Sir Isaac Newton, Kisah Seorang Genius Dalam Pelaburan Saham

Lagenda Wall Street, Bernard Baruch ada berkata ‘Millions saw the apple fall, but Newton was the one who asked why.’

Kita pasti pernah dengar nama Sir Isaac Newton, tapi tak ramai yang tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pelabur.

Siapakah Gerangan Sir Isaac Newton?

Sir Isaac Newton merupakan ahli matematik, fizik, astronomi, theologian dan penulis (sesetengah pendapat mengatakan Sir Isaac Newton adalah seorang ahli falsafah sebenar). Beliau sangat terkenal sebagai seorang saintis yang sangat berpengaruh, dan merupakan kunci revolusi kemajuan dalam dunia sains.

Buku kerangan beliau yang bertajuk Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (Mathematical Principles of Natural Philosophy), diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1687, yang melahirkan penemuan ‘The Foundations of Classical Mechanics.’

Cara Sir Isaac Newton berfikir, adalah lebih jauh ke hadapan dalam bidang sains. Ianya boleh diumpamakan seperti sebuah ‘penemuan lombong pengetahuan’ yang baru bagi orang ramai.

Tahap IQ (intelligence quotient) beliau berada pada paras 190, membolehkan beliau melakukan pengiraan sehingga ke 55 titik perpuluhan hanya dengan menggunakan jari.

Keupayaan pemikiran intelektualnya yang tinggi adalah setara seperti Stephen Hawking. Namun, sungguhpun keupayaan beliau berfikir tinggi, ia tidak mampu menyelamatkan beliau daripada jatuh ke dalam fitrah manusia yang dipengaruhi sifat greed (tamak) dan terlalu yakin.

Kesilapan Pelaburan Yang Sir Isaac Newton Lakukan

Pada tahun 1720, saham syarikat The South Sea memulakan kenaikan dan telah menyebabkan histeria di kalangan pelabur-pelabur saham di London. Newton mendapati, psikologi dirinya dalam keadaan yang tidak menentu disebabkan rakan-rakannya mampu mencipta kekayaan melalui pelaburan ke dalam saham tersebut.

Beliau pun membeli saham tersebut, lalu menjualnya dengan mendapat keuntungan sebanyak 100%. Didorong perasaan tamak, Sir Isaac Newton melaburkan wang yang lebih banyak daripada sebelum ini, iaitu 3 kali ganda daripada nilai sebelumnya.

Nak dijadikan cerita, saham tersebut kemudiannya berlaku kejatuhan yang sangat dahsyat. Ini telah menyebabkan beliau mengalami kerugian yang sangat besar.

Hanya dalam masa 4 minggu, harga saham tersebut jatuh menjunam sebanyak 75%.

Akibat daripada tragedi tersebut, Sir Isaac Newton berasa sangat kecewa dan menderita. Beliau begitu tertekan sehingga perkataan “South Sea” tidak dibenarkan untuk disebut di hadapannya sehinggalah hujung hayat beliau, atau ianya akan mengakibatkan beliau naik angin dan marah-marah.

Sejauh mana pun keupayaan otak untuk berfikir, namun dunia pelaburan saham adalah sangat mencabar. Berdasarkan kegagalan beliau, Sir Isaac Newton ada meninggalkan pesanan “I can calculate the motions of the heavenly bodies, but not the madness of the people.”

Individu yang sangat genius seperti beliau pun boleh gagal dalam dunia pelaburan, kenapa individu seperti Warren Buffett pula boleh berjaya?

Previous ArticleNext Article

PATAMI Bursa Malaysia Bagi 1Q2026 Meningkat 6.4% Tahun Ke Tahun Kepada RM72.8 Juta

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia memulakan 2026 dengan prestasi suku pertama yang kukuh, disokong oleh aktiviti pasaran teras yang teguh serta momentum berterusan dalam inisiatif untuk memperkukuh penyertaan dan kemeriahan pasaran.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q2026”), Bursa Malaysia mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai, Zakat dan Kepentingan Minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM72.8 juta, mewakili peningkatan 6.4% tahun ke tahun (“YoY”) berbanding suku yang sama tahun lalu. Hasil operasi meningkat 16.4% YoY kepada RM206.9 juta, terutamanya disokong oleh aktiviti dagangan sekuriti yang lebih tinggi serta peningkatan yuran penyenaraian dan penerbit. Sebaliknya, perbelanjaan operasi meningkat 24.2% kepada RM115.3 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh yuran berkaitan kawal selia yang lebih tinggi serta perbelanjaan berterusan dalam bakat dan teknologi.

Dalam Pasaran Sekuriti, Purata Nilai Dagangan Harian bagi Dagangan Pasaran meningkat 27.0% YoY kepada RM3.3 bilion, disokong oleh penyertaan meluas merentas segmen pelabur. Aktiviti pengumpulan dana adalah memberangsangkan pada 1Q2026, dengan 16 IPO merentasi Pasaran MAIN, ACE dan LEAP. Jumlah permodalan pasaran meningkat 11.4% YoY, mencecah RM2.1 trilion pada 1Q2026.

Pasaran Derivatif turut menyumbang secara stabil kepada prestasi pada 1Q2026, dengan Purata Kontrak Harian yang didagangkan meningkat 5.2% YoY kepada 107,487 kontrak, sebahagian besarnya didorong oleh jumlah kontrak FCPO yang lebih tinggi serta aktiviti lindung nilai oleh peserta. Bursa Malaysia melancarkan Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures pada 26 Januari sebagai sebahagian daripada strategi inovasi produknya, di samping meneruskan penglibatan industri melalui Persidangan & Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-37.

Dalam Pasaran Islam, Bursa Suq Al-Sila’ (“BSAS”) merekodkan Purata Nilai Harian sebanyak RM50.7 bilion, disokong oleh penyertaan dan kecairan yang meluas. Pada 2 Januari 2026, jumlah nilai dagangan di BSAS mencapai rekod RM172.7 bilion. Selain itu, pengembangan BSAS ke Sri Lanka meningkatkan kehadiran antarabangsanya kepada 29 negara. Permintaan pelabur terhadap produk patuh Syariah diperkukuh apabila dana dagangan bursa patuh Syariah mencapai rekod aset di bawah pengurusan sebanyak RM1.05 bilion pada Februari 2026.

Hasil bukan dagangan, yang menyumbang 38.0% daripada jumlah hasil operasi, meningkat 19.3% YoY kepada RM79.3 juta, disokong oleh yuran penyenaraian tahunan yang lebih tinggi serta aliran hasil berulang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed berkata, “Bursa Malaysia mencatat permulaan tahun yang positif, dengan aktiviti dagangan lebih tinggi dan saluran penyenaraian yang kukuh, mencerminkan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia.

“Berdasarkan prestasi ini, keutamaan pembangunan pasaran terus dipacu untuk memperkukuh kualiti, kebolehcapaian dan keluasan ekosistem pasaran modal. Ini termasuk langkah untuk meningkatkan keterlihatan pasaran ekuiti melalui indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Quality 50 Shariah, meluaskan akses kepada derivatif melalui Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures, serta memperkukuh hubungan rentas sempadan melalui kerjasama dengan Hong Kong Exchanges and Clearing Limited.”

Mengulas mengenai prospek, Dato’ Fad’l berkata, “Seiring 2026 berkembang, pasaran modal Malaysia terus beroperasi dalam persekitaran domestik yang berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kepastian dasar. Dengan unjuran pertumbuhan KDNK antara 4.0% hingga 5.0%, latar belakang ini menyediakan asas yang konstruktif untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal. Dalam landskap ini, Bursa Malaysia kekal fokus melaksanakan peranannya sebagai pengendali pasaran yang dipercayai, memperkukuh kemeriahan pasaran dan menyokong pembentukan modal mampan bagi memenuhi keperluan pelabur, penerbit dan ekonomi secara keseluruhan yang sentiasa berkembang.”

Keputusan kewangan bagi 1Q2026 boleh didapati di laman web Bursa Malaysia di
https://bursa.listedcompany.com/home.html

1Q2026 (RM juta)1Q2025 (RM juta)Perubahan peratus (%)
Hasil operasi206.9177.716.4
Pendapatan lain7.26.77.4
Jumlah hasil214.1184.416.1
Jumlah perbelanjaan operasi(115.3)(92.9)24.2
Keuntungan daripada operasi98.891.57.9
Kos kewangan(0.1)(0.1)
Keuntungan sebelum cukai dan zakat98.791.47.9
Perbelanjaan cukai pendapatan dan zakat(26.4)(23.4)12.6
Keuntungan bagi tempoh tersebut72.368.06.3
Kepentingan minoriti0.50.425.3
PATAMI72.868.46.4