Absen Diiktiraf Sebagai Salah Sebuah Syarikat Terurus Terbaik China

SHENZHEN, China, 22 April 2019 /PRNewswire/ — Pengeluar paparan LED profesional, Absen (SZSE: 300389), diumumkan sebagai salah sebuah “Syarikat Terurus Terbaik” Cina dalam Program Anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik (BMC) Deloitte pada Mac 2019.

Program BMC ialah satu inisiatif global bagi tujuan mengenal pasti dan mengiktiraf syarikat-syarikat swasta yang mempunyai idea pengurusan termaju dan prestasi perniagaan yang cemerlang. Ia dimulakan di Chinapada Ogos 2018.

Mengulas tentang anugerah berkenaan, Ketua Pegawai Kewangan Absen, Chelsea Huang berkata, “Anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik menilai segenap aspek sesebuah organisasi dan kami amat berbangga kerana Absen telah memenuhi semua syarat. Anugerah berprestij ini ialah pengiktirafan yang hebat untuk kejayaan keseluruhan Absen berdasarkan hala tuju strategik yang jelas dan struktur organisasi, prestasi kewangan yang cemerlang, keupayaan pengurusan risiko yang mantap serta budaya korporat yang menginspirasikan. Anugerah ini akan meningkatkan keyakinan kami untuk terus meningkatkan pengurusan perniagaan kami selain produk dan perkhidmatan kami.”

Panel penilaian menjalankan proses kelayakan dan penilaian terperinci berdasarkan pelbagai kriteria di bawah tajuk strategi, keupayaan, komitmen dan prestasi kewangan. Absen membuatkan panel kagum menerusi “kecemerlangan pengurusan” dan diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terurus terbaik dari segi “kepimpinan industri, pemikiran global, strategi jangka panjang, pembangunan inovatif dan berorientasikan kakitangan.”

Dengan reputasi dalam penyediaan paparan LED berkualiti tinggi, jenama Absen yang memenangi anugerah, yang meraikan kejayaan 10 tahun berturut-turut sebagai No. 1 dalam pengeksportan panel LED, memberi tumpuan pada perniagaan paparan LED selama lebih 18 tahun lamanya. Ia memiliki pengilangan canggih dan jaringan khidmat pelanggan maju dengan 15 syarikat tempatan dan luar negara di seluruh dunia selain meletakkan kepentingan yang utama kepada inovasi. Pada tahun 2018, Absen mencapai pendapatan sebanyak hampir 2 bilion RMB, dengan pertumbuhan 29% berbanding tahun sebelumnya. Pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah 3% lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat lain dalam industri.

Apa yang membezakan Absen khususnya daripada syarikat-syarikat lain dalam industri ialah kestabilan kewangannya yang luar biasa, yang membolehkannya untuk dipercayai oleh pelanggan-pelanggan global seperti Chinese Football Association Super League (CSL).

“Dengan melancarkan program BMC pertama di China, Deloitte bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam pelbagai sektor untuk menamakan calon, menyemak semula maklumat calon, mengadakan semakan semula dan pementoran di lapangan Makmal Ketua Pegawai Eksekutif Terurus Terbaik serta mengurus semakan semula oleh Jawatankuasa Semakan Bebas. Senarai akhir dengan 23 pemenang menunjukkan kecemerlangan pengurusan merentas sektor-sektor berbeza,” kata Zhao Jian, rakan kongsi utama Program BMC.

Sumber: Absen.com

Saham Berkaitan: Shenzhen:300389

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI