Nak Melabur Guna Duit Moratorium? Baca Ini Dulu

Ramai ke yang dah apply moratorium 6 bulan? Masa nak apply tu, ada buat perancangan tak untuk melabur guna duit tersebut?

Kalau ada, apa kata kita ikuti perkongsian Puan Rynn Mustafa tentang duit moratorium yang ingin dijadikan pelaburan yang boleh kita jadikan sebagai pedoman.

“Duit moratorium nak buat apa?”

Saya ni pantang ada duit lebih otak dah laju fikir nak letak kat mana. Memang takkan simpan duit dalam saving account banyak-banyak.

Pilihan utama saya kalau ada duit lebih sikit-sikit ni, of course saya nak invest dalam saham InsyaAllah. Kat Bursa jer sebab kami ni “retail investor.” Belum layak jadi Sophisticated Investor yang boleh melabur dalam Private Placement di mana 1 lot bersamaan dengan RM50,000.

Seronoknya mereka yang ada modal besar. Opportunity pun besar untuk ‘Money makes Money’.

Bila saya nasihat, macam-macam juga orang cakap.”Kau boleh lah, kau pandai invest-invest ni, aku memang tak reti”. Well, nak tahu tak, saya started from zero too.

Saya started terjebak dalam dunia investment ni masa tahun kedua di universiti. Tahun 2008 kalau tak silap, umur masa tu 22 tahun. Belajar kat luar negara ni, elaun banyak. Saya dulu belajar di Wales.

So saya kumpul elaun biasiswa tu, masa tu dah cecah 2,000 Pounds. Ada satu masa tu, my sister Lily Mustafa asyik bercerita pasal investment kat Bursa Saham, hari-hari Yahoo Messenger dengan dia, akhirnya saya ambil keputusan untuk melabur 2000 Pounds masa tu untuk beli saham menggunakan akaun CDS dia.

Ingat lagi masa tu saya beli saham KNM dan Muhibah. Tapi invest masa tu tanpa ada ilmu langsung. Menonong saja.

Dengan harapan balik Malaysia nanti dah boleh kaya hasil jual saham. Comel kan angan-angan saya? Peram punya peram, dia makin turun tak naik-naik.

Rugi hampir RM8,000 masa tu. Tahun 2010, dah nak balik Malaysia, dia still tak naik-naik, saya call remisier cakap bosan la nak tunggu dia naik, jual je la, dapat balik modal dalam RM300.

Bodohnya kalau ingat balik. Fundamental kuat yang pegi jual kenapa? Tapi sebab takde ilmu kan. Itulah dia harga sebuah kebodohan. Taknak cari ilmu tapi gatal nak main saham.

Kemudian pada tahun 2014, masa tu dah berhenti kerja untuk buat bisnes, sekali lagi nak cuba nasib main saham. Kali ni dah bijak sikit.

Sign up masuk belajar dengan sifu Haji Asri, yuran kelas RM2,400 masa tu. Dan lepas tu join pula kelas Bursa Station, bayar RM850, belajar tengok software Bursa Station tu, buat analysis tentang kaunter-kaunter yang kita nak beli.

Lepas tu start invest balik. Masa ni memang hardcore, saya seorang trader tegar pada waktu tersebut.

Ada yang saya beli pagi, petang hari jual.

Ada juga yang beli hari Isnin, Jumaat saya jual. Macam tu lah. Sekali masuk modal 20,000, guna kontra daripada bank lagi RM20,000. Sekali masuk RM40,000 satu kaunter.

Tapi best la sekali jual untung RM2k, RM4k, sekali cut loss pun best juga. Jantung masa tu tak tau nak cerita la.

Then bila dah buka cafe, dah semakin sibuk, dah tak mampu nak trade secara aktif. Tapi dari semasa ke semasa, ada juga masuk sikit-sikit.

Suami pula dah start melabur dan beliau pun dah masuk kelas saham. Belajar lebih lagi.

Tahun 2020, kami aktif semula. Masa mula-mula pandemik, ramai orang jadi kaya dengan saham, betul tak?

Siapa buat duit time mula-mula pandemic angkat tangan. Tahniah bagi yang berjaya rebut peluang tersebut.

Saya sibuk dengan cahaya mata baru, lalu saya bagi suami saya Mohd Juhaimi Isa untuk invest dalam kaunter-kaunter yang dia dah study bila dia ada masa free.

Kali ni kami lebih matang. Lebih bertenang. Lebih rasional. No more cutloss.

Bila ada holding power, kami dah tak gelabah nak cut loss. Fundamental ok, kita hold je. So, kalau anda rasa anda tiada ilmu, tolong cari ilmu.

Jangan hanya peram duit banyak-banyak dalam bank, atau dalam ASB. Buat sesuatu untuk kembangkan duit.

Kalau dibiarkan begitu saja, ianya akan dimakan oleh inflasi. Mula dengan mencari ilmu terlebih dahulu.

Cari circle yang betul yang boleh tolong kita belajar. Skill akan datang kemudian bila dah banyak praktis. Jangan takut nak bayar yuran dengan sifu-sifu otai, InsyaAllah berbaloi sangat.

Tapi satu benda kena ingat, jangan sesekali guna duit EMERGENCY FUND untuk pelaburan. Hanay guna duit lebihan saja.

Duit yang kalau hangus, korang tak rasa nak bunuh diri. Itu Golden Rules dia. Jangan derhaka pada rules ni kelak padah nanti kau. Aku dah rasa juga part ni satu masa dulu.

Selamat melabur buat mereka yang dah ada ilmu dan skills. Tahniah sebab peluang sangat besar sekarang. Masih boleh beli kaunter-kaunter dengan harga diskaun, masa terbaik untuk mereka yang ada modal.

Duit moratorium juga boleh digunakan untuk cari ilmu-ilmu ni. Cari kelas-kelas yang ajar fundamental dan teknikal. Tak kiralah pelaburan apa sekalipun.

Saham ke, aset digital ke, hartanah ke, emas ke. Terlampau banyak sebenarnya peluang, nak cari dengan tak nak je.

Zaman sekarang kita tak boleh tinggal selesa dalam comfort zone, orang ramai tengah berlumba-lumba untuk bersara awal, macam mana nak buat pendapatan pasif, pendapatan kedua dan sebagainya.

Jika kita ada kemampuan duit dan masa, rugi kalau tak perah keringat waktu muda ni. Kalau umur saya ni, dah 35 tahun.

Tak banyak masa dah untuk kita pencen. Kalau tak tahu nak belajar dari siapa dan follow siapa, saya suggest follow FB:

Kredit: FB Rynn Mustafa

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.