Dekati Berjuta-Juta Pelanggan, Uoolu.Com Lancar Produk Baharu Uoolu Global Selling Store Untuk Pemaju Hartanah

>BEIJING, 12 April 2019 /PRNewswire/ — Pada 3 April 2019, Uoolu.com, platform transaksi hartanah rentas sempadan yang terbesar di China, melancarkan produk baharu Uoolu Global Selling Store berserta laman sesawang globalnya melibatkan 135 negara dan wilayah, bagi membantu pemaju-pemaju hartanah global menjual hartanah di seluruh dunia.

Terokai pasaran dunia dengan Uoolu Global Selling

1. Memanfaatkan jenama dipercayai Uoolu untuk mendekati 70 juta pembeli hartanah

Menerusi tiga tahun pembangunan dalam industri hartanah rentas sempadan, Uoolu telahpun membina jenama yang mantap dan dipercayai yang memperkasa pemaju-pemaju untuk mempercepatkan jualan antarabangsa. Kumpulan pengguna besar Uoolu turut membolehkan pemaju-pemaju mendekati 70 juta pelabur global dalam 15 negara dan wilayah termasuk di AS, UK, Singapura, China dan juga Jepun.

2. Kembangkan pendapatan antarabangsa

Uoolu Global Selling Store ialah hentian pertama untuk pembangun jenama dan ejen memasuki pasaran dunia. Menurut trend pelaburan semasa, Uoolu Global Selling Store mampu meningkatkan pendapatan antarabangsa dan mengembangkan perniagaan global untuk pemaju.

3. Tingkatkan aliran tunai

Untuk menerobos halangan jualan rentas sempadan dengan berkesan, Uoolu Global Selling Store berupaya memendekkan kitar jualan, menutup tawaran dengan pantas dan membantu pemaju untuk meningkatkan aliran tunai dengan memanfaatkan teknologi dalam talian.

Kejayaan Terkini dengan Global Selling Store

Pada tahun 2018, Uoolu secara rasminya melancarkan strategi globalisasi dan membantu 5 pemaju terbaik di Thailand mencapai sasaran jualan mereka. Menerusi pelancaran Global Selling Store, Uoolu berupaya membantu lebih banyak pemaju untuk membuat peningkatan besar pendapatan rentas sempadannya. Pada tahun 2019, Uoolu menyasarkan untuk merealisasikan sejumlah GMV sebanyak 1.5 bilion USD untuk pemaju global.

Pada masa kini, pemaju-pemaju terbaik seperti Emaar dari DubaiAl Bararidari Dubai, MAG dari DubaiEco World dari Malaysia, Pruksa dari Thailand, Sansiri dari Thailand, Lennar dari AS dan SMDC dari Filipina telahpun membuka kedai jualan global mereka pada platform Uoolu.

Struktur Mudah untuk Kemasukan

Selepas melakukan pendaftaran, pengesahan dan pembayaran, pemaju-pemaju dapat mengendalikan kedai jualan global mereka.

En. Huang Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu.com berkata, dengan transaksi dalam talian yang berterusan dan pertumbuhan pendapatan antarabangsa dengan cara yang lebih ringkas dan lebih mudah, Uoolu Global Selling Store akan membuka lembaran baharu untuk jualan hartanah rentas sempadan dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: seller.uoolu.com, atau hubungi: [email protected]

Sumber: Uoolu.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.