Microsoft Tewaskan Amazon Dalam Penganugerahan Kontrak Pertahanan Bernilai $10 Bilion

Simpanan awam ( cloud stroge) merupakan teknologi simpanan maklumat yang kini meluas digunakan oleh pelbagai pihak dari syarikat yang besar sehingga kegunaan persendirian. Ramai yang menggunakan teknologi ini bagi memudahkan kerja urusan harian mereka.

Di antara syarikat yang popular menyediakan perkhidmatan menyimpan data melalui simpanan awan adalah Amazon, Microsoft, IBM, Oracle dan Google.

Kedua perkhidmatan simpanan awan yang dibangunkan oleh syarikat ini merupakan yang terbaik di dunia

Baru-baru ini, Microsoft telah berjaya memenagi kontrak bernilai $10 billion daripada kerajaan Amerika Syarikat di dalam bidang pertahanan yang mana kerajaan Amerika Syarikat didalam proses memodenkan  sistem simpanan data untuk ketenteraan negara mereka.

Projek ini diberi nama JEDI yang menjadi singkatan kepada Joint Enterprise Defense Infrastructure. Projek ini adalah bertujuan untuk memindah semua data berkaitan ketenteraan yang disimpan secara manual kepada peyimpanan awam.Kontrak ini yang dijangka mengambil masa selama 10 tahun.

Sebanyak 4 syarikat yang berstatus blue chip telah membida untuk memenangi kontrak ini pada tahun lepas. Google dari awal lagi telah menarik diri kerana bertentangan dengan prinsip perniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut. Google tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membangunkan teknologi melibatkan ketenteraan.

Nasib kurang baik menyebelahi Syarikat Oracle dan IBM kerana kedua syarikat tersebut telah disingkirkan daripada senarai pendek untuk memenangi kontrak yang diumumkan oleh pihak Pentagon. Oracle merupakan sebuah  syarikat yang diasaskan oleh Larry Ellison pada tahun 1970-an dan merupakan antara syarikat terawal di dunia yang membangunkan sistem database untuk pelanggan mereka. Berbeza dengan syarikat yang lain mana baru sahaja menyertai segmen perniagaan perkhidmatan menyediakan database untuk pelanggan.

IBM pula merupakan syarikat komputer gergasi dunia pada dekad 1970-an hingga 80-an yang merupakan pengeluar komputer terbesar. Malang bagi kedua-dua syarikat ini kerana sistem simpanan awam mereka tidak memenuhi syarat yang dikendaki oleh pihak Pentagon.

Kedua-duanya telah dikeluarkan daripada senarai yang layak membida sejak bulan April lagi dan menyebabkan hanya dua sahaja syarikat yang yang saling bersaing untuk mendapatkan kontrak ini iaitu Amazon dan Microsoft. Larry Elison telah menyelar pentadbiran Donald Trump kerana  membenarkan Amazon memasuki senarai pembida terakhir untuk projek tersebut.

Larry Ellison yang sebelum ini menyatakan pihak Amazon menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Syarikat Oracle dalam perkhidmatan yang simpanan awam yang dimiliki oleh Amazon. Amazon telah membeli data maklumat yang dimiliki oleh Oracle dalam sistem Amazon Web Services mereka.

Dengan peanugerahan kontrak kepada Microsoft, ia dapat memberi kepercayaan yang tinggi kepada teknologi yang dibangunkan oleh Microsoft

Dengan pengguman oleh pihak Pentagon yang menganugerahkan kontrak JEDI kepada Microsoft, ia amat mengejutkan semua pihak terutamanya Amazon. Ramai yang percaya bahawa Amazon merupakan calon yang paling layak untuk menerima kontrak tersebut berbanding dengan Microsoft kerana beberapa faktor.

Faktor yang pertama adalah kerana Syarikat Amazon merupakan syarikat yang menguasai pasaran dalam perkhidmatan penyimpanan awan. Amazon telah menguasai hampir 47% pasaran dunia manakala Microsoft hanya menguasai 16% sahaja.

Donald Trump dipercayai tidak begitu menyukai Jeff Bezos di atas beberapa faktor

Faktor kedua pula, simpanan awan Amazon telah digunakan oleh pihak CIA sejak tahun tahun 2013 lagi. Pihak penganalisis luar berpendapat bahawa peluang untuk Amazon bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk kali kedua begitu cerah, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa pentadbiran Donald Trump tidak begitu mesra dengan pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos. Ini kerana Jeff Bezos merupakan pemilik syarikat surat khabar yang berpengaruh di Amerika Syarikat iaitu Washington Post.

Trump mendakwa Washington Post merupakan salah satu akhbar yang giat memperomosikan fake news semasa kempen Presiden dijalankan di negara tersebut. Donald Trump juga tidak begitu gemar dengan model perniagaan yang dijalankan oleh pihak Amazon, kerana mereka tidak membayar cukai secara sah kepada kerajaan persekutuan.

Untuk bacaan lanjut bagaimana Syarikat Amazon mengelak dari membayar cukai secara sah, klik di sini.

Dengan sebab yang demikian, Amazon tidak berjaya mendapat kontrak untuk projek kali ini. Dengan pengumuman daripada kerajaan Amerika Syrikat tersebut, saham Microsoft telah naik sebanyak 3% manakala saham Amazon telah turun sebanyak 1%.

Dengan penganugerahan kontrak terrsebut, Microsoft dilihat semakin berkembang dalam bidang penyimpanan awan dan tidak mustahil suatu hari nanti, Microsoft akan memintas dominasi yang dipegang oleh Amazon dalam teknologi simpanan awam.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA