Apa Ada Dengan Vivy Yusof, FashionValet dan Rugi RM10 Juta?

Pada tahun lepas, kami ada siarkan artikel bertajuk FashionValet Merancang Tersenarai Di Bursa Malaysia, Tapi Syarikat Asyik Declare Rugi? Syarikat yang semakin maju dan meningkat pendapatannya saban tahun, tapi semakin besar pula kerugian yang ditanggung.

Dalam laporan kewangan terkini bagi tahun 2017, Fashion Valet telah melaporkan kerugian sebanyak RM10 juta pula. Jom kita ikuti kupasan Faridzul Asyraf Mat Arifin berkenaan tajuk sensasi ini.

Laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Tersebar

Jadinya kecoh selepas akses SSM Fashion Valet yang mencatatkan kerugian 10juta didebatkan umum. Yang kondem, siap ungkit duit rakyat pun ada, Vivvy tak pandai meniaga, investor bodoh dan pelbagai lagi.

Yang kondem still kondem, buta mata jika tak nak belajar.

FV adalah salah satu start up yang bermula pada tahun 2010 lagi. Memberi focus kepada jualan ecommerce (antara terawal di Malaysia) dan juga mempunyai in house jenama sendiri iaitu dUck. Sekarang ini dikatakan sudah mempunyai 500 pereka popular bernaung di bawah platform ini dan berkembang ke 15 buah negara.

Rugi RM10 Juta

Saya pernah ulas beza start up dengan bisnes. Kena scroll kat bawah2. Model bisnes kedua ini adalah berbeza.

Mungkin penulis yang kutuk Vivvy tu tak faham atau sengaja taknak faham, meh saya bagi contoh. Dah nak promosi, saya bagi promosi.

Saya ada satu service, boleh cek history kereta dengan memasukkan no chasis engine sahaja. RM10 je murah. Start up, bermula dengan modal 10k je. Upah orang buat website, beli in bulk no no tu semua dan lain-lain.

6 bulan terawal, nampak ok, daripada 10 orang user sekarang dah 1,000 orang user. Sehinggalah cecah 5,000 user dengan keuntungan RM50,000 sebulan, dah tak boleh nak grow sebab kekurangan budget marketing. Free cost je sekarang ni.

Pergi pitch kepada Proton, diaorang berminat untuk invest RM500, 000 dengan beberapa pegangan ekuiti.

Bermodalkan duit itu, mulalah besarkan operasi. Hire staff, open new office, marketing kaw kaw punya dan pelbagai lagi.

Masa tu syarikat ok revenue berkembang tapi kerugian juga bertambah. Normallah dah tambah semua benda mana tak berkurangnya kos operasi.

Lepas tu adalah sorang mamat mana ntah beli company profail kat SSM dan bagitau Proton invest kepada company yang rugi. Habis viral Proton yang takde duit tu boleh pulak invest yang kebetulan abang saya antara top manager Proton.

Padahal masa tu walaupun rugi, tapi pengguna saya dah cecah 50,000 orang dengan revenue RM500,000 sebulan dan ada negara jiran lain berminat nak menjadi partner.

Nampak?

Market Share

Investor start-up tak pandang sangat berapa profit yang buat, mereka pandang berapa cepat boleh berkembang dan market share yang boleh pegang.

Ecommerce sebagai contoh di ASEAN pada tahun 2010 adalah 1 Bilion, dan meningkat ke 6 Bilion pada tahun 2015 dan dijangka meningkat ke 22 Bilion pada tahun 2020 dan finally pada tahun 2025 mencecah 88 Bilion.

Jadi, jika anda boleh buktikan ada pegang 1% market share pada tahun 2010, mereka mahu untuk invest walaupun anda masih tak buat untung. Duit yang mereka invest itu, itu anda pegang market share yang lagi banyak in future.

Berbalik kepada FV pula, syarikat ini berada dalam fasa growth. Setelah menerima funding sebanyak lebih RM24 juta melalui pelbagai pihak, normal jika mereka berada dalam kerugian sekarang sebab nak rebut market share dalam ecommerce.

Kalau mereka untung itu yang abnormal, investor akan tanya “u pakai tak duit i bagi tu?” Lebih kuranglah

Agak low class bincang pakai duit rakyat (tak sampai sejuta pun), tapi kita tak nak rungkai investment lain yang dia dapat yang juta-juta tu.

Bukanlah nak back up Vivvy, cuma nak kongsi the fact kita sekarang berada di dunia macam tu. 

Sumber: FB Faridzul Asyraf Mat Arifin

Kalau nak tahu, Vivy Yusof ni merupakan salah seorang daripada 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia. Memang bukan calang-calang orang boleh masuk dalam list ni tau.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Salam bosku… Maaf, sy nak mohon penjelasan daripada ayat2 bos dibawah

    “Jadi, jika anda boleh buktikan ada pegang 1% market share pada tahun 2010, mereka mahu untuk invest walaupun anda masih tak buat untung. Duit yang mereka invest itu, itu anda pegang market share yang lagi banyak in future.”

    Ikut yg sy faham drpd ayat diatas, PE/VC akan melabur bedasarkan perkembangan perniagaan sesuatu syarikat baru (contoh FV) .

    Soalan sy :

    Apakah exit plan pelabur dalam syarikat baru?

    Adakah kiranya pelaburan mengalami kerugian akan di jelaskan sebagai NPL?

    Bagaimana kah kemandirian pelabur dalam perniagaan sekiranya 9 daripada 10 pelaburan yang dibuat mengalami kerugian?

    Dan sekiranya selera pelabur adalah sedemikian rupa, apakah pelabur tidak mempunya nisbah P&L ?

    Dan dari sumber wang manakah yang memungkin kan pelabur melonjak pasaran melalui pelaburan kepada syarikat2 baru dengan menabur wang sedemikian rupa (contoh sequioa capital)

    Nizam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.