10 Pengajaran Daripada Kisah AlHaji Aliko Dangote, The Nigerian Business Tycoon

Jika sebelum ini kita sudah mempelajari bagaimana AlHaji Aliko Dangote telah merubah dirinya, Nigeria dan juga seluruh benua Afrika ke satu tahap yang baharu, iaitu melalui 3 tahap, import dan eksport barangan dalam negara, import melalui industri perkilangan, dan juga eksport simen serta penapisan pelantar minyak terbesar di dunia.

Suka sekiranya memetik kata-kata beliau:

“..the real target is for us, to see what value can we add and pay back to this country of us that we called Nigeria, and also the content of us what we call Africa. At least so far we’ve been taking flag of Nigeria and flag of Africa, to put in places that they were never ever expected to be seen..”

Baca: AlHaji Aliko Dangote – The Nigerian Business Tycoon

Ini adalah bahagian terakhir mengenai pembelajaran yang kita boleh dapatkan berdasarkan kisah hidup beliau sebagai The Nigerian Business Tycoon.

Sumber : Forbes

1. Bekerja 18 Jam Sehari

Ketika satu wawancara yang dilakukan dengan menanyakan kepada diri beliau mengenai bagaimana beliau dapat mengimbangkan antara masa bekerja 12 jam sehari dengan kehidupan biasa beliau, beliau menjawab dengan jawapan “Sejujurnya saya tidak bekerja 12 jam sehari. Saya bekerja paling kurang 18 jam sehari. Namun pada hujung minggu saya tidak akan bekerja.”

2. Perniagaan Adalah Memberikan Impak Positif Terhadap Kemanusiaan:

Beliau tidak pernah meletakkan duit, status serta kekayaan untuk mengejar kesenangan dan beliau tidak pernah bersaing dengan sesiapa untuk mendapatkan gelaran manusia terkaya di dunia. Beliau lebih mengutamakan aktiviti amal dalam kemanusiaan kepada sekelilingnya berbanding kekayaan semata-mata.

3. Fikir Ke Depan Atau Anda Akan Ketinggalan

Bagi menjadi seorang usahawan tersohor atau seorang yang mempunyai visi sangat tinggi, beliau sangat menekankan untuk berfikir jauh di hadapan berbanding orang lain dan utamakan pertimbangan ketika mengambil sebarang risiko dalam hidup dan perniagaan.

4. Elakkan Perniagaan Minyak

Beliau menjelaskan bahawa mereka sudah sekian lama mengelakkan perniagaan minyak. Bagi beliau perniagaan minyak terlalu berat untuk dilakukan kerana ia di penuhi dengan rasuah dan sebagainya.

Jika beliau menginginkan Dangote Group terlibat dalam industri perniagaan minyak, beliau sudah melakukannya pada 20 tahun sebelum 2016. Tetapi harga minyak sudah terlalu rendah dan risiko sudah meningkat bagi beliau untuk terlibat.

5. Urus Perniagaan Seperti Hobi

Beliau berkata adalah wajib untuk anda sangat fokus sebagai seorang usahawan dan juga mendedikasikan diri anda, melakukan sehabis baik dalam perniagaan bukannya disebabkan, terpaksa agar mendapat imbuhan kekayaan. Jika perniagaan adalah sebahagian daripada hobi anda, anda akan melakukannya dalam keadaan yang lebih baik.

6. Sebahagian Perniagaan Berkisarkan Cabaran Dan Rintangan

Perniagaan selalunya tidak akan sentiasa berjalan seperti yang beliau rancang, akan terdapat pelbagai rintangan dan cabaran ketika melakukan aktiviti perniagaan. Ibarat kata-kata beliau “kehidupan tanpa cabaran adalah sangat membosankan.”

Beliau menambah seseorang usahawan wajib menyempurnakan semua cabaran dan rintangan dengan penuh usaha dan secara konsisten, jika ianya anda amalkan, peluang kejayaan akan menanti.

7. Membuat Negara Nigeria Bangga

Beliau sangat menyukai cabaran dan sangat menitik berat untuk memajukan negara Nigeria dan juga benua Afrika bagi mencapai taraf kuasa besar dunia.

Contohnya beliau membina penapisan pelantar minyak terbesar dunia, menyebabkan Nigeria tidak perlu lagi bergantung pada produk minyak import dari luar negara, mereka boleh bergantung sepenuhnya pada produk tempatan.

8. Benua Afrika Mesti Membangun

Semangat juang beliau dalam membangunkan benua Afrika sebagai benua yang membangun sangat mengagumkan. Ini dapat di lihat melalui usaha beliau membangkitkan semangat penduduk benua Afrika agar bangun dan berjuang meningkatkan negara dan benua mereka sendiri.

Pada beliau orang luar tidak akan berusaha membangunkan benua Afrika, disebabkan mereka dipandang rendah. Mereka akan bangun apabila mereka membangkitkan diri sendiri, barulah dapat menarik pelabur luar untuk melabur.

Semangat juang beliau bukan sahaja dilihat oleh benua Afrika, malahan beliau sering menghadiri konfrontasi-konfrontasi dunia untuk melahirkan semangat dan sinaran baharu kepada benua Afrika.

9. Melangkaui Jangkaan Dalam Pemikiran

Bagi memecahkan ‘tembok-tembok’ jangkaan yang ada, beliau perlu menggandakan usaha semaksima yang mungkin melebihi visi dan misi mereka. Contohnya beliau perlu memasarkan 100 tan matrik simen dalam sebulan.

Bagi mencapai misi dan visi beliau, beliau perlulah berusaha semaksima yang mungkin, disertakan dengan strategi dan juga kerja keras, agar dapat mencapai sasaran yang diinginkan.

10. Mempelbagaikan Pelaburan Di Pelbagai Negara

Beliau mengamalkan kepelbagian dalam semua sudut perniagaan dan pelaburan beliau bagi mengurangkan risiko kerugian dalam perniagaan beliau. Sesuai dengan pepatah, “Don’t put all your eggs in one basket”.

AlHaji Aliko Dangote ada menyebut:

“..Let me tell you this and I want to really emphasize it…nothing is going to help Nigeria like Nigerians bringing back their money. If you give me USD5 billion today, I will invest everything here in Nigeria. Let us put our heads together and work..

I built a conglomerate and emerged the richest black man in the world in 2008 but it didn’t happen overnight. It took me 30 years to get to where I am today. Youths of today aspire to be like me but they want to achieve it overnight. It’s not going to work. To build a successful business, you must start small and dream big. In the journey of entrepreneurship, tenacity of purpose is supreme..”

Tahukah anda selama beliau hidup, beliau melalui 3 kali perkahwinan dan berakhir dengan penceraian dan kekal sehingga sekarang dengan isteri ke empat beliau? Beliau mempunyai 15 orang anak hasil daripada perkahwinan beliau tersebut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.