
Wah, peraturan pinjaman PTPTN sudah semakin ketat. Mereka semakin efisien.
- Mana-mana graduan yang tidak membayar tunggakan pinjaman tidak akan dibenarkan ke luar negara.
- Mana-mana graduan yang culas (kejap bayar kejap tidak) tidak akan dibenarkan ke luar negara.
Nak tak nak memang kena bayar juga.
Dalam kisah ini kita dapat lihat contoh jika tidak membayar secara konsisten pembayaran hutang PTPTN juga boleh disekat dari ke luar negara.
Jadi, kepada korang yang ada buat pinjaman PTPTN masa belajar dulu, cepat-cepatlah buat pembayaran kalau tak nak jadi macam suami isteri ni. Memang frust gila bila semua persiapan dah dibuat, last last sangkut di airport.
Kalau nak setel memang kena bayar lump sum dekat PTPTN baru mereka akan releasekan blacklist tersebut. Sekiranya tidak mampu, pandai-pandailah berunding dengan pegawai PTPTN tu. Kepada yang tak tahu, PTPTN kini sudah membuka cawangan mereka di KLIA2, jadi mudah nak berurusan andai kata ‘tersangkut’.
Agak pelik bila dah periksa dalam sistem semuanya clear, siap boleh renew passport lagi. Tetapi sampai di imigresen kena tahan. Ini bermakna kalau dah semak nama tetapi clear itu tidak bermakna kita akan selamat di pintu imigresen!
Memang mengejutkan sebab laporan Berita Harian bertarikh 25 Mac 2017 menyatakan bahawa seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarai hitam Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu, membabitkan amaun berjumlah RM11.6 bilion.
Daripada jumlah itu, seramai 312,068 peminjam sudah melakukan perundingan dan mula membuat bayaran balik berjumlah RM967.9 juta.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/264020
Semak Senarai Hitam PTPTN
Semakan senarai hitam PTPTN boleh dilakukan melalui saluran berikut :
Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam
Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Selesaikanlah cepat hutang tu. Ramai tak tahu hutang lapuk tertunggak PTPTN boleh diselesaikan dengan menggunakan akaun 2 KWSP@EPF. Baca di Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP dan Cara-Caranya
Bila kita ada hutang tapi hanya mendiamkan diri, sebenarnya kita bukan sahaja memudharatkan diri dan ayah bonda kita, tetapi kita juga telah menafikan peluang orang lain untuk mendapat pinjaman.
Allah berjanji, jika kita niat hendak bayar hutang, Allah pasti mempermudah usaha kita. Wallahualam.
