8 Sebab Harta Pusaka Jadi Rumit

Tahukah anda, orang Malaysia ni sebenarnya kaya-raya. Sampai terdapatnya RM60 bilion harta orang mati dibeku, banyak tu.

Sumber: Syed Mohd Muhaimin

Jom kita dengarkan daripada Tuan Afyan Mat Rawi sebab-sebab harta pusaka menjadi rumit seperti berikut:

Faraid Kan Ada?

Ramai yang menyangka harta yang kita kumpul sewaktu hidup akan difaraidkan dengan mudah selepas meninggal dunia oleh ahli waris.

Sebenarnya ia tidak begitu.

Betul faraid adalah hak, tapi ia perlu dituntut. Ia bukan proses automatik.

Pentadbiran harta pusaka dan pembahagian faraid akan menjadi begitu rumit jika tidak dirancang dengan betul.

Hanya yang pernah menguruskan urusan faraid ahli waris yang meninggal akan tahu betapa sukarnya.

Antara perkara yang selalu timbul ialah;

❌ Ahli waris tiada pengetahuan proses pentadbiran harta pusaka,

❌ Isteri ingin membuat tuntutan faraid dari harta arwah suami, mempunyai hubungan tidak baik dengan mertua dan ipar duai.

❌Ipar duai yang bukan ahli waris, campur tangan dalam urusan pusaka.

❌ Anak-anak yatim yang tidak dipedulikan nasib mereka, selepas pakcik-makcik mereka dapat hak faraid masing-masing selepas kematian si ayah anak-anak tadi.

❌ Hutang piutang si mati yang perlu diselesaikan sebelum pembahagian faraidh. Waris hanya fikir hak mereka tanpa fikir hutang si mati yang perlu diselesaikan.

❌ Waris tidak mahu bekerja sama dan bertolak ansur,

❌ Jika ada anak bawah umur, mungkin berlaku perebutan penjagaan hak anak / hadhanah.

❌ dan lain-lain lagi.

Isu-isu ini dapat ditangani dengan baik apabila ketika hidup perancangan harta pusaka dirancang dengan baik.

Perancangan harta pusaka yg baik ialah dengan membuat dokumen perancangan pusaka atau wasiat bagi melantik pemegang amanah bagi mengurus dan mentadbir harta-harta pusaka yang bakal kita tinggalkan kelak.

Antara pihak yang boleh kita consult untuk perkara ini ialah peguam, wakil syarikat trustee atau perancang harta pusaka.

Sumber: FB Afyan Mat Rawi

Buatlah Wasiat Sebagai Persediaan

Sebab itulah kita digalakkan membuat persediaan awal dengan membuat wasiat. Rajin-rajinlah baca 9 Sebab Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Perkara Wajib Tahu Tentang Wasiat

Pernah dengar tak setiap kali ada kematian, pasti waris si mati berebut harta pusaka. Ada yang berebut antara adik-beradik, ada juga kes mak ayah berebut harta dengan menantu. Lagi teruk, ada yang sampai berbunuh! Itulah hakikat yang kita kena telan bila ramai yang ambil mudah dengan penulisan wasiat.

Kenyataan paling pahit yang anda perlu tahu ialah, ada RM70 billion nilai harta pusaka yang tak dituntut sejak merdeka, sehingga tahun 2020. Aset ini dibekukan kerana waris si mati tidak ambil tahu dan si mati pula tidak meninggalkan wasiat.

Kenapa kena tulis wasiat?

Wasiat daripada si mati boleh mengelakkan konflik yang mungkin berlaku pada masa hadapan apabila berlaku kematian. Bila sudah ada wasiat, kebajikan waris akan terjamin kerana anda tahu apa yang perlu ditinggalkan, hutang apa yang perlu dibayar, siapa yang diamanahkan untuk menjaga anak-anak anda dan banyak lagi.

Ini adalah kelebihan menulis wasiat dan kesan apabila tiada wasiat:

Paling penting adalah apabila anda mempunyai wasiat, keselamatkan keluarga anda bakal terjamin daripada campur tangan orang yang tidak sepatutnya.

Wasiat perlu dikemas kini?

Ya, wasiat perlu dikemas kini dari masa ke semasa bagi merangkumi semua aset yang baru diambil alih atau sebarang perubahan waris.

Contohnya:

  • Perkahwinan, perkahwinan semula atau perceraian
  • Memulakan atau menamatkan perniagaan
  • Kematian ahli keluarga atau benefisiari
  • Pembelian atau pelupusan aset
  • Pertukaran agama; contohnya kepada agama Islam di mana wasiat terikat kepada Undang-undang Syariah

Wasiat bukan sekadar duit sahaja tetapi merangkumi seluruh harta pusaka anda. Contoh aset seperti, rumah, tanah, akaun bank atau saham yang didaftarkan atas nama anda.
 

Bila anda beli kereta baru atau tambah lot tanah baru, anda perlu kemas kini bagi mengelakkan aset tercicir dari wasiat.

Bila boleh guna wasiat ini?

Untuk pengetahuan anda, wasiat akan berkuatkuasa apabila penulis wasiat sudah meninggal dunia dan syarat wasiat ini mestilah ditulis oleh orang yang sempurna akal, berusia 18 tahun ke atas dan ada tandatangan si mati.

Bila si mati meninggal dunia, wasiat ini akan dijalankan oleh individu atau organisasi yang dilantik untuk pastikan hasrat si mati dilaksanakan dan mengikut undang-undang terpakai oleh wasi atau pentadbir.

Ini antara perkhidmatan wasiat yang ditawarkan:

Bagi orang Islam, wasiat perlu  ditulis mengikut undang-undang Islam. Penting bagi seorang Muslim  untuk mempunyai wasiat. Kalau tak ada wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Faraid, di mana anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.

Wasiat boleh terbatal?

Wasiat akan terbatal apabila digantikan dengan wasiat yang baru atau mansuhkan secara bertulis. Katakanlah kalau anda bergaduh antara adik-beradik, anda tidak mahu memberikan harta kepada mereka, anda boleh buat wasiat baru. Secara automatik, wasiat lama akan terbatal dan tak boleh diguna pakai lagi.

Jadi, secara keseluruhannya, wasiat ditulis untuk kepentingan orang tersayang. Tak salah pun merancang awal. Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai perancangan yang terbaik untuk ditinggalkan demi masa depan keluarga. 

Boleh dapatkan juga ilmu di artikel ini: