5 Perkara Ejen Takaful Tak Beritahu Kita

Adakah kita cukup yakin dengan ejen Takaful kita? Banyak kes tuntutan tidak boleh dilakukan hanya kerana kesilapan maklumat yang diperolehi daripada ejen.

Sebagai manusia biasa, ejen juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan, pasti ada maklumat penting yang terlepas pandang dan tidak diberitahu oleh mereka. Namun, tidak semua hal tuntutan yang tidak lulus adalah disebabkan oleh ejen anda, kemungkinan ia juga adalah kesalahan kita sendiri.

Bagi menjawab segala persoalan yang masih belum jelas, jom lihat beberapa perkara yang mungkin ejen anda tidak maklumkan.

1. Cuma Perlu Mendaftar Sahaja

“Ya, selepas mendaftar, anda tidak perlu buat apa-apa”.

Itulah yang sering dikatakan oleh ejen sedangkan mereka terlupa untuk menjelaskan bahawa kita perlu mengambil polisi dan menyimpannya.

Kebanyakan ejen hanya berikan kita flyers dan pulang begitu sahaja. Ingat, kita perlu memahami betul-betul polisi dan menyimpannya di tempat yang selamat.

2. Premium Banyak, Manfaat Hebat

Kebanyakan daripada ejen berfikir bahawa premium atau jumlah bayaran yang perlu kita bayar mempengaruhi betapa hebatnya manfaat yang bakal kita terima.

Bayar premium yang mahal tidak semestinya bermakna kita akan mendapat manfaat yang lebih hebat. Sebaliknya, kita perlu mendapatkan perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan poket kita.

3. Apa Yang Akan Diperoleh Jika Tidak Pernah Membuat Tuntutan

Sesetengah Takaful mempunyai ganjaran sum assured iaitu jumlah wang yang akan kita terima dalam tempoh yang ditetapkan jika menepati syarat-syaratnya. Ramai juga ejen yang tidak memaklumkan berkaitan cash value policy dan juga no claim bonus.

Sesetengah Takaful ada memberikan ganjaran tersebut. Penting untuk kita tanyakan kepada ejen tentang perkara ini.

4. Apa Jadi Apabila Kita Terminate Polisi

Pasti ramai ejen yang tidak beritahu kita mengenai hal ini. Jika kita ingin terminate polisi, syarikat akan membayar cash value yang terkumpul.

Ada juga yang akan dikenakan caj pembatalan daripada jumlah nilai tunai cash value tersebut.

5. Kesan Tidak Bayar

Pernahkah kita terfikir apakah kesan yang akan berlaku sekiranya kita tidak membayar caruman secara konsisten setiap bulan? Tempoh tangguh selama 30 hari akan diberikan untuk kita membayar jumlah premium.

Sekiranya masih tidak menjelaskan bayaran selepas tempoh tersebut, polisi akan lapse dan menyebabkan perlindungan akan ditarik semula.

Itulah 5 perkara penting yang ejen tak beritahu kita, tetapi kita harus tahu. Jangan lupa untuk baca segala maklumat yang terkandung dalam polisi. 

Cara paling mudah untuk faham, tanya terus kepada pada ejen kita.

Sumber RujukanLoan Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Takaful vs Insurans Kereta: Adakah Duit Kita ‘Hangus’ Kalau Tak Pernah Kemalangan?

Setiap tahun, pemilik kenderaan di Malaysia wajib memperbaharui cukai jalan dan perlindungan kenderaan. Namun, masih ramai yang keliru atau sekadar “ikut kawan” tanpa memahami perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional.

Ramai pemilik kereta sebut “Nak renew insurans kereta lah,” tapi sebenarnya mereka nak renew Takaful. Sebaliknya, ada juga yang ingat semua perlindungan kereta di Malaysia ini automatik patuh syariah atau berkonsepkan Takaful.

Realitinya tidak. Ini cara mudah untuk anda bezakan:

Lihat nama produk: Jika namanya ada perkataan “Takaful” (contoh: Takaful Ikhlas, Syarikat Takaful Malaysia, Etiqa Takaful), maka ia adalah produk patuh syariah. Jika namanya hanya “Insurance” atau “Insurans” (contoh: Allianz Insurance, MSIG Insurance, Lonpac Insurance), itu adalah produk konvensional.

Ini kerisauan paling popular yang bermain di minda pemilik kereta. Ramai yang bertanya:

“Kalau aku bayar Takaful tapi tak pernah kemalangan, bukan ke duit tu hangus macam tu saja? Apa faedah yang aku dapat?”

Jom kita bedah perbezaan ini supaya anda tidak lagi rasa rugi.

1. Niat & Akad: Jual Beli vs Tolong-Menolong

Perbezaan paling besar bukan pada harganya, tetapi pada kontrak (akad) di belakang tabir.

  • Insurans Konvensional: Menggunakan akad Mu’awadah (pertukaran komersial). Anda bayar premium kepada syarikat untuk “membeli” pampasan. Isunya, ia mengandungi unsur Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (seperti perjudian) kerana jika tiada kemalangan, syarikat ambil semua duit anda sebagai untung.
  • Takaful: Menggunakan akad Tabarru’ (derma). Sebahagian wang sumbangan anda dimasukkan ke dalam “Dana Risiko Peserta”. Niat anda adalah untuk menghibahkan (mendermakan) wang tersebut bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

2. Dilema “Duit Hangus”: Benarkah Tiada Langsung Faedahnya?

Jika sepanjang tahun kereta anda selamat dan tiada tuntutan (claim) dibuat, adakah anda rugi? Dari sudut Takaful, jawapannya adalah TIDAK.

Manfaat dari Sudut Rohani (Pahala)

Oleh kerana akadnya adalah derma untuk menolong orang lain (konsep Ta’awun), setiap sen yang anda bayar dikira sebagai amal jariah. Anda mendapat “manfaat ukhrawi” kerana membantu membiayai kos pembaikan kereta orang lain yang ditimpa malang.

Manfaat Perlindungan (Peace of Mind)

Anggaplah Takaful seperti mengupah pengawal keselamatan. Jika rumah anda tidak dirompak sepanjang tahun, adakah gaji pengawal itu dianggap hangus? Tidak, kerana anda telah mendapat manfaat perlindungan dan ketenangan jiwa sepanjang tempoh tersebut.

3. Kelebihan Yang Tiada Pada Insurans

Ini adalah bonus yang ramai orang terlepas pandang. Dalam insurans konvensional, lebihan wang (setelah tolak kos tuntutan) akan menjadi milik pemegang saham syarikat sepenuhnya.

Namun dalam Takaful:

  1. Jika dana risiko mempunyai lebihan (surplus) di akhir tahun, ia adalah milik kolektif peserta.
  2. Bergantung kepada polisi syarikat, lebihan ini boleh diagihkan semula kepada peserta yang tidak membuat tuntutan.
  3. Walaupun jumlahnya tidak menentu, ia merupakan satu pulangan tunai (cashback) yang adil berbanding insurans biasa.

Kesimpulan

Jangan lihat sumbangan Takaful sebagai satu perbelanjaan yang lebur begitu sahaja. Sebaliknya, lihatlah ia sebagai simpanan amal yang memberi anda ketenangan fikiran (peace of mind). Dalam Takaful, kalau tak kena musibah, kita dapat pahala menolong orang; kalau kena musibah, orang lain pula bantu kita. Adil dan berkat, bukan?

Memilih Takaful adalah satu langkah pengurusan risiko yang lebih efisien. Selain daripada perlindungan kenderaan yang komprehensif, anda juga berpeluang menikmati agihan lebihan (surplus) jika dana mencukupi. Ia adalah situasi win-win di mana risiko dikongsi bersama dan keuntungan bukan lagi milik mutlak syarikat semata-mata.