7 Checklist Sebelum Nak Apply Pembiayaan Peribadi Atau Personal Loan

Nak apply personal loan untuk tujuan peribadi atau sekiranya berdepan dengan masalah kewangan, adalah tidak digalakkan. Sekiranya kita mampu membayarnya dengan cara lain, lebih baik jangan berhutang.

Tetapi sekiranya betul-betul terdesak dan nak juga buat pinjaman, buat dulu checklist ini sebelum nak apply pembiayaan peribadi. Ia mungkin membantu anda dalam mendapatkannya.

1. Pastikan Ada Kemasukan Duit

Sebelum membuat pinjaman, ianya adalah lumrah jika anda tiada duit yang banyak dalam akaun bank. Kalau ada duit banyak, mesti takkan apply untuk buat personal loan kan?

Yang penting adalah anda boleh buktikan bahawa ada duit masuk setiap bulan, agar dapat membuktikan bahawa anda mampu nak bayar balik nanti.

2. Jaga Rekod CCRIS

Nak buat pinjaman peribadi pun memerlukan pegawai bank menyemak rekod CCRIS anda. Jika anda seorang yang tidak suka bayar hutang atau hutang asyik tertunggak, takkan orang nak bagi pinjam wang.

Itulah gunanya rekod CCRIS ini, untuk menunjukkan sama ada kita seorang peminjam yang baik.

3. Tentukan Jumlah Pinjaman Peribadi

Sudah fikir berapa jumlah yang ingin anda pinjam? Tentukan dahulu berapa banyak pinjaman yang ingin anda lakukan. 

Boleh buat kira-kira komitmen bulanan selepas mengetahui berapa instalment bulanan yang perlu dibayar.

4. Kenal Pasti Jumlah Kaedah Keuntungan

Lain bank lain kadar keuntungan, tapi ketahuilah bahawa pembiayaan peribadi mempunyai kadar faedah yang agak tinggi juga. Kadang-kala bila tengok kadar yang tinggi sangat, ianya boleh membuatkan kita cari sumber lain untuk mendapatkan dana.

Baca lagi 6 Kategori Kontrak Dalam Perbankan Islam

5. Pilih Bank Yang Menawarkan Kadar Keuntungan Yang Rendah

Jangan terlalu laju membuat keputusan, anda masih boleh memilih dahulu bank yang menawarkan kadar keuntungan yang rendah. Jika kadar yang dikenakan adalah tinggi, maka bayaran bulanan juga akan menjadi tinggi.

Buatlah perbandingan di antara beberapa buah bank sebelum nak memohon.

Baca lagi Salah Faham dan Kurangnya Kesedaran berkenaan Perbankan Islam di Kalangan Masyarakat

6. Pastikan Dokumen Lengkap

Apabila tiba masa yang ditunggu-tunggu, dokumen pula tidak lengkap. Oleh itu, buatlah persiapan yang rapi agar permohonan tak ditolak di kemudian hari.

Di antara dokumen yang biasa diminta adalah:

  • Salinan MyKad (depan dan belakang)
  • Salinan penyata bank
  • Slip gaji 3 bulan yang terkini
  • Penyata KWSP 6 bulan yang terkini
  • Borang cukai BE
  • Penyata komisyen bagi penerima komisyen

7. Apply Pembiayaan Peribadi

Akhir sekali, mohonlah pinjaman peribadi yang anda mahukan dengan cara yang betul. Fahami sebaiknya terma dan syarat yang ditetapkan. 

Gunakanlah wang yang dipinjam dengan bijak dan jangan sampai terleka menggunakannya untuk urusan yang tidak bermanfaat serta merugikan.

Checklist ini adalah persediaan bagi memudahkan urusan dan proses pembiayaan peribadi. Tapi kena ingat, mohonlah jumlah yang diperlukan saja kerana ia turut mempengaruhi aliran tunai anda pada masa akan datang.

Nak Beli Rumah, Tapi Tahu Tak Tahap Kewangan OK atau KO?

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.


Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.