Rumah Landed Tapi Strata? 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Bila dengar sahaja perkataan strata, ramai orang beranggapan hartanah tersebut adalah jenis bertingkat seperti flat, apartmen, kondominium dan lot komersial sahaja.

Akan tetapi, maksud sebenar rumah landed tapi strata atau dikenali sebagai Strata Bertanah adalah pembangunan hartanah bertingkat tidak melebihi 4 tingkat dengan pemberian hakmilik strata individu kepada pecahan tanah.

Hartanah jenis teres, townhouse, kluster, Semi-D dan banglo yang mengguna pakai konsep “Gated and Guarded’ juga dikelaskan sebagai hakmilik strata bertanah.

Rumah landed jenis strata ini hanya dikhususkan untuk pembangunan perumahan rumah jenis banglo, teres dan Semi D sahaja.

Dan rekabentuk rumah dan susun atur perlu menekankan aspek keselamatan dan mempunyai identiti senibina yang menarik.

Pada kebiasaannya, rumah landed dengan status strata termasuklah hartanah jenis teres dan Semi-D yang berada dalam skim berpagar. Target segmen untuk pasaran jenis ini adalah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).

Latar Belakang Rumah Landed Tapi Strata

Kredit Gambar: Pinterest

Latar belakang rumah landed jenis strata adalah apabila Pindaan Akta Hakmilik Strata (2007) telah secara langsung membenarkan skim kediaman bertanah atau landed dipecahkan kepada pecahan tanah dengan pegangan milik strata.

“Rumah jenis landed juga mempunyai fasiliti yang dikongsi bersama seperti rumah strata bertingkat.”

Rumah jenis landed berstata ini turut dilengkapi dengan kemudahan harta benda dan juga pagar mengelilingi keseluruhan lot utama .

Skim dan konsep ‘landed strata’ ini juga lebih dikenali sebagai ‘Gated Community Scheme’ (GACOS).

Agak mengejutkan apabila garis panduan umum untuk ‘Gated Community’ ini adalah 1.0 hektar dan 10.0 hektar untuk keluasan maksimum setiap skim.

Di Malaysia, terdapat ramai pemaju hartanah yang menawarkan rumah landed jenis strata dengan fasiliti serba mewah seperti:

  • Kolam renang
  • Taman permainan
  • Trek jogging
  • Sekuriti 24 jam
  • Gelanggang tennis

Antara projek hartanah landed tapi strata yang ikonik di Malaysia adalah daripada pemaju Matrix Concept Holding Berhad untuk projek Ara Sendayan, Negeri Sembilan dan MK Land yang membangunkan projek The Rafflesia, Damansara Perdana.

“Projek landed berstrata paling berjaya di Kuala Lumpur adalah Desa ParkCity yang dilancarkan pada tahun 2000 yang lalu.”

Permintaan terhadap hartanah jenis landed berstata semakin meningkat dari tahun ke tahun oleh golongan elit yang baru bersara dan ingin terus menetap di lokasi tumpuan dan bukan lokasi pinggir bandar.

Kebanyakan hartanah jenis landed berstrata ini berada dalam lingkungan harga bermula RM600,000 ke atas dan terletak di lokasi strategik dengan kepelbagaian booster hartanah.

Jom kita ambil tahu 5 fakta berkenaan rumah landed tapi strata.

1. Sekatan Kerja Renovasi

Kebanyakan pembeli rumah landed tapi strata lupa bahawa mereka membeli petak tanah dan bukan harta tanah.

“Nak tukar pintu rumah pun kena ikut spesifikasi pemaju.”

Petak tanah dikawal selia oleh SMA dan mempunyai sekatan tehadap kerja – kerja renovasi dan pengubahsuaian.

Antara sekatannya adalah :-

  • Tingkap luar
  • Balkoni
  • Kawasan terbuka

Untuk sebarang pengubahsuaian, anda wajib mendapatkan kebenaran dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan pemaju.

2. Caj Perkhidmatan Bergantung Keluasan Tanah Bukan Unit

Bayaran perkhidmatan untuk rumah landed jenis strata adalah sedikit unik dan berbeza berbanding hartanah strata yang lain seperti flat, apartmen dan kondominium.

Lot hujung dengan keluasan tanah yang lebih luas membayar lebih kos perkhidmatan walaupun keluasan bangunan rumah adalah sama seperti unit intermediate.

Ini bermaksud, lebih luas tanah anda, lebih tinggi kos perkhidmatan anda perlu bayar.

3. MC Berkuasa Menetapkan Undang-Undang Pengubahsuaian

MC atau Badan Pengurusan berhak membuat undang-undang tambahan yang berkaitan dengan pengubahsuaian rumah tersebut.

Ini boleh dilakukan melalui kelulusan melalui resolusi khas pada mesyuarat umum, tetapi peraturan lulus dan pelaksanaan adalah tertakluk kepada penerimaan sekurang – kurangnya 75% undi dari mereka yang menghadiri mesyuarat itu, setelah penubuhan majlis.

Jadi, tidak mudah untuk mereka yang membeli unit corner lot atau end lot mendapat persetujuan apabila majoriti pemilik unit adalah mereka yang membeli unit intermediate.

4. Mudah Tetapi Mahal

Buat pengetahuan anda, untuk mengurus hartanah jenis landed berstrata adalah lebih mudah berbanding strata bertingkat seperti flat, apartmen dan kondominium.

Hartanah jenis landed berstrata kurang memerlukan perkhidmatan mekanikal seperti penyelenggaran lif, elektrik, paip, telekomunikasi dan sistem kebakaran.

Akan tetapi, kos penyelenggaran akan menjadi lebih mahal dan tinggi apabila kita memandang daripada sudut mengekalkan identiti dan landskap projek tersebut merangkumi keselamatan, fasiliti, landskap pokok, trek joging, turapan jalan raya dan sebagainya.

5. Pemilik Wajib Mempunyai Insurans Kebakaran

Untuk rumah jenis strata bertingkat, insurans kebakaran ditanggung sepenuhnya pihak pengurusan.

Hal ini berbeza buat hartanah jenis landed berstrata di mana, pemilik hartanah tersebut diwajibkan untuk mendapatkan perlindungan insurans kebakaran.

Jika dilihat daripada penawaran yang cuba disampaikan oleh pemaju dengan fasiliti, keluasan rumah, landskap dan konsep, rumah landed berstrata ini sememangnya kediaman ideal seluruh rakyat Malaysia.

Akan tetapi, harganya yang lebih tinggi daripada biasa dan penawarannya yang begitu terhad dan hanya terbatas di kawasan tumpuan menjadikan rumah landed berstrata ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan unik sungguhpun kos penyelenggaran adalah mahal.Rumah landed berstrata ini akan kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai rumah persaraan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.