Rakyat Malaysia Bersama-Sama ‘Kejarkan’ Skor Kredit!

Kuala Lumpur, 28 Julai 2019 – Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kredit 2019, RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) menganjurkan larian santai pertama mereka bertemakan ‘Run Up Your Score’ yang menarik penyertaan dari lebih 600 peserta. Diadakan di Lake Gardens, Kuala Lumpur, acara itu bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih sihat dari segi kewangan dan fizikal.

Bercakap pada acara tersebut, Cik Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI berkata, “Sejak pelancaran Bulan Kesihatan Kredit yang pertama kali diadakan pada tahun lepas, kami melihat trend yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia kerana orang ramai sudah mula memahami betapa pentingnya untuk menguruskan kesihatan kewangan mereka.

“Demi menyokong kesedaran yang semakin meningkat ini sekaligus memanfaatkan trend gaya hidup sihat seperti larian dan marathon, kami fikir ia merupakan sebuah cara yang unik untuk menggabungkan kedua-duanya sekali agar kesihatan kredit turut dapat ‘dikejar’. Jadi, acara hari ini merupakan cara kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi sihat, baik dari segi kewangan mahupun fizikal. “

Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam kategori 5km dan 10km menerima seutas medal, baju-T, goodie bag dan laporan kredit peribadi (Personal Credit Report Plus) percuma yang merangkumi maklumat perbankan (CCRIS), skor kredit (RAMCI i-Score) dan lain-lain lagi.

“Saya baru sahaja menyemak laporan kredit saya dan saya gembira dengan skor kredit saya! Saya ingin mengekalkannya kerana saya merancang untuk membeli rumah tidak lama lagi. Skor yang baik membolehkan saya membuat rundingan untuk mendapatkan kadar faedah dan kredit yang lebih baik dengan institusi kewangan, “kata Fadhilah Dayana yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.

“Sebenarnya, pada awalnya saya hadir bersama pasangan hanya untuk beriadah dengan sihat, namun saya berasa sangat gembira kerana acara ini memberi lebih daripada itu. Saya turut mempelajari sesuatu yang penting pada hari ini, bahawa kita semua berisiko menjadi mangsa pencurian identiti. Terima kasih kepada pasukan RAMCI yang sudi berkongsi beberapa tips asas agar orang ramai tidak menjadi mangsa. Salah satunya adalah untuk tidak berkongsi maklumat peribadi (tarikh lahir, nombor keselamatan sosial, atau nombor akaun bank) hanya kerana seseorang meminta maklumat tersebut dan untuk menyemak laporan kredit kita dengan kerap untuk memastikan semua maklumat adalah terkini dan tepat, tanpa apa-apa yang luar biasa, “kata Nirresh Vengetesamy dari Bangsar, Kuala Lumpur.

“Kami sangat gembira dengan sambutan dan sokongan daripada para peserta larian. Kami berharap mereka akan berkongsi pengalaman mereka hari ini dengan keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan rakan sekerja tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan kredit mereka,” akhiri Lai.

Bulan Kesihatan Kredit RAMCI ialah program pendidikan dan kesedaran tahunan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menjaga kesihatan kewangan mereka. Layari laman web RAM Credit Information dan Facebook untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.