Firma Penasihat Kewangan Terbesar Malaysia Berkolaborasi Dengan Firma Perakaunan

VKA Wealth Planners Sdn Bhd, sebuah firma penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Nizam & Co. Nizam & Co adalah sebuah firma perakaunan berlesen di bawah Malaysian Institute of Accountant (MIA)

“Ini adalah sejarah dalam industri kewangan di Malaysia,” kata Datuk Paduka Javern Lim, Pengarah Urusan Kumpulan VKA Financial. VKA adalah antara Firma Penasihat Kewangan terawal yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan Lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sejak itu secara aktif menyumbang ke arah pembangunan industri khidmat nasihat dan perancangan kewangan di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Nizam & Co En Ahmad Nizam Samsudin,  dia bersetuju bahawa industri kewangan di Malaysia memerlukan idea baru dalam membantu Malaysia mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0)

Memudahkan SME dan Syarikat Korporat

Kerjasama ini berteras konsep PENYELESAIAN KEWANGAN SETEMPAT. Ini secara tak langsung memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan kewangan seperti perancangan kewangan dan perakaunan dengan mudah dan pantas. Hakikatnya ini bukanlah sesuatu yang baru di Australia. Tetapi bagi Malaysia ini adalah sesuatu yang baru perlu dilakukan dalam  menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang bersama-sama dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0)

Pencapaian Baru

Ini secara tak langsung akan meningkatkan lagi industri perancangan kewangan di Malaysia mencapai tahap yang lebih tinggi. Seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak termasuk boleh mendapatkan khidmat perancangan kewangan tanpa berat sebelah dibawah firma VKA selaras dengan matlamat VKA itu sendiri sebagai “Firma Perancangan Kewangan Pilihan Utama Rakyat Malaysia”

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Hanif Yahaya
0188716761
[email protected]

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

www.vka.com.my
https://nizamco.com/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.