Sebelum Travel Tak Cukup Sekadar Check Nama Blacklist PTPTN

Wah, peraturan pinjaman PTPTN sudah semakin ketat. Mereka semakin efisien.

  • Mana-mana graduan yang tidak membayar tunggakan pinjaman tidak akan dibenarkan ke luar negara.
  • Mana-mana graduan yang culas (kejap bayar kejap tidak) tidak akan dibenarkan ke luar negara.

Nak tak nak memang kena bayar juga.

Dalam kisah ini kita dapat lihat contoh jika tidak membayar secara konsisten pembayaran hutang PTPTN juga boleh disekat dari ke luar negara.

Jadi, kepada korang yang ada buat pinjaman PTPTN masa belajar dulu, cepat-cepatlah buat pembayaran kalau tak nak jadi macam suami isteri ni. Memang frust gila bila semua persiapan dah dibuat, last last sangkut di airport.

Kalau nak setel memang kena bayar lump sum dekat PTPTN baru mereka akan releasekan blacklist tersebut. Sekiranya tidak mampu, pandai-pandailah berunding dengan pegawai PTPTN tu. Kepada yang tak tahu, PTPTN kini sudah membuka cawangan mereka di KLIA2, jadi mudah nak berurusan andai kata ‘tersangkut’.

 

Agak pelik bila dah periksa dalam sistem semuanya clear, siap boleh renew passport lagi.  Tetapi sampai di imigresen kena tahan. Ini bermakna kalau dah semak nama tetapi clear itu tidak bermakna kita akan selamat di pintu imigresen!

Memang mengejutkan sebab laporan Berita Harian bertarikh 25 Mac 2017 menyatakan bahawa seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarai hitam Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu, membabitkan amaun berjumlah RM11.6 bilion.

Daripada jumlah itu, seramai 312,068 peminjam sudah melakukan perundingan dan mula membuat bayaran balik berjumlah RM967.9 juta.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/264020

Semak Senarai Hitam PTPTN

Semakan senarai hitam PTPTN boleh dilakukan melalui saluran berikut :

Selesaikanlah cepat hutang tu. Ramai tak tahu hutang lapuk tertunggak PTPTN  boleh diselesaikan dengan menggunakan akaun 2 KWSP@EPF. Baca di Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP dan Cara-Caranya

Bila kita ada hutang tapi hanya mendiamkan diri, sebenarnya kita bukan sahaja memudharatkan diri dan ayah bonda kita, tetapi kita juga telah menafikan peluang orang lain untuk mendapat pinjaman.

Allah berjanji, jika kita niat hendak bayar hutang, Allah pasti mempermudah usaha kita. Wallahualam.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.