5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam

Muamalat adalah urusan yang melibatkan hukum syariat dan bersangkut paut dengan urusan dunia dimana aktiviti manusia pada hari ini adalah jual beli, pinjam meminjam dan sebagainya.

Sama ada daripada sudut kepentingan individu, ekonomi atau sosial Islam, muamalat merupakan proses atau tatacara perhubungan manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing dengan berlandaskan syariat Islam.

Muamalat perlu dilakukan berteraskan keimanan dan ketawaan kepada Allah Swt disamping ia dapat memberi keuntungan kepada ekonomi individu dan masyarakat. Urusan muamalat juga mementingkan akhlak mulia seperti jujur, adil, amanah dan lain-lain lagi.

Krisis akan berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur yang dilarang dalam muamalat sesama manusia. Urusan tidak diredhai, ekonomi tidak berkembang dan banyak lagi risiko yang bakal terjadi.

Oleh itu, penting untuk kita ketahui apakah unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang perlu kita jauhi.

#1 Riba’

Riba’ berlaku apabila telah berlakunya perjanjian yang menyebabkan jumlah tambahan perlu dibayar lebih banyak kadar sepatutnya dari jumlah pinjaman.

Keuntungan yang berlebih-lebihan ini amat ditegah dalam Islam untuk urusan perbankan dan apa juga jenis transaksi.

#2 Gharar

Gharar bermaksud ketidakpastian seseorang atau kedua-duanya berkaitan sesuatu produk atau perkhimatan dari segi ciri-ciri dan sifat objek tersebut pada masa kontrak dilakukan. 

Perniagaan yang ada unsur gharar amat ditegah.

#3 Judi

Judi adalah salah satu unsur yang dilarang dalam Muamalat Islam. Ia dikenali dengan nama al-maisir atau al-qimar dalam bahasa Arab. 

Judi bermaksud pertaruhan di mana salah seorang akan mengaut keuntungan, namun ia bersifat sia-sia (lagha) seperti yang dikatakan oleh Imam Malik.

#4 Tipu Atau Khianat

Penipuan dalam sesebuah muamalat sangat dimurka Allah SWT.  Di antara contoh penipuan yang berlaku pada hari ini termasuklah memaksa, menindas, memonopoli, menyembunyikan kecacatan dan membuat persepakatan secara senyap.

#5 Barang Atau Perkhidmatan Yang Haram

Unsur yang dilarang dalam Islam juga termasuklah membuat jual beli atau transaksi yang melibatkan barang atau perkhidmatan yang haram di sisi Agama. 

Di antaranya adalah aktiviti pelacuran, judi, tilik nasib, barangan makanan babi, arak dan sebagainya lagi.

Itulah dia 5 unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang harus kita jauhi dalam apa jua transaksi. Sekiranya kita membuat urusan jual beli atau pelaburan sekalipun, semuanya haruslah berkonsepkan syariah dan menjauhi unsur-unsur yang dilarang.

Sumber Rujukane-Muamalat

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian