Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2019

Tahun 2019 kelihatan bermula dengan baik, dengan indeks FBMKLCI mencatatkan kenaikan untuk bulan Januari dan Februari. Namun apakan daya, ianya hanya untuk seketika kerana pasaran saham Malaysia kemudiannya jatuh sehingga menyebabkan Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini.

Maka ramailah juga yang rugi besar akibat daripada sentimen pasaran yang tidak berapa nak elok. Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2019 di bawah:

1. Stone Master Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

2. Seacera Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. Brite-Tech

Sumber: Bursa Marketplace

4. Tiger Synergy

Sumber: Bursa Marketplace

5. GETS Global

Sumber: Bursa Marketplace

6. Scanwolf Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. K Seng Seng Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

8. PJBumi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Vsolar Group

Sumber: Bursa Marketplace

10. Widad Group

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Dalam Senarai Rugi Besar Adalah Saham Bawah 50 Sen

Sekali lagi perlu ditekankan bahawa saham bawah RM1 berpotensi untuk untung besar, tetapi juga berisiko tinggi untuk rugi besar. Semoga kita semua dijauhkan daripada rugi besar, sebab itulah pentingnya untuk kita mempunyai Trading Plan dan Cut Loss apabila kita tersalah langkah.

Ini bagi membantu kita daripada mengalami kerugian yang lebih besar, kelak nanti menangis di bucu katil pula.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2019 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian