GAC Motor Perkenal Model Baharu dan Anjur Persidangan Pengedar Antarabangsa Semasa Auto Shanghai 2019

GUANGZHOU, China, 23 April 2019 /PRNewswire/ — GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, memperkenalkan julung kalinya GA6 serba baharunya, sedan yang menampilkan reka bentuk dinaik taraf, keselesaan, teknologi pintar, kawalan pemanduan dan keselamatan di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 (Auto Shanghai 2019), iaitu apabila GAC Motor turut menganjurkan Persidangan Pengedar Antarabangsanya.

“GAC Motor sudahpun melaksanakan strategi ‘mengutamakan kualiti’ dan sentiasa meningkatkan kualiti produk di samping terus mempromosikan kekuatan jenama kami. Tahun ini, kami akan memperkenakan GA6, GS4 dan GS8 serba baharu, berusaha untuk mewujudkan kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk pengguna kami,” ujar Yu Jun, Presiden GAC Motor.

GA6 serba baharu itu akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun tahun ini. Reka bentuk garisan yang ringkas dan jelas, jeriji yang lebih besar dan lampu belakang dengan kelebaran penuh memberikan wajah sporti kepada kenderaan tersebut. Berkeupayaan dengan Pemanduan Berautonomi L2, dilengkapi dengan pembantu pemandu AI yang dikendalikan oleh arahan suara serta sistem Harman Hi-Fi yang disesuaikan, GA6 menawarkan pengalaman memandu yang pintar, selamat dan juga menyenangkan.

Di samping itu, kereta konsep ENTRANZE telah membuat penampilan domestik sulungnya di acara tersebut. Dibangunkan oleh pusat reka bentuk canggih GAC di Amerika Syarikat, dilengkapi dengan teknologi pintar terkini, ciri-ciri lestari dan pemanduan automatik, ENTRANZE ialah jenis pindah silang baharu antara SUV dan MPV, yang meneroka lebih banyak kemungkinan untuk kenderaan keluarga moden.

Menerusi pameran barisan kenderaan terbaiknya, GAC Motor berjaya menggamit perhatian rakan media tempatan dan luar negara, pengedar, pembekal dan juga pengunjung. Mereka benar-benar kagum dengan kualiti cemerlang dan reka bentuk model-model GAC Motor.

Semasa Auto Shanghai 2019, lebih 40 pengedar antarabangsa GAC Motor dari 15 negara dan wilayah menghadiri Persidangan Pengedar Antarabangsa (“Persidangan”) di Suzhou, Wilayah Jiangsu.

Bertemakan “Bersama-sama Lebih Kuat, Masa Depan Lebih Hebat,” persidangan ini memberi tumpuan untuk mengkaji semula kejayaan pembangunan antarabangsa jenama berkenaan pada tahun 2018 dan memperkenalkan strategi luar negara serta perancangan untuk tahun 2019.

Pada tahun 2018, jualan dan perkhidmatan GAC Motor meliputi 16 negara dan wilayah seluruh dunia dan mencapai pertumbuhan sebanyak 69% dalam jualan luar negara. Ia telah menembusi pasaran-pasaran baharu seperti Arab Saudi dan Ecuador serta melancarkan pusat-pusat jualan dan perkhidmatan baharu di negara-negara termasuk Filipina, Bolivia, menjadi salah satu jenama auto paling popular dalam pelbagai pasaran, selain merupakan jenama auto Cina paling laris terjual di Kuwait, Bahrain dan juga Nigeria. Ia juga mendapat tempat dalam senarai 50 terbaik bagi Jenama-jenama China Terbaik 2018 yang disenaraikan oleh perunding jenama utama, Inter-brand.

Pada tahun 2019, GAC Motor akan meneroka lagi pasaran-pasaran di sepanjang Jalur dan Jalan serta wilayah-wilayah penting yang lain serta melengkapkan platform luar negaranya. Susulan penubuhan GAC Motor North America Company dan sub-syarikat Rusia, GAC Motor International Sales Company, institusi penyelarasan perniagaan luar negara syarikat, telah mula beroperasi. Pembuat auto akan terus menambah baik operasi antarabangsanya bagi meningkatkan daya saing antarabangsanya.

Malahan, GAC Motor akan terus meningkatkan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun 2019 untuk mengekalkan kelebihannya dalam tawaran produk. Menggunakan analisis mendalam terhadap kehendak pasaran, ia akan lebih berusaha untuk penjenamaan global, memperkenalkan model-model yang disesuaikan dalam pasaran-pasaran berbeza, melancarkan lebih banyak pusat jualan dan perkhidmatan, menaik taraf gedung semasa, mengoptimumkan strategi harga pasaran produknya dan lebih banyak bertindak untuk meningkatkan jualan luar negara.

GAC Motor turut menyampaikan anugerah kepada pengedar terbaik termasuk Prestasi Pemasaran Terbaik, Prestasi Perkhidmatan Terbaik, Prestasi Jualan Terbaik dan Pengedar Terbaik, bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa mereka kepada perniagaan luar biasa tahun lalu.

Di persidangan berkenaan, kebanyakan pengedar berkata ia membantu mereka untuk lebih memahami tentang kualiti produk GAC Motor, R&D dan keupayaan pengilangan serta matlamat strategik dan mereka yakin sepenuhnya tentang pembangunan masa depan GAC Motor dalam pasaran antarabangsa.

“Kami akan terus melabur bagi menyokong pengedar dan rakan kongsi kami serta memperkenalkan model kerjasama yang saling menguntungkan bersama-sama,” kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study(SM) (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Submer: GAC Motor

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI