5 Tempat Yang Kita Boleh Sedekahkan Hasil Keuntungan Pelaburan

Untung merupakan perkataan yang indah di sisi pelabur. Mana taknya, kita dah keluarkan modal, pastinya apa yang kita impikan ialah keuntungan. Andai kata dah untung, kalau lepas syarat-syarat tertentu, kena zakat. Kalau tak lepas syarat pun, tak salah juga kalau kita nak sedekah, kan?

Berikut saya kongsikan antara tempat yang kita boleh sumbangkan wang kita selepas menjana keuntungan melalui pelaburan:

1. Yayasan Kebajikan Negara

YKN merupakan sebuah badan yang diletakkan di bawah Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Antara objektif penubuhan YKN ialah untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan melalui bantuan kewangan dan perkhidmatan yang pelbagai termasuk pendidikan dan kesihatan.

Untuk menyumbang, boleh klik sini.

2. Islamic Relief Malaysia (IRM)

IRM sudah dikenali antara badan yang giat melaksanakan projek-projek untuk membantu rakyat yang miskin di dalam negara, mahupun luar negara. Buat pengetahuan pembaca, Islamic Relief beroperasi di 40 buah negara.

Jadinya, mereka ini bukan calang-calang organisasi ya.

Antara projek yang sedang giat mengumpul dana ialah:

  1. Dana Wakaf Air Somalia
  2. Bantuan Musim Sejuk
  3. Air & Kesihatan (dalam negara dan luar negara)
  4. Kecemasan dan bencana
  5. Pendidikan
  6. Makanan & Nutrisi
  7. Anak yatim
  8. Wakaf Kitab
  9. Zakat
  10. Fidyah
  11. MySedekah
  12. Tabung Umum
  13. Projek Care4Hunger

Semua di atas mereka laksanakan di dalam dan di luar negara, melainkan item (a). Klik untuk menderma.

3. Humanitarian Care Malaysia (MyCare)

MyCare adalah satu badan yang menaungi pelbagai NGO lain yang bergerak secara silo sebelum ini. Antaranya ialah Aqsa Syarif, Nusantara Care (NICE), Salam Iraq, IKRAM 4 Syria (i4S) dan lain-lain.

Semua badan-badan ini disatukan untuk menyatukan tenaga dan kepakaran bagi membantu rakyat yang memerlukan di luar negara. Antara negara yang menjadi fokus bantuan ialah Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya.

Lagi satu, MyCare telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia sebagai badan yang mempunyai akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Malah, United Nation Financial Action Task Force juga memberi pengiktirafan kepada mereka.

Senang cerita, setiap sen yang anda dermakan, akan sampai ke tempat dan pihak yang sepatutnya.

Antara projek yang sedang berjalan ialah Winter Relief untuk membantu saudara kita yang tidak mempunyai pakaian sejuk.

Berminat untuk menyumbang? Klik untuk sumbangan umum dan untuk Winter Relief.

4. Hidayah Centre Foundation Malaysia (HCF)

HCF ditubuhkan pada tahun 2002. Tujuan HCF ditubuhkan ialah untuk menjadikan hubungan antara etnik dan agama didekatkan melalui dialog dan aktiviti silang budaya. Mereka juga menyediakan kelas bimbingan kepada para muallaf.

Kadang-kadang, kita dengar ada yang masuk Islam sekejap sahaja, kemudian kembali kepada agama asal mereka. Ada antara mereka merasakan mereka tidak mendapat sokongan yang cukup baik dari segi ilmu, bimbingan dan kewangan.

Jadi, HCF menyediakan kelas untuk para muallaf belajar tentang Islam. HCF juga giat melaksanakan ceramah-ceramah untuk menyemarakkan aktiviti dakwah dan mengenali agama dan budaya lain.

Boleh kata mereka champion-lah bab menyediakan ekosistem dakwah dalam Malaysia.

Klik untuk menderma serendah RM10 untuk membiayai aktiviti mereka.

5. Tabung Masjid/Surau Tempat Anda Tinggal

Yang ini, sangat digalakkan jika masjid atau surau anda memang giat melaksanakan aktiviti kebajikan dan ceramah untuk memandaikan masyarakat tentang agama. Kalau belum ada aktiviti sebegitu, andalah yang paling layak untuk mencetuskan idea tersebut.

Moga Allah menerima sedekah kita dan sedekah tersebut menjadi sebab masyarakat dan negara menjadi lebih baik.

Jika anda berminat untuk melabur dalam projek perumahan P2P patuh shariah di Indonesia, boleh klik sini.

Ditulis oleh Afif Amir, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Actuarial & Financial Mathematics. Meminati dunia pelaburan terutama berkaitan saham, equity crowdfunding dan pelaburan digital. Full time PhD, trader, part-time investor & Marketing Representative untuk iSaham & Malacca Securities.

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.