Google Trends: Kaji Pasaran Online Dan Cara Semak Produk Sesuai Untuk Dijual

“Nak buat bisnes tapi tak tau nak jual apa, ada idea bisnes tapi takut orang tak ramai nak beli pulak! Macam mana eh cara nak tahu produk yang sesuai dijual?”

Dari awal sebelum memulakan bisnes lagi, kita kena membuat semakan kajian pasaran online. Bukan apa, dengan kajian pasaran ini, kita boleh tahu berapa banyak permintaan pelanggan terhadap sesuatu jenis produk malah boleh lihat kawasan prospek yang membuat permintaan.

Jelaslah bahawa semakan kajian pasaran ini akan memudahkan kita dari beberapa aspek seperti kita dapat tahu lokasi bakal pembeli dan tahu produk apa yang mereka cari di situ. 

Justeru, sebelum membuat FB Ads atau apa-apa urusan perniagaan, anda boleh merancang untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan di kawasan tersebut membeli produk anda.

1.  Buka Laman Web Google Trends

Bagi membuat semakan produk yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, Google Trends adalah aplikasi yang mesra pengguna di mana anda boleh membuat pencarian untuk produk dan lokasi serta mengalisa data.

2. Trending Stories

Anda akan mula lihat trending stories setelah mengemaskini negara. Trending stories bermaksud cerita atau perkara sensasi dan menjadi bualan di media sosial, laman web dan seluruh pencarian google pada hari tersebut.

3. Masukkan Keyword

Masukkan keyword atau pencarian anda di bahagian Explore Topics. Taip apa sahaja produk atau barangan yang anda ingin semak sama ada ramai orang mencarinya atau tidak.

Sebagai contoh, masukkan ‘Baju Kurung’.

4. Tempoh Masa Pencarian

Terdapat 3 fungsi pencarian dalam melihat tempoh masa pencarian. Kita boleh melihat dari negara yang kita inginkan, tempoh masa data yang kita pilih dan bandingkan dengan keyword sebelumnya. 

Graf untuk tempoh satu tahun pencarian ditunjukkan dan dipecahkan mengikut bulan. Contoh, bulan Mei sehingga Jun, pencarian akan kelihatan mencanak naik, ia mungkin disebabkan oleh faktor Hari Raya.

5. Perbandingan Negeri Dan Bandar

Anda bukan sahaja boleh melihat negeri yang banyak mencari produk tersebut, tetapi juga bandar-bandar yang mencari produk tersebut di google. Terengganu adalah negeri yang mempunyai jumlah tertinggi membuat pencarian baju kurung di google.

6. Keyword Tertinggi

Selain melihat perbandingan pencarian di seluruh negeri dan semakan produk, Google Trends juga membolehkan kita melihat keywords tertinggi. Keywords tertinggi boleh digunakan untuk anda mencipta iklan dan sebagainya.

Kajian pasaran online dengan menggunakan Google Trends ini sangat mudah untuk anda mengkaji sekaligus membuat keputusan apakah produk terbaik dan sesuai untuk anda jual.

Sumber Rujukan: Sifu FB Ads

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.