Wanita Lebih Bijak Dalam Pelaburan Berbanding Lelaki?

M. Barber dan Terrance Odean telah menerbitkan satu penyelidikan yang bertajuk “Boys Will Be Boys: Gender, Overconfidence, and Common Stock Investment”. Mereka telah membuat kajian bagaimana prestasi wanita berbanding lelaki dalam tempoh jangka masa yang panjang ketika melabur, dan mereka telah mendapati bahawa kaum wanita lebih bijak daripada kaum lelaki dalam dunia pelaburan.

Tidak dinafikan dalam dunia pelaburan, terdapat lebih ramai bilangan kaum lelaki yang terlibat berbanding wanita. Namun, kelihatan bahawa golongan wanita lebih berjaya nampaknya.

Lelaki Sering Over-Confident

Di antara komponen utama kenapa wanita lebih baik berbanding lelaki dalam dunia pelaburan ialah, mereka tidak memperlihatkan tahap keyakinan mereka secara berlebihan (over-confident) yang mampu menjejaskan tumpuan mereka.

Mengikut statistik kajian, lelaki mempunyai 45% keyakinan yang lebih tinggi berbanding wanita hingga mengakibatkan pulangan pelaburan purata dalam 1% kurang berbanding wanita. Kajian ini turut mengaitkan bahawa psikologi lelaki akan mudah terjejas berbanding pelabur wanita.

Mungkin inilah di antara sebab utama kenapa wanita sering kali dipinggirkan atau disisihkan dalam dialog-dialog dunia kewangan. Akhirnya ia menyebabkan wanita kurang menonjol dalam dunia pelaburan.

Wanita Lebih Fokus Dan Buat Penyelidikan Yang Menyeluruh

Walaubagaimanapun, memiliki tahap keyakinan sederhana dalam menyemak dan membina fokus yang tinggi terhadap portfolio pelaburan dalam jangka masa panjang; adalah di antara kelebihan utama yang ada pada wanita.

Menurut kajian mereka lagi, salah satu sebab kenapa kaum wanita berada di kelas mereka yang tersendiri dalam dunia pelaburan ialah, mereka sanggup melakukan banyak penyelidikan untuk mencari fakta pelaburan yang tepat.

The National Council for Research on Women telah menerbitkan satu kajian komprehensif mengenai “Wanita dalam Pengurusan Dana (Women in Fund Management)”. Mereka telah menyimpulkan beberapa hasil kajian terhadap wanita seperti berikut:

Wanita membuat keputusan berdasarkan pengumpulan data secara komprehensif dan sentiasa mempertimbangkan idea-idea yang mungkin bertentangan dengan anggapan asal mereka. Kajian tersebut telah merujuk kepada pelbagai sumber, di antaranya artikel dari The Financial Times, ditulis oleh Celia Mather, bertajuk “Why Fund Management Suits the High-Achieving Women of Financial Services”.

Kesimpulannya, seorang pelabur wanita telah menjalankan penyelidikan sebanyak 60% lebih banyak berbanding lelaki, ketika melabur dan membuat keputusan pelaburan.

Kesimpulannya, wanita secara rutinnya mengenal pasti tujuan mereka dalam mencipta keuntungan. Berbanding melihat pelaburan sebagai tempat persaingan atau usaha untuk mengalahkan pasaran, wanita lebih tertumpu untuk memenuhi matlamat kewangan masa depan untuk diri sendiri dan keluarga mereka. 

Keutamaan dalam dunia kewangan mereka berbeza berbanding dengan kaum lelaki. 

Anda seorang lelaki yang membaca artikel ini, adakah anda setuju bahawa pelabur wanita lebih bijak?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840