Takut Nak Beli Kereta Sebab Komitmen Tinggi? Sekarang Kita Ada Pilihan Lain

Nak beli kereta ni merupakan komitmen jangka panjang, disebabkan kita boleh membuat pembiayaan atau instalment sehingga 9 tahun.

Lagi menyedihkan, harga kereta akan turun sebaik saja ianya keluar daripada showroom.

Harini beli, esok harga dia turun 10%. Memang ramai akan berfikir panjang untuk membeli kereta, kerana bukan bayaran bulanan saja yang perlu diberi perhatian; kita perlu bayar cukai jalan, insurans, maintenance, tol, parking dan sebagainya.

Jadi apakah pilihan yang ada, kalau kita takut nak beli kereta disebabkan komitmen yang tinggi?

Sekarang kita dah boleh langgan kereta dengan bayaran bulanan, tanpa memiliki kereta tersebut. Hanya bayar instalment bulanan tetap (fixed), dan kita dapat melanggan kereta idaman kita; tanpa perlu risau nak memperbaharui cukai jalan atau insurans kereta setiap tahun, maintenance berjadual dan sebagainya.

Kalau dengan cara tradisional kita beli kereta dan perlu membayar balik untuk tempoh 7 ke 9 tahun, kini kita hanya perlu bayar bulanan untuk tempoh minima setahun. Maknanya, nak tukar kereta setiap tahun pun boleh dengan cara langganan kereta ini.

Berikut merupakan pilihan langganan kereta yang ada di Malaysia.

1. Flux

Terdapat pilihan Kia Picanto dalam lingkungan RM800 sebulan, seterusnya Toyota Vios di bawah RM1,000 sebulan.

Model popular seperti Honda Jazz, Toyota Yaris, Peugeot 2008 dan Honda City pula boleh diperolehi dengan harga bawah RM1,500 sebulan.

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih besar, kereta Mini Cooper, Volvo, Mercedes dan BMW boleh diperolehi dengan harga RM4,000 ke atas setiap bulan.

Layari laman web Flux untuk tahu lebih lanjut.

2. Renault

Renault yang berasal dari Perancis pula menawarkan langganan kereta serendah RM1,299 sebulan bagi kereta Renault CAPTUR bagi langganan untuk tempoh 2 tahun.

Banyak sebenarnya kelebihan kita membuat langganan kereta ni, di antaranya:

Layari laman web Renault untuk keterangan lanjut.

3. Nissan

Bagi mereka yang nak merasa bawa kereta Nissan pula, ada dua pilihan yang ada iaitu X-Trail dengan harga RM1,800 sebulan atau LEAF dengan harga RM3,500 sebulan.

Siap buat perbandingan lagi, dan kita boleh tengok sendiri yang mana lebih menguntungkan.

Layari laman web Nissan untuk keterangan lanjut.

4. GoCar

Ada beberapa pilihan yang ada seperti berikut, dan buat masa sekarang ada promosi 50% diskaun untuk bulan pertama.

Siapa yang menggunakan langganan GoCar ini, anda akan dapat banyak manfaat seperti berikut:

Layari laman web GoCar kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

5. MyMotor (oleh MyEG)

Kalau diikutkan, MyMotor oleh MyEG ini menawarkan pilihan yang terbanyak di kalangan langganan kereta yang ada di Malaysia. Tengok saja senarai di bawah, memang rambang mata dibuatnya.

Sebenarnya banyak lagi pilihan yang ada, anda kena layari sendiri laman web MyMotor untuk tengok senarai penuh yang ada.

Di Malaysia, kita kena berfikir panjang sekiranya mahu membeli kereta. Di antaranya:

Tersilap beli kereta, kita bakal menanggung kesengsaraan sehingga 9 tahun lamanya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.