Ensiklopedia Risiko

Apabila kita dengar perkataan “risiko,” secara automatik fikiran kita memikirkan sesuatu yang mengerikan, atau senario terburuk yang boleh terjadi; seperti kehilangan pekerjaan, kekayaan, wang dan sebagainya. Namun tahukah anda, apa jua perkara yang kita lalui dalam kehidupan, semuanya disertakan sekali dengan risiko? Bagaimana mampu kita mengelak daripada risiko?

Pada awalnya, “risiko” berasal daripada perkataan rhizikón dalam bahasa Yunani kuno, yang bermaksud perasaan kita yang rumit terhadap sesuatu konsep yang sukar. Selain daripada itu, ia juga menggambarkan sebuah situasi yang berbahaya.

Manakala dalam falsafah lama masyarakat China, risiko boleh di gambarkan seperti berikut:

  • Perkataan sebelah kiri membawa maksud Danger (bahaya) atau dalam erti lain adalah halangan dan risiko.
  • Perkataan sebelah kanan membawa maksud peluang atau harapan.

Walaupun konsep penggunaan risiko telah berubah sedikit sebanyak sejak bertahun-tahun lamanya, tetapi kebanyakan orang masih lagi menyifatkan risiko seperti sesuatu perkara yang sangat memudaratkan.

Menurut catatan sejarah, risiko pada awalnya mula dipandang melalui perspektif berbeza, apabila mencapai abad ke-16. Penerokaan dunia baru saja bermula, manusia mula berfikir mengenai konsep risiko boleh dikawal dan tidak perlu hanya berdasarkan nasib untuk menghadapinya.

Sehinggakan negara Jerman pada dahulu kala menggunakan perkataan Rysigo sebagai slogan yang bermaksud “to dare, to undertake, enterprise, hope for economic success”. Sama ada kita sedar atau tidak, kita mengambil risiko besar dan kecil setiap hari, dalam semua aspek kehidupan kita.

Berita baiknya adalah kita tidak perlu merebut semua peluang dan berharap untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Artikel pada kali ini, akan mengulas sedikit sebanyak mengenai ‘bagaimana untuk mengambil risiko secara rawak dan meminimumkan kemungkinan  peristiwa  terburuk, yang akan berlaku”.

Pada era moden, kita sering diajar sebelum berhadapan proses membuat keputusan, perlu melihat risiko dan peluang dalam gambaran carta ‘paksi X dan Paksi Y’. Contohnya “jika saya melakukan X, maka saya akan mendapat  hasil Y”.

Namun tahukah anda dalam kehidupan sebenar, jika kita mengambil tindakan dalam sesuatu julat X, maka apa jua dalam keputusan pada situasi paksi Y boleh berlaku?

Jika kita dapat memahami perkara ini, kita mungkin boleh merubah cara kita melihat risiko daripada perspektif yang berbeza. Contohnya kita boleh mengubah tindakan pada  julat X, supaya mengoptimumkan keputusan buruk yang berlaku pada julat Y. Ini tidak menjanjikan kita akan sentiasa mendapat keputusan yang positif, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk meningkatkan peluang hasil baik yang tinggi, dalam sesebuah  proses mengoptimumkan nilai risiko.

Tahukah anda terdapat ilmu sains yang dapat membantu kita memahami situasi dengan lebih jelas, mengenai “bagaimana untuk memaksimumkan peluang kejayaan apabila kita mengambil risiko?“.

Ilmu sains yang dimaksudkan berasal daripada dunia ekonomi dan kewangan. Dalam dunia kewangan, risiko ditakrifkan sebagai anggaran segala sesuatu yang mungkin akan berlaku. Kenal pasti nilai risiko dan adakah kita layak merisikokan sesuatu untuk mendapatkan nilai peluang kejayaan yang kita kehendaki. Contohnya:

Situasi A:

Kita melihat sesebuah saham akan naik 20% atau melakukan penurunan sebanyak 60%. Adakah kita perlu mengambil risiko dan peluang pelaburan tersebut, jika berhadapan keuntungan 20% dan kerugian 60%?

Situasi B:

Kita melihat sesebuah saham akan naik 60% atau melakukan penurunan 20%. Adakah kita perlu mengambil risiko dan peluang pelaburan tersebut, melalui keuntungan 60% atau kerugian 20%?

Situasi yang mana menjadi pilihan anda, semestinya kita akan memilih situasi B, kerana ianya lebih menguntungkan. Apabila kita memahami nisbah risiko dan peluang diukur dengan baik, maka secara tidak langsung kita boleh meningkatkan atau mengurangkan nilai risiko, mengikut keutamaan masing-masing.

Walaupun ilmu ekonomi dan kewangan tersebut merumus terhadap cara mengoptimumkan risiko dan memaksimumkan keuntungan, dan ianya lebih tertumpu dalam pasaran kewangan; namun perkara tersebut tidak hanya terbatas melalui ekonomi dan kewangan. Kita juga boleh mengunakan konsep yang sama dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya di sini, kita perlu mengambil risiko untuk menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik dan selesa berbanding sebelumnya. Kita mesti berusaha untuk merisikokan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu. Jika kita mengelakkan risiko, kehidupan kita tidak akan bergerak ke hadapan.

Secara teknikal, risiko menerangkan segala kejadian yang mungkin berlaku samada baik atau buruk. Ambillah risiko secara bijak walau apa jua situasi kehidupan yang kita lalui.

Kita mampu mengubahnya, ibarat kata-kata emas Bear Grylls ‘Without risk, there can be no growth’.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA