Bagaimana Amazon Menghancurkan Pesaingnya Dan Memonopoli Pasaran?

Amazon merupakan kuasa terbesar dalam peruncitan secara dalam talian. Syarikat ini telah mendominasi setiap pasaran dengan menggunakan teknik ‘menghancurkan’ pesaing mereka dan seterusnya memonopoli didalam sesebuah pasaran dengan mengunakan teknik menjatuhkan harga pasaran sesebuah produk.

Jeff Bezos yang merupakan seorang yang berfikiran jauh dalam membangunkan Syarikat Amazon. Dia yang menggunakan kaedah klasik yang terkenal seperti razor and blade. Model perniagaan ini merupakan model perniagaan yang dipopularkan oleh Syarikat Kodak dan syarikat tersebut menguasai dunia fotografi selama lebih dari 100 tahun.

Klik di sini untuk membaca kisah Syarikat Kodak.

Syarikat Amazon merupakan sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan pelanggan berbanding dengan mengejar keuntungan dan pada masa yang sama, Amazon menggunakan kekuatan kewangan yang dimiliki olehnya untuk menghapuskan syarikat yang lebih kecil dari pasaran segmen tertentu dan kemudian memonopoli untuk pasaran tersebut.

Syarikat Amazon yang menggunakan beberapa langkah untuk menghapuskan pesaing mereka dan setiap langkah dan tindakan  yang diambil oleh Amazon adalah sangat tepat.

Rahsia kejayaan yang dimiliki oleh Amazon ini adalah berpunca dari database yang dimiliki oleh mereka. Database yang dimiliki oleh Amazon adalah sangat berkualiti tinggi dan mereka mendapatkan database tersebut tanpa mengeluarkan kos yang besar berbanding pesaing mereka.

Case Study Amazon Menghancurkan Produk Bekas Kakitangan Apple

Untuk lebih jelas, mari kita lihat bagaimana Amazon mendominasi pasaran produk yang dilihatnya berpotensi untuk berkembang dan secara tidak langsung menjatuhkan pesaing mereka.

Oven yang dikeluarkan oleh Syarikat Amazon ini harganya separuh lebih murah berbanding dengan oven keluaran Syarikat June

Sebagai contoh, sebuah oven pintar yang mana oven tersebut dapat digunakan untuk memasak dengan hanya menggunakan pembantu maya yang dicipta mereka iaitu Alexa.

Idea oven pintar ini adalah dibangunkan oleh sebuah syarikat startup yang bernama June.

Syarikat June ini merupakan sebuah syarikat startup yang diasaskan oleh dua orang bekas pekerja Syarikat Apple. Mereka berdua berjaya mencipta oven yang pintar dan menjual produk tersebut di platform online Syarikat Amazon.

Selain mendapat kejayaan dengan oven pintar ini, syarikat ini juga dapat menarik pelabur asing untuk melabur didalam syarikat mereka. Antara pelabur yang besar melabur didalam syarikat tersebut adalah Amazon sendiri pada tahun 2018. Oleh kerana Syarikat June menggunakan platform yang disediakan oleh Amazon, mereka dapat menggunakan maklumat dan data mengenai corak pembelian pelanggan.

Pihak Amazon pula mendapat database yang lengkap mengenai produk tersebut tanpa melaburkan wang untuk membuat kajian tentang penerimaan produk tersebut di dalam pasaran.

Langkah yang seterusnya,pihak Amazon telah mengeluarkan produk oven pintar mereka sendiri tetapi dengan harga hampir separuh lebih murah dari oven yang dikeluarkan oleh Syarikat June.Apa yang berlaku adalah pihak Amazon telah merosakkan pasaran oven pintar dan produk keluaran Syarikat June.

Ramai pelanggan yang akan tertarik dengan produk oven Amazon kerana harga yang dijual oleh begitu murah dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan oven yang dikeluarkan oleh Syarikat June.

Dengan berbuat demikian orang ramai akan beralih arah untuk mendapatkan oven yang dikeluarkan oleh Syarikat Amazon berbanding dengan Syarikat June dan berkemungkinan syarikat ini akan megalami kerugian selepas Syarikat Amazon melancarkan oven pintar mereka sendiri.

Case Study Amazon Menghancurkan Syarikat Diapers Dengan Ugutan

Amazon menurunkan harga hampir semua barangan bayi untuk mengekang dominasi syarikat Quidsi

Selain daripada Syarikat June, Syarikat Amazon juga pernah menjatuhkan pesaing mereka dalam perniagaan pengeluaran barangan bayi. Syarikat Diapers yang merupakan syarikat mengeluarkan barangan bayi yang terkenal di Amerika Syarikat.

Amazon yang berminat dengan syarikat ini kerana syarikat ini telah membuat banyak keuntungan pada tahun sebelum ini dan telah membuat tawaran untuk memiliki syarikat ini dengan membeli Syarikat Quidsi, iaitu ibu syarikat kepada Syarikat Diapers ini.

Malangnya , Syarikat Quidsi telah menolak tawaran yang dikemukan oleh Syarikat Amazon.

Amazon yang mengambil langkah drastik dengan menurunkan harga produk barangan bayi di platform mereka sebanyak 30%. Ini membuat Syarikat Quidsi mengalami kerugian yang teruk akibat dari tindakan yang dilakukan oleh Amazon.

Syarikat Quidsi yang tidak mampu bertahan untuk melawan Syarikat Amazon kerana Syarikat Amazon adalah gergasi peruncitan online terbesar di Amerika Syarikat.

Oleh kerana Syarikat Quidsi mengalami kerugian akibat perang harga dengan Syarikat Amazon, pihak Walmart telah datang dengan tawaran untuk membeli syarikat ini.

Jeff yang mengetahui berita ini telah menghantar ancaman kepada Syarikat Quidsi bahawa dia akan menurunkan lagi harga barangan bayi jika syarikat itu tidak dijual kepada Syarikat Amazon.

Syarikat Quidsi yang akur dengan permainan yang dimulakan oleh Syarikat Amazon telah menjual syarikat tersebut kepada Syarikat Amazon. Akibat dari perang harga dengan syarikat Quidsi ini, Syarikat Amazon telah mengalami kerugian sebanyak $100 juta , Syarikat Amazon yang kemudianya telah menutup operasi ini pada tahun 2015 atas alasan syarikat ini tidak dapat membuat keuntungan.

Kerajaan Amerika Syarikat tidak dapat mendakwa Syarikat Amazon dibawah akta monopoli kerana tidak ada bukti yang kukuh untuk mendakwa Syarikat Amazon melakukan aktiviti monopoli ke atas pasaran dan kes ini tidak dapat dibawa ke muka pengadilan.

Perbandingan di antara jualan dan keuntungan oleh Syarikat Amazon menunjukan jualan Syarikat Amazon lebih 10 kali ganda lebih berbanding dengan keuntungan yang diperolehi

Daripada model perniagaan yang dikatakan seperi teknik razor and blade yang dilakukan oleh Jeff Bezos Ini, Syarikat Amazon tidak mendapat sebarang keuntungan dari jualan yang dilakukan oleh syarikat tersebut kerana untuk menghancurkan pesaing mereka didalam pasaran yang sama, mereka perlu menjual barangan yang dikeluarkan oleh mereka dengan harga yang rugi atau hanya balik modal sahaja.

Microsoft Mangsa Amazon Yang Seterusnya?

Syarikat Amazon lebih mementingkan pengguna menggunakan perkhidmatan dan ecosystem yang disediakan oleh syarikat tersebut berbanding mendapat keuntungan dari penjualan barang oleh syarikatnya. Syarikat Amazon yang mahu mengguasai segmen pelanggan dengan menyediakan ecosystem bagi memudahkan pelanggan  menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Amazon.

Setakat ini, Syarikat Amazon hanya membuat keuntungan melalui perniagaan simpanan awan mereka.Kebanyakan syarikat startup menggunakan perkhidmatan simpanan awan yang disediakan oleh Syarikat Amazon.

Hampir separuh dari pasaran simpanan awan dikuasai oleh syarikat Amazon  hanya Syarikat Microsoft sahaja yang mampu memberi saingan kepada Syarikat Amazon dalam perniagaan ini. Adakah Syarikat Amazon akan berjaya menghapuskan perkembangan simpanan awan milik Syarikat Microsoft?

Jawapanya mungkin tidak. Syarikat Amazon tidak mampu untuk menghalang perkembangan Syarikat Microsoft dan mendominasi didalam pasaran simpanan awan. Ini kerana Syarikat Microsoft merupakan syarikat gergasi perisian di dunia dan berpengalaman dalam bidang perisian komputer.

Buktinya,Syarikat Amazon tewas  dalam penganugerahan kontrak kententeraan dari kerajaan Amerika Syarikat walaupun Syarikat Microsoft baru sahaja memulakan perniagaan dalam perkhidmatan simpanan awan jika dibandingkan dengan Syarikat Amazon. Pertembungan kedua syarikat ini dalam segmen perniagaan yang sama ibarat buku bertemu ruas.

Klik di sini untuk membaca bagaimana Syarikat  Microsoft menewaskan Syarikat Amazon dalam kontrak kententeraan.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.youtube.com/watch?v=pBffKzWECUQ&t=492s
  2. https://www.youtube.com/watch?v=ojGveiE51Hk&t=9s
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.