AXA Bekerjasama Dengan Hap Seng Trucks Dan Hap Seng Credit Dalam Pelancaran Insurans & Pembiayaan Kewangan Kenderaan Komersial Telematik Pertama Di Malaysia

AXA AFFIN General Insurance Berhad (AXA) terus mengembangkan strategi Payer-to-Partner melalui kerjasama strategiknya dengan Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd. (HSTD) dan Hap Seng Credit Sdn. Bhd. (HSC). Inisiatif kerjasama ini bertujuan untuk memperkenalkan AXA FlexiTruck sebagai insurans kenderaan komersial telematik pertama di Malaysia untuk memupuk tabiat pemanduan berhemah di kalangan pemandu trak tugasan ringan FUSO dan membantu mereka memahami tabiat memandu yang prihatin melalui pemasangan peranti keselamatan telematik.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, “Dengan penggunaan pengangkutan kenderaan komersial di Malaysia yang kian meningkat, kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan komersial semakin tinggi. Sebagai syarikat insurans, adalah penting bagi kami untuk memupuk tabiat memandu yang bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya termasuklah pemandu trak tugasan ringan demi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. Bekerjasama dengan Hap Seng Trucks Distribution, kami komited untuk menyampaikan matlamat kami untuk memberikan nilai dan perlindungan tambahan kepada pelanggan, di samping menjadikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua pengguna.”

Berdasarkan impak positif insurans motor telematik AXA FlexiDrive, AXA FlexiTruck ditaja jamin oleh AXA untuk menawarkan perlindungan komprehensif kepada pemandu trak tugasan ringan dengan manfaat seperti harga insurans motor khas, tuntutan lebih rendah sebanyak RM500 bagi setiap tuntutan dan perlindungan Kemalangan Diri bernilai RM50,000.

Melalui usahasama dengan HSTD, AXA FlexiTruck akan dipromosikan di rangkaian cawangan jualan HSTD FUSO dan pejabat HSC di seluruh negara, dan semua trak Mitsubishi Fuso Canter yang dijual akan dipasang dengan peranti telematik yang menyediakan keupayaan berikut:

(i) Perkhidmatan telematik kenderaan: Pemandu trak dapat memperoleh data berguna tentang penggunaan kenderaan, jarak pemanduan dan tingkah laku pemandu mereka melalui aplikasi mudah alih berdasarkan perjalanan.

(ii) Bantuan amaran dan kemalangan automatik: Sekiranya berlaku kemalangan, amaran akan dicetuskan secara automatik dan bantuan perubatan kecemasan akan dihantar ke lokasi kemalangan.

(iii) Pengawasan kenderaan 24/7 & pemulihan kenderaan akibat kecurian: Pemandu trak akan menerima amaran pada masa sebenar sekiranya berlaku kecurian dan polis akan dimaklumkan untuk mencari semula kenderaan yang dicuri.

Di samping itu, AXA FlexiTruck akan dibiayai oleh HSC di bawah FUSO Ez-Ownprogram pembiayaan telematik pertama di Malaysia. Pembeli trak FUSO hanya perlu membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM100 bagi pinjaman sewa beli kenderaan yang meliputi premium insurans motor selama tempoh 5 tahun. Premium insurans motor yang tidak digunakan, jika ada, akan dikembalikan kepada pembeli pada akhir tempoh pinjaman.

Menurut Roland Schneider, Ketua Eksekutif HSTD, skim pembiayaan itu bertujuan untuk menawarkan penyelesaian perlindungan yang mudah dan berpatutan kepada pemandu trak FUSO.

“Pemandu trak di Malaysia adalah di kalangan pemandu yang paling terlatih dan berkemahiran tinggi, tetapi mereka tidak mendapat perlindungan yang mencukupi kerana kekurangan kesedaran dan akses kepada penyelesaian perlindungan yang berpatutan. Kerjasama kami dengan AXA berkait kembali kepada misi kami untuk memanfaatkan tawaran produk yang inovatif untuk keperluan pemandu, sambil memberi mereka ketenangan fikiran semasa memandu di jalan raya,” kata Roland.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moomoo Malaysia Perluas Jejak Runcit Dengan Pelancaran Dua Kedai Di 1 Utama Shopping Centre Dan Pavilion Bukit Jalil

Kuala Lumpur, 22 April 2026 — Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (Moomoo MY), anak syarikat Futu Holdings Limited (NASDAQ: FUTU), mengumumkan pembukaan dua kedai fizikal baharu di 1 Utama Shopping Centre dan Pavilion Bukit Jalil, sekali gus menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan pelabur tempatan serta mewujudkan ruang yang mudah diakses bagi komuniti moomoo berkumpul, berkongsi pengalaman, belajar antara satu sama lain dan memperdalam pengetahuan kewangan bersama.

Terletak di dua destinasi gaya hidup utama di Lembah Klang, Moomoo Stores baharu ini menandakan langkah seterusnya dalam pengembangan “phygital” jenama tersebut di Asia Tenggara menggabungkan keupayaan platform digitalnya dengan ruang fizikal yang direka untuk interaksi di luar skrin, di mana pelabur boleh berhubung, belajar dan berkembang.

Direka dengan mengambil kira keperluan pelabur rentas pasaran masa kini, kedai-kedai ini menawarkan sokongan secara langsung, demonstrasi aplikasi secara langsung serta alat pasaran masa nyata yang memudahkan akses kepada peluang tempatan dan global. Pengunjung juga boleh merasai sendiri ekosistem Moomoo yang lebih luas, termasuk Moomoo API Skills, yang membantu menterjemah idea pelaburan kepada pelaksanaan melalui ciri intuitif berasaskan data.

Walaupun pelaburan semakin bersifat digital, Moomoo menyedari bahawa interaksi bersemuka masih penting dalam membina kepercayaan, terutamanya bagi pelabur yang membuat keputusan lebih teliti merentasi pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, Ivan Mok berkata, “Jangkaan pelabur hari ini melangkaui sekadar akses pasaran. Ia semakin tertumpu kepada sejauh mana pengalaman pelaburan itu intuitif, bermaklumat dan memberi kuasa kepada pelabur. Kami melihat ruang fizikal sebagai pelengkap penting kepada platform digital kami khususnya dalam membantu pelabur menyusun pemikiran, memperhalusi strategi dan mendekati pasaran tempatan serta global dengan lebih jelas.

Pembukaan kedai baharu ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa masa depan pelaburan akan dibentuk oleh gabungan teknologi, pendidikan dan hubungan manusia visi phygital kami dalam tindakan.”

Lokasi baharu ini menyediakan satu lagi saluran kepada pengguna untuk mengakses sumber platform dalam suasana yang lebih berpandu dan diperibadikan. Dibina atas kehadiran Moomoo yang semakin berkembang di Malaysia, ia mencerminkan visi syarikat untuk menggabungkan inovasi digital dengan interaksi fizikal yang bermakna.

Dengan Pavilion Bukit Jalil dan 1 Utama, dua pusat beli-belah bandar dengan trafik tinggi di Lembah Klang kini menjadi sebahagian daripada rangkaiannya, Moomoo Malaysia terus menyokong lebih ramai rakyat Malaysia meneroka pelaburan dengan lebih mudah dan selesa.

Kepimpinan Pasaran dan Pertumbuhan Pelabur yang Berterusan

Pengembangan ini juga membina momentum berterusan Moomoo Malaysia dalam pasaran, termasuk pengiktirafan terbaharu di Bursa Malaysia Retail Salesforce Awards, di mana jenama ini mengekalkan kedudukannya selama dua tahun berturut-turut sebagai Broker Terbaik bagi Bilangan Akaun Baharu Tertinggi dan Nilai Dagangan Tertinggi daripada Akaun Baharu.

Pencapaian ini mencerminkan peningkatan penyertaan dalam pelaburan digital di Malaysia, apabila lebih ramai individu mengambil peranan aktif dalam mengurus kewangan mereka. Seiring pertumbuhan komuniti ini, pengenalan kedai fizikal berfungsi sebagai sokongan tambahan dengan menyediakan lebih banyak titik sentuhan bagi pelabur memperdalam pemahaman mereka terhadap platform dan pasaran.

Platform digital Moomoo, yang terkenal dengan akses lancar ke pasaran global utama termasuk Amerika Syarikat, China dan Hong Kong, telah membina komuniti lebih 29 juta pengguna di seluruh dunia. Sejak memasuki Malaysia pada awal 2024, Moomoo telah menjadi aplikasi dagangan No. 1 di negara ini, mencerminkan peranan Malaysia yang semakin penting dalam pelaburan digital serta kepentingan strategiknya dalam peluasan Moomoo di Asia Tenggara.

Kedai baharu ini menandakan fasa seterusnya dalam perjalanan tersebut, membawa model phygital jenama ini lebih dekat dengan kehidupan harian komuniti moomoo.

Pelaburan melibatkan risiko. Penafian penuh di https://www.moomoo.com/my/support/topic9_37. Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti.