Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex

Sejak artikel sebelum ini iaitu Forex Online – Fatwa Kata Haram, Tapi Masih Ramai Yang Selamba Join mendapat pelbagai respon maka kami susulkan artikel kedua yang berkaitan forex trading online supaya lebih ramai faham.

Artikel ini merujuk kepada video di YouTube oleh Associate Professor Dr. Aznan Hasan. Tetapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan Dr. Aznan terlebih dahulu.

Pensyarah UIA & Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Maybank Islamic

Sedikit latarbelakang mengenai Dr Aznan:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Maybank Islamic

Dan berikut merupakan link kepada video di YouTube yang bertajuk Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex:

Apa yang kami boleh simpulkan daripada video durasi 12 minit tersebut ialah:

  • Forex merupakan pertukaran mata wang kepada mata wang yang lain
  • Contohnya tukar Ringgit Malaysia kepada US Dolar
  • Semua Majlis Fatwa di dunia iktiraf duit kertas sebagai mata wang, sama seperti emas dan perak
  • Pertukaran mata wang perlu mematuhi syarak
  • Ringgit Malaysia tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi 2 syarat: Spot Transaksi & Harga dan Jumlah yang sama
  • Jika tukar dua mata wang berbeza, US Dolar tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi syarat Spot Transaksi
  • Spot Transaksi – Lani, tidak berlaku sebarang penangguhan

Transaksi Forex ada 3 Perkara/Keadaan

  1. Spot Transaksi – Berlaku secara Spot Transaksi (Transaksi Lani)
  2. Currency Futures (Transaksi Hadapan Mata Wang) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia
  3. Currency Options (Transaksi Opsyen) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia

Ciri-ciri Transaksi Forex oleh Institusi Kewangan Berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM):

  • Institusi Kewangan Islam dikawal selia mengikut syarak
  • Ada badan syariah yang memastikan transaksi mengikut syarak

Ciri-ciri Transaksi Forex Oleh Individu Yang Dikenali Sebagai Online Forex:

  • Bukan daripada Malaysia, daripada luar negara, buka platform untuk transaksi tempatan
  • Kebanyakan online broker tidak betul, hanya 10% je yang betul, 90% sekadar spekulasi dan tiada mata wang yang wujud untuk transaksi tersebut, jika Broker hanya melakukan spekulasi, maka HARAM
  • Periksa adakah transaksi berlaku secara tertangguh, trade hari ini dan dapat mata wang lagi 6-7 hari kemudian, maka HARAM
  • Kemudahan Margin/Leverage, modal USD100, diberi margin dan boleh berniaga USD1000, maka HARAM, Kena ada modal USD1000, baru boleh berniaga USD1000

Syarikat broker Forex yang untung berjuta-juta di luar sana tidak berani ke nak lantik panel shariah?

Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:

  1. Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan
  2. Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)
  3. Tiada margin terlibat
  4. Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari

4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu syarat pun tak dipenuhi, maka HARAM.

Syarat #2 – #4 tu mungkin individu dan broker boleh patuh, tapi bagaimana dengan #1 – siapa yang akan pantau? Anda boleh jamin broker tersebut ada semua matawang yang dipairkan dalam setiap transaksi yang berlaku?

Kalau nak trade forex sebab bank-bank Islam buat, follow 100% apa yang bank-bank Islam buat.

Tiada satu pun badan yang memantau Forex Online seperti mana Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia yang memantau segala transaksi bank-bank Islam di Malaysia supaya mereka patuh syariah.

Nota Tambahan Mengapa Bank Boleh Menjalankan Forex oleh Tuan Haji Razli Ramli, Ketua Penasihat, Jabatan Penasihat Perniagaan – Syariah di IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia):

Forex adalah bermaksud foreign exchange. Apabila kita menyebut tentang Forex, kita sedia maklum bahawa ia adalah transaksi jual beli mata wang. Jual beli mata wang jika kita guna kontrak syariah Al Sarf, ia dibolehkan.

Forex online yang selalunya tidak dibenarkan kepada individu, tetapi ianya dibenarkan kepada Bank-bank Islamik.

Sebab apa?

Sebab matawang adalah merupakan perkara ‘ribawi’. Syarat perkara ribawi, ia mestilah jual beli secara tunai dan pertukaran mata wang berlaku on spot (tidak tertangguh).

Kalau dijalankan secara online, ia akan menyusahkan untuk individu memastikan ianya berlaku on spot. Sebab itulah ia tidak dibenarkan.

Kalau Bank-bank Islamik, mereka mempunyai Nostro dan Vostro akaun yang boleh bayar on spot antara ke dua-dua matawang tersebut walaupun secara online. Sebab itulah ia dibenarkan.

Ada lagi satu Kertas Kajian yang dijalankan oleh ISRA (International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance) bertajuk Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah.

Anda boleh muat turun dengan klik pada link di atas.

Dengarlah Nasihat Daripada Mereka Yang Pakar

Ada yang kata forex trading online haram sebab swap (riba), sebenarnya itu syarat yang kedua. Kalau broker memberikan kemudahan swap free masih haram sebab syarat nombor satu (betul-betul ada matawang) tidak dipenuhi.

Cukuplah setakat ini perkongsian daripada pihak kami, diharap anda beroleh manfaat dan sebarkan sebanyak mungkin supaya lebih ramai orang boleh faham hukum halal haram berkenaan forex trading online ini.

Baca juga Banyak isu berkaitan halal atau haram produk-produk derivatif seperti Forward, Future, Options, Swap, ETF dan CFD

Ini juga ken baca Betul Ke Perbankan Islam Trade Forex?

Previous ArticleNext Article

6 Comments

  1. Now there is a digital currency and it seems that FIAT will be buried in the future.
    Does it have an impact on Sharia compliance?

  2. Saya ada trade dlm octa fx dlm pair gold atau lain pair yg ada, adakah perkara ni haram dlm Islam, Dan, adakah ianya ikut, dlm syariah

  3. Masalahnya ialah, 10% broker yg mungkin betul itu, prosesnya sama dgn spread betting, margin sebagai asasnya, bukannya jual beli… Sbb tu ia berpasangan atau pair, maka bila kita trade, akan ada 3 matawang, cth duit kita dlm usd, tapi trade eurjpy, kita sebenarnya membeli perbezaan ini dua matawang atau disebut kontrak, dan semakin x jelas jika melibatkan usd… Ia bukannya 1 to 1 basis, dan tiada transaksi jelas. Beza antara matawang tersebut adalah spread atau bid ask. Inilah margin tadi. Sbb itu juga ia disebut sebagai CFD. Contract for different. Kita melakukan kontrak utk perbezaan tadi, bukannya jual beli matawang atau melalukan pertukaran matawang sebenar. Proses ini adalah sama dgn spread betting, maka itu, prosesnya adalah haram…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.