Genggam Masa Depan Transit Massa di Rail+Metro China 2019

SHANGHAI, 8 Mei 2019 /PRNewswire/ — Pameran Antarabangsa China ke-14 untuk Transit Massa Antara Bandar dan Bandar, yang turut dikenali sebagai Rail+Metro China 2019 dan dianjurkan oleh Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd., akan berlangsung mulai 12-14 November 2019 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Tema tahun ini akan menumpu pada Memacu Kereta Api Pintar menuju Masa Depan Pintar. Lebih 200 pempamer dan 20,000 pengunjung dijangka mengambil bahagian dalam pameran ini.

Rail+Metro China dilancarkan pada tahun 2002 di Shanghai, dengan sokongan Kementerian Pengangkutan China, Suruhanjaya Reformasi & Pembangunan Kebangsaan serta Kerajaan Perbandaran Shanghai. Tujuh belas tahun kemudian, ia menjadi salah satu platform komunikasi yang paling berwibawa dan kukuh untuk industri-industri kereta api bandar dan antara bandar China, menikmati reputasi kukuh di seluruh rantau Asia Pasifik.

Kadar pembangunan di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini benar-benar mengejutkan dan berada di landasan untuk diteruskan tatkala Abad Asia berkembang maju. Menjelang tahun 2020, landasan kereta api China yang sedang beroperasi akan melangkaui jarak 150,000 kilometer. Landasan kereta api berkelajuan tinggi juga akan melangkaui 30,000 kilometer menjelang tahun hadapan, menghubungkan lebih 80% daripada bandar-bandar China dengan penduduk seramai lebih 200,000 orang.

Dalam bandar-bandar China, menjelang penghujung tahun lalu, 5,800 kilometer landasan transit kereta api bandar yang meliputi berpuluh-puluh bandar di seluruh China telah siap dibina. Pada tahun 2018, banyak bandar memperkenalkan landasan kereta api bawah tanah baharu, dengan 22 landasan baharu menambah beratus-ratus kilometer trek bawah tanah yang diletakkan di bawah metropolis yang paling sibuk di negara ini. Selain itu, menjelang akhir tahun 2019, perbatuan operasi bagi kereta api metropolitan China akan mencecah 7,700 kilometer.

Persidangan Kereta Api Antarabangsa China untuk Transit Bandar & Antara Bandar atau CIRC, ialah persidangan berbilang platform yang berpengaruh, diadakan bersama-sama Rail+Metro China dengan sokongan APEC dan sokongan firma Kementerian Pengangkutan China serta Akademi Sains Cina. CIRC 2018 membawakan barisan 120 pemimpin industri, pakar dan individu berpengaruh sebagai penceramah, dengan lebih 1,500 delegasi hadir dari serata dunia.

Pada November 2019, CIRC 2019 akan menganjurkan beberapa forum, seminar dan bengkel yang meliputi segala-galanya daripada pelaburan & pembinaan kereta api kepada operasi dan penyelenggaraan kereta api bandar, trem moden kepada teknologi kereta api pintar dan banyak lagi.

Acara tahun ini akan meraih pencapaian baharu, menghimpunkan industri kereta api dalam perayaan penerokaan wawasan dan potensi.

Hubungi:
Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
www.railmetrochina.com
+86-2162951060
Jessie Hu: [email protected]

Sumber: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.