Asas Pemahaman Wang Yang Betul Dapat Bantu Anda Berjaya

Apa yang anda fikir apabila melihat wang seringgit? Bagaimana pula dengan wang RM100, apakah yang berlegar-legar dalam pemikiran anda?”

Bagaimana pula dengan memori ingatan anda, apabila melihat wang sebanyak ini?

Kali ini kami akan merungkai asas pemahaman wang dengan betul. Diharapkan kita dapat memahami asas kepada kejayaan apabila ianya berkaitan dengan wang.

Semua orang tahu wang, semua orang faham apa itu wang. Tetapi bukan semua orang dapat melihat wang dalam perspektif yang betul.

Ini kerana terdapat 2 komponen utama untuk melihat wang dengan perspektif yang betul, iaitu kita kena faham maksud sebenar wang dan emosi yang kita ada.

Salah satu masalah terbesar orang ramai ialah, mereka tidak memahami kegunaan wang dalam kehidupan seharian. Kenapa wang wujud, apakah kepentingan wang dalam hidup kita?

Jika kita tidak memahami wang dengan baik, sekaligus kita tidak akan menghormati wang dan melihatnya daripada sudut yang betul.

Ramai di kalangan kita yang akan mengatakan ‘money is root of all evil’, ‘alah, tanpa duit pun boleh hidup’, ‘wang adalah segalanya, ada wang aku boleh bahagia’, ‘lagi banyak wang, lagi susah kehidupan’ dan banyak lagi andaian terhadap wang.

Apa jua yang anda katakan, kesemuanya adalah betul, namun asas kepada pemahaman wang dengan tepat adalah:

  • Wang ibarat seperti komoditi, iaitu tempat menyimpan nilai.
  • Terdapat dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan yang pelbagai. (syiling, dan sebagainya)
  • Wang dapat memenuhi cara pertukaran yang paling ringkas dan mudah.
  • Boleh dipecah-pecahkan kepada pelbagai unit.
  • Mudah dibawa ke mana-mana.
  • Selamat dan dilindungi oleh pihak berkuasa.

Bagi huraian yang lebih jelas, jemput baca Apa Itu Wang Dan 6 Sebab Mengapa Ianya Penting Dalam Kehidupan. Apa akan jadi jika kita gagal memahami wang, contohnya mereka yang berpandangan wang tidak penting dalam kehidupan?

Semestinya hidup kita menjadi lebih sulit.

Apa akan jadi kepada kehidupan anda disebabkan kesihatan terjejas, lalu memerlukan wang untuk membeli ubat, dan kita tidak mempunyai wang?

Semestinya situasi akan bertambah sulit.

Disebabkan inilah, apabila perspektif kita memandang wang dengan betul, akan membawa kita untuk menghormati wang dengan lebih baik. Tanpa wang dalam kehidupan hari ini, hidup kita akan kadi lebih sulit.

Jika anda memahami wang dengan aspek tepat, maka aspek lain pula akan wujud, ia akan membawa anda kepada konteks emosi ketika berhadapan dengan wang. Emosi yang dimaksudkan ialah Greed (tamak).

Anda masih ingat, apabila Gordon Gekko berkata “I think greed is healthy. You can be greedy and still feel good about yourself”

Baca: Gordon Gekko (The King Of Wall Street): Tamak Itu Bagus

Semua orang menjadi tamak, sehinggakan gagal mengenali asas kefahaman wang dengan betul dan menggunakan perasaan tamak sehinggakan melahirkan pelbagai masalah.

Bagi menjelaskan kepada anda dengan lebih spesifik, tamak boleh dipecahkan kepada 2 kategori iaitu:

Tamak yang positif:

Sifat tamak yang baik, adalah tamak yang membina kebaikan diri kita atau orang sekeliling kita tanpa menjejaskan orang sekeliling atau memberi kesan negatif kepada orang lain.

Contohnya apabila anda memahami perspektif duit dengan baik, anda menginginkan duit yang lebih banyak, untuk memberi kesenangan kepada diri anda atau keluarga anda. Sekaligus akan mendorong anda lebih kuat berusaha, atau bekerja untuk mendapatkan wang.

Pada masa inilah perasaan tamak anda di gunakan sebaik-baiknya, tanpa memberi kesan halangan emosi yang boleh menjejaskan diri anda dan orang lain.

Tamak yang negatif:

Anda tidak mempedulikan perasaan tamak yang tidak terkawal terhadap diri anda dan orang lain, sehinggakan anda sanggup melakukan apa sahaja, untuk mendapatkan wang, contohnya anda sanggup melakukan jenayah yang salah di sisi undang-undang.

Anda masih ingat, pada awal artikel ini, saya telah menyoal anda mengenai wang RM1.00, RM100.00 dan selonggok wang. Sekarang fikir semula, bagaimana pula wang memikirkan terhadap anda?

Semestinya wang hanya terdiri daripada logam, atau kertas dan sebagainya, ianya tidak mempunyai sebarang fikiran. Jika kita imbas semula, kenapa kata-kata seperti ‘money is root of all evil’, boleh wujud?

Atau hanya perasaan tamak kita yang tidak terkawal, menyebabkan kita mempunyai salah tafsir mengenai wang.

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA