IPO AME Elite Consortium Berhad Dah Boleh Beli Secara Online

Alhamdulillah, IPO AME Elite Consortium bakal menemui para pelabur pada 14 Oktober 2019.

Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan untuk IPO baru saja dibuka pada hari Selasa, 24 September 2019 dan akan ditutup pada hari Isnin, 30 September 2019. Tak sampai seminggu pun, jadi siapa yang berminat kena daftar cepat-cepat.

Sumber: Bursa Malaysia

AME Elite Consortium akan menawarkan 128 juta saham baru, dengan 85.4 juta ditawarkan kepada orang ramai. Dengan harga tawaran IPO pada RM1.30 seunit, mereka dijangka mendapat RM166 juga hasil daripada IPO ini.

Siapa AME Elite Consortium Berhad Ni?

Sumber: Laman Web AME Elite

AME Elite Consortium adalah sebuah syarikat pembinaan (construction) yang dah berusia 25 tahun. Kemudiannya mereka telah berkembang dan kini terlibat dalam pembangunan hartanah, kejuruteraan, perkhidmatan pelaburan hartanah dan pengurusan.

Ianya berpangkalan di Senai dan mempunyai pejabat di Johor Bahru. Senang cerita, mereka memang terkenal di selatan tanahair kita.

Projek Terkemuka AME Elite Consortium Berhad

1. Pembangunan Hartanah

2. Pembinaan

3. Kejuruteraan

Pihak Pengurusan AME Elite Consortium Berhad

Kalau ikut profail syarikat, memang semuanya berpengalaman dalam industri.

Prestasi Kewangan AME Elite Consortium Berhad

Sumber: Prospektus di Bursa Malaysia

Kita dapat lihat bahawa pendapatan syarikat meningkat, keuntungan syarikat juga meningkat saban tahun.

Status Patuh Syariah AME Elite Consortium Berhad

Katanya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengesahkan bahawa AME Elite Consortium ni patuh Syariah. Jadi boleh beli saham mereka tanpa was-was.

Boleh Beli IPO AME Elite Consortium Berhad Secara Online

Setakat ni (25 September 2019), CIMB Clicks dah boleh beli. Maybank belum keluar.

Kenapa Nak Beli IPO?

Merujuk kepada Prestasi IPO Setengah Tahun 2019, daripada 14 yang disenaraikan setakat ini, 78.57% naik dalam masa sehari, 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Senang cerita, mohon IPO, kalau ada rezeki dapat, dan jual pada hari pertama. Peluang cerah untuk buat keuntungan.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, tapi tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.