14 Jenama Terkemuka Dunia Yang Dimulakan Oleh Pelajar

Teknologi dan aplikasi yang terkenal di dunia kebanyakannya dicipta dan dimulakan oleh pelajar. Ramai yang bermula dari rumah sendiri sebelum membangunkan empayar perniagaan yang bernilai berbilion dolar. 

Pada mulanya, mereka hanya tahu untuk menyelesaikan masalah orang ramai, sehingga penyelesaian tersebut digunapakai secara meluas dan memberi manfaat kepada jutaan orang.

Inilah dia 14 jenama dan aplikasi terkemuka dunia yang dimulakan oleh pelajar.

#1 Microsoft

Tahukah anda, Bill Gates dan Paul Allen adalah pengasas Microsoft. Siapa yang tak kenal dengan jenama Microsoft yang digunakan di hampir setiap komputer, laptop dan telefon bimbit?

Mereka adalah pelajar di Universiti Harvard ketika itu. Hari ini hampir setiap orang menggunakan perisian Microsoft Windows, Word, Excel dan bermacam-macam lagi.

#2 Facebook

Facebook juga diasaskan oleh seorang pelajar Universiti Harvard, iaitu Mark Zuckerberg. Syarikat Facebook ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini bernilai lebih daripada USD700 bilion.

#3 Google

Platform carian internet paling terkenal ini telah dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mereka merupakan pelajar Stanford University.

#4 Dell

Michael Dell, pengasas jenama komputer terkenal ini adalah merupakan pelajar University of Texas yang dimulakan beliau pada tahun 1984.

#5 Yahoo

Graduan dari Stanford University pada tahun 1995 ini telah mengasaskan syarikat Yahoo untuk memudahkan masyarakat berkomunikasi secara digital. Mereka adalah Jerry Yang dan David Filo.

#6 WordPress

Mat Mullenweg yang merupakan pengasas WordPress adalah pelajar di The University of Houston. Pada tahun 2003, beliau telah membina platform tersebut khas untuk perniagaan dan akhirnya berkembang pesat sehinggalah ke hari ini.

#7 Reddit

Reddit yang merupakan sebuah laman web terkemuka di seluruh dunia. Ianya telah diasaskan oleh dua pelajar The University of Virginia pada tahun 2005 iaitu Alexis Ohanian & Steve Huffman.

#8 Homework-Desk.com

Perkhidmatan menyiapkan homework atau tugasan pelajar ini telah dicipta oleh seorang pelajar. Sistem ini dapat membantu pelajar seluruh dunia untuk mencapai gred yang mereka inginkan di mana golongan profesional terlibat dalam menyelesaikan tugasan pelajar.

#9 Napster

Syarikat Napster merupakan platform perkongsian fail yang popular satu ketika dulu. Ianya telah dibangunkan oleh Shawn Fanning pada tahun 1999, yang merupakan pelajar Universiti Northeastern di Amerika Syarikat.

#10 Tripod

Brett Hershey & Bo Peabody telah melancarkan Tripod ketika mereka masih pelajar di Williams College. Syarikat web hosting ini telah dibangunkan pada tahun 1992.

#11 GX Studios

Pelajar Universiti Yale telah membangunkan GX Studios yang merupakan permainan dalam talian. Ia telah dibangunkan pada tahun 2007 oleh Brad Hargreaves, Matthew Brimer, Sean Mehra dan Jeffrey Reitman.

#12 Green Mobile

Green Mobile telah ditubuhkan oleh Brian Laoruangroch dari The Universiti Of Missouri pada tahun 2004. Beliau sendiri tidak menyangka dari ingin membeli, menjual dan membaiki telefon bimbit, akhirnya berjaya memperoleh keuntungan yang lumayan.

#13 ZW Enterprises

ZW Enterprises adalah syarikat yang telah dibangunkan oleh Zac Workman yang merupakan pelajar Universiti Indiana. Syarikat ini mengeluarkan produk minuman tenaga Punch.

Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan dalam beberapa tahun sahaja syarikat ini telah memperoleh keuntungan USD1 juta.

#14 Berikan Air

Akhir sekali, Ben Lewis dari University of Pennsylvania adalah seorang pelajar yang telah membangunkan syarikat Berikan Air. Ianya turut diedarkan oleh Starbucks dan sebahagian daripada keuntungan mereka disumbang kepada badan kebajikan.

Sumber Rujukan: Time 4 Invest

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.