Amaran Warren Buffett Kepada Mereka Yang Membuat Hutang Kad Kredit Untuk Mula Berniaga

Untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita perlu membelanjakan wang yang banyak terlebih dahulu sebelum kita mendapatkan wang. Ada sesetengah perniagaan yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk menjana keuntungan.

Hakikatnya, banyak perniagaan terutamanya yang baru mula akhirnya kecundang kerana tidak dapat menjana keuntungan.

Disebabkan itu, bagi mereka yang berniaga sebagai pekerjaan sampingan, gunakan wang simpanan sebagai modal. Alternatif terbaik semestinya memulakan perniagaan yang menggunakan modal yang sangat minimum atau hampir tiada modal, seperti menawarkan servis yang hanya perlu menggunakan peralatan sedia ada seperti khidmat penghantaran, personal shopper dan sebagainya.

Apabila telah pasti adanya permintaan terhadap perniagaan, barulah kitamula mengambil langkah mencari dana untuk mengembangkan perniagaan.

Kita tidak boleh mebuat andaian seperti “Saya memerlukan itu dan ini, baru perniagaan saya boleh berjaya”. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menguntungkan dan tidak memerlukan kita untuk membayar hutang yang tidak sepatutnya.

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan dana daripada kad kredit?

Masa boleh dianggap sebagai satu pelaburan yang bernilai. Tetapi, bila kita memulakan perniagaan dan ianya gagal, itu juga sesuatu yang bernilai dan kita boleh belajar daripadanya. Tak dapat dinafikan yang semua orang berjaya pastinya pernah gagal.

Namun harus diingat, ini tidak semestinya berlaku apabila kita membuat pinjaman atau berhutang. Membuat pinjaman seharusnya memberi pulangan yang lumayan, tetapi ianya adalah pulangan yang tak pasti.

Ramai peniaga yang gagal kerana telah membuat pinjaman terlalu awal. Sebagai contoh, seorang mekanik menyangka bahawa dia “perlu” bengkel yang besar untuk menyimpan peralatan membaiki yang lebih banyak. Ada juga yang membeli lori dan van kerana mereka sangka “perlu” untuk memberi imej yang positif kepada pelanggan.

Sebelum mengambil hutang kad kredit, boleh cuba tanya beberapa soalan ini terlebih dahulu:

  1. Adakah duit yang dipinjam memberi manfaat kepada pelanggan saya? Kalau tidak, jangan pinjam.
  2. Adakah duit yang dipinjam akan menambah kecekapan dan kepantasan servis? Membeli peralatan tertentu mungkin boleh membantu mempercepat proses, tetapi jika saya tidak mempunyai ramai pelanggan untuk membayar servis saya, kenapa perlu berbelanja lebih untuk menambah produktiviti?
  3. Adakah duit yang dipinjam akan menambah keuntungan? Jangan disebabkan hendak mendapatkan kemudahan yang baik dan premis perniagaan yang cantik, kita perlu membayar lebih daripada yang diperlukan.

Warren Buffett berkata, “Kalau saya berhutang dengan kadar faedah 18%, perkara pertama yang saya akan buat adalah membayar hutang tersebut. Itu adalah langkah pelaburan yang lebih baik yang boleh saya lakukan.”

Buffett menganggap dengan pulangan pelaburan 10% adalah sukar, tetapi ini adalah peluang untuk kita mendapatkan “pulangan” sebanyak 18% apabila melangsaikan hutang jahat tersebut.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is suri-rumah-bangkit1.jpg

Anda Berkeinginan Nak Selesaikan Hutang?

Semua orang nak sangat bayar dan selesaikan hutang.

Tapi setiap kali nak bayar, pasti akan ada halangan yang tak dijangka maka pembayaran hutang juga tertangguh.

Hutang yang semakin bertambah dan tidak dapat dibayar akan buat kita semakin stress akibat tekanan yang dihadapi.

Jadi bagaimana cara nak bayar hutang yang ada?

Anda boleh belajar dari kisah seorang suri rumah ni melangsaikan hutangnya sebanyak setengah juta yang ditanggungnya.

Dapatkan eBook Suri Rumah Bangkit Hutang ½ Juta Selesai hari ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA