Netcore Peroleh Quinto.ai, Syarikat Baharu Robot Sembang AI dalam kesemua Perjanjian IP dan Bakat

MUMBAI, India, April 23, 2019 /PRNewswire/ — Netcore Solutions, sebuah syarikat teknologi Pemasaran Global, memperoleh Quinto.ai, sebuah syarikat baharu robot sembang AI. Menerusi pemerolehan IP dan bakat, Netcore mendapat akses kepada enjin robot sembang berkuasa AI perbualan Quinto dan kakitangannya. Pengasas bersama Quinto Hrishikesh Rajpathak turut menyertai Netcore sebagai Ketua Saintis Data dan akan memimpin inisiatif-inisiatif Pembelajaran Mesin dan Analitik Perbualannya. Hrishikesh membawa lebih 12 tahun pengalaman dalam teknologi Pembelajaran Mesin, Pembelajaran Mendalam dan Pemprosesan Bahasa Tabii (NLP). Beliau pernah bekerjasama dengan pelbagai pelanggan antarabangsa dalam sains hayat dan domain BFSI sebagai perunding AI. Beliau bersama-sama menubuhkan Quinto 4 tahun yang lalu sebagai sebuah platform cadangan makanan yang kemudiannya bertukar menjadi platform AI perbualan.

Quinto membolehkan perniagaan-perniagaan mengautomasikan perbualan dengan pelanggan serta meningkatkan pengalaman pelanggan. Perniagaan-perniagaan merentas vertikal boleh menggunakan robot sembang Quinto.ai yang sentiasa aktif sepanjang masa untuk penemuan produk automatik, cadangan, jualan Dalaman serta sembang secara Langsung. Quinto boleh digabungkan dengan Facebook Messenger, WhatsApp, Slack serta platform-platform sembang popular yang lain.

Dengan Quinto, Smartech Netcore berupaya mengendalikan perbualan dalam perjalanan pengautomatan yang menggunakan Quinto. Ini akan menjadi ciri yang pertama seumpamanya dalam industri. Dengan adanya Hrishikesh dalam syarikat, Netcore akan terus mengukuhkan kepimpinannya melalui platform AI/ML ‘Raman’ dan akan menembusi bidang Analitik Perbualan.

Kalpit Jain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Netcore Solutions, berkata, “Menerusi pertumbuhan Platform Sembang seperti WhatsApp dan Facebook Messenger, Pembantu Suara seperti Siri dan Alexa serta Smart Speakers, tidak hairanlah Gartner meramalkan bahawa menjelang tahun 2020, pelanggan akan mengurus 85% daripada hubungan mereka dengan perusahaan tanpa perlu berinteraksi dengan manusia. Kami percaya bahawa AI Perbualan akan menjadi aset strategik untuk Pemasar dalam tindanan Teknologi Pemasaran dan ia akan membentuk semula cara jenama-jenama dan pelanggan-pelanggan berinteraksi antara satu sama lain.”

Hrishikesh Rajpathak berkata, “Apa yang membuatkan ini sebagai perjanjian yang hebat ialah sinergi antara tumpuan Netcore terhadap pemasaran perbualan dan platform robot sembang AI Quinto. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada Netcore dan menyumbang ke arah inisiatif-inisiatif generasi seterusnya merentas domain-domain pemasaran dan juga pengautomatan jualan.

Sebelum ini Quinto disokong oleh Rebel Foods Pvt Ltd (dahulunya dikenali sebagai Faasos Food Services Pvt Ltd), yang kini menarik diri daripada perjanjian ini.

Perjanjian ini diurus oleh Investment Bank Equirus Capital melalui Propeluss, platform pemeteraian perjanjian pintar.

Latar Belakang Netcore

Netcore Solutions Pvt Ltd

Netcore, sebuah syarikat Teknologi Pemasaran global yang menawarkan penyelesaian untuk membantu jenama-jenama dan perusahaan-perusahaan dalam pemerolehan, penglibatan dan pengekalan pelanggan. Penyedia penyelesaian Pengautomatan Pemasaran, Analitik dan AI/ ML yang pertama dan terkemuka di India, Netcore ditubuhkan pada tahun 1997 oleh En. Rajesh Jain, seorang pelopor Internet. Suit produk Netcore termasuk Smartech dan Pepipost. Smartech ialah platform pemasaran pertumbuhan berkuasa AI. Pepipost ialah produk penghantaran Emel berasaskan API.

Netcore menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan mantap melibatkan lebih 3000 perusahaan merentas vertikal industri seperti Jet Airways, Thomas Cook, Go Air, Clear Trip, HDFC, Kotak, Axis Bank, ICICI Bank, UTI, Facebook, Reliance, Vodafone, Godrej , ITC, OLA, Pfizer, OLX dan jenama-jenama Antarabangsa Seek Asia, Tokopedia, Blibli, Standard Chartered, FCMB, GT Bank dan banyak lagi. Netcore, menerusi teknologi pemasaran inovatifnya, menyerahkan lebih 7 Bilion emel & lebih 3 Bilion SMS sebulan, mencipta lebih 11 Bilion Sambungan Pelanggan sebulan dan mengendalikan lebih 30 Bilion Acara sebulan. Ibu pejabat Netcore terletak di Mumbai, India dengan pejabat-pejabatnya berada di SEA, AS, MEA serta kumpulan kakitangannya mencakupi lebih 500 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang Smartech Netcore – platform pemasaran pertumbuhan berkuasa AI, kunjungi: https://www.netcoresmartech.com

Untuk maklumat lanjut tentang Netcore, kunjungi https://netcore.in

Sumber: Netcore Solutions Pvt. Ltd

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI