bursa Malaysia. Labur juga di Global.

Sumber: Stallion Brothers

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang

Tempat: MENARA PGRM, CHERAS
Tarikh: Sabtu, 20 April 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Tempat: INTAN MILLENNIUM SQUARE (IMS)
Tarikh: Sabtu, 4 Mei 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Belajar Saham Global Dengan Mereka Yang Pakar

Rebut peluang melabur saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google dan bermacam-macam lagi.

Daftar segera Seminar Melabur Saham Global di sini.

Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Step By Step Cara Beli Saham IPO Dengan CGS iTrade (TERKINI)

Pelaburan dalam tawaran awam permulaan (IPO) sering menjadi peluang menarik bagi pelabur yang ingin memiliki saham syarikat sebelum ia mula disenaraikan di pasaran saham. Dengan platform CGS iTrade, proses memohon IPO kini menjadi lebih mudah, pantas, dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.

Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh memohon saham IPO menggunakan akaun CGS iTrade. Daripada pembukaan akaun hingga ke proses menerima saham selepas penyenaraian.

Persediaan Penting Sebelum Memohon IPO

Sebelum anda memulakan permohonan IPO melalui CGS iTrade, pastikan beberapa perkara asas ini telah disediakan:

1. Akaun CDS dan Akaun Trading Aktif

Untuk membeli saham IPO, anda perlu mempunyai akaun CDS (Central Depository System) dan akaun trading dengan CGS International Securities Malaysia (CGS iTrade).
Akaun CDS berfungsi sebagai tempat penyimpanan saham anda selepas disenaraikan.

2. Dana Mencukupi

Pastikan akaun trading anda mempunyai baki yang mencukupi untuk menampung jumlah permohonan saham.
Sebagai contoh, jika anda mohon 10,000 unit saham pada harga RM0.50 seunit, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM5,000 (tidak termasuk caj lain).

3. Fahami Maklumat IPO

Baca prospektus IPO yang disediakan. Anda boleh semak:

  • Harga tawaran IPO
  • Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia
  • Kategori permohonan (runcit atau institusi)
  • Risiko dan potensi pelaburan

4. Pastikan Maklumat Akaun Tepat

Jika anda belum mengemaskini maklumat e-invoicing atau butiran akaun, hubungi remisier atau cawangan CGS terdekat.

Step By Step Cara Mohon IPO di CGS iTrade

Langkah 1: Layari Laman Web CGS iTrade

Layari https://itrade.cgsi.com.my dan klik Members’ Login. Kemudian klik eIPO untuk membeli IPO.

Kemudian klik eIPO untuk membeli IPO.

Langkah 2: Log Masuk ke CGS iTrade

Masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
Pastikan akaun anda aktif dan tiada isu keselamatan atau penggantungan sementara.

Langkah 3: Pilih Saham IPO

Klik pada nama syarikat yang ingin anda mohon. Paparan ringkasan akan menunjukkan:

  • Harga IPO
  • Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh jangkaan penyenaraian
  • Dokumen prospektus

Langkah 4: Semak Maklumat IPO

Di sini anda boleh menyemak maklumat IPO dengan lebih terperinci. Setelah semua maklumat telah di semak, klik Continue untuk meneruskan pembelian IPO.

Langkah 5: Baca Terma Dan Syarat

Baca terma dan syarat di ruangan ini, pastikan anda faham terma dan syarat yang disediakan. Setelah habis, tanda pada kotak kecil dan klik Yes jika setuju.

Langkah 6: Baca Prospektus IPO

Baca dan semak prospektus dengan teliti. Setelah faham dan bersetuju, anda boleh klik Continue untuk meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 7: Baca Terma Dan Syarat Selanjutnya

Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat seterusnya. Baca sehingga habis, kemudian tanda klik Accept.

Langkah 8: Isi Butiran Permohonan

Isi borang permohonan dengan lengkap:

  • Bilangan unit saham yang ingin dibeli
  • Pillih bank
  • Isi nombor akaun untuk pembayaran

Semak semua maklumat sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Kemudian klik Submit.

Langkah 9: Masuk Trading Pin

Setelah selesai, masukkan Trading Pin anda kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembelian.

Langkah 10: Semak Status Permohonan

Apabila anda klik Confirm, itu menandakan permohonan IPO anda telah berjaya dihantar. Untuk menyemak status permohonan, anda boleh klik pada Application Status.

Selepas tarikh tutup permohonan, pihak penaja dan Bursa Malaysia akan mengumumkan keputusan peruntukan saham. Sekiranya anda berjaya, saham akan dikreditkan terus ke akaun CDS anda.

Jika permohonan anda tidak berjaya, bayaran akan dipulangkan (refund) ke akaun bank atau akaun trading anda mengikut kaedah yang ditetapkan.

Tip & Panduan Tambahan

  1. Mohon awal sebelum tarikh tutup. Elak gangguan teknikal di saat akhir.
  2. Periksa baki dana sebelum mohon supaya permohonan tidak ditolak.
  3. Baca prospektus sepenuhnya untuk memahami risiko dan strategi syarikat.
  4. Jangan mohon secara berganda menggunakan akaun berlainan, ia boleh menyebabkan pembatalan.
  5. Gunakan akaun bank yang sah untuk refund, jika permohonan tidak berjaya.

Kesimpulannya, proses memohon saham IPO melalui CGS iTrade kini sangat mudah dan mesra pengguna.
Dengan hanya beberapa langkah seperti log masuk, pilih IPO, isi permohonan, dan tunggu keputusan, pelabur boleh mengambil peluang untuk memiliki saham syarikat berpotensi tinggi seawal sebelum ia disenaraikan.

Sama ada anda pelabur baru atau berpengalaman, memahami langkah ini membolehkan anda bergerak lebih yakin dalam dunia pelaburan IPO yang semakin berkembang di Malaysia.