Mudarabah, Sejenis Kontrak Pelaburan Syariah

Biasanya bila kita buka akaun bank atau melabur ke dalam mana-mana instrumen pelaburan yang patuh syariah, kita akan terjumpa istilah Mudarabah ni.

Namun tahukah kita apa yang dimaksudkan Mudarabah?

Apa Itu Mudarabah?

Mudarabah adalah salah satu bentuk kontrak pelaburan dalam kewangan Islam, di mana konsep perkongsian untung dan rugi dilaksanakan.

Ia adalah satu kontrak usahasama di antara pemodal yang dinamakan sebagai Rabbul Mal dan pengusaha atau Mudarib. Dalam kontrak ini, pemodal akan memberi modal untuk diusahakan oleh pengusaha dalam menjana keuntungan.

Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama menurut nisbah perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui. Ada yang bahagi ikut 50%-50%, ada yang 70%-30%, bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak.

Manakala dalam keadaan rugi, kerugian modal akan ditanggung oleh pemodal sahaja dan pengusaha akan kerugian masa dan tenaga yang telah diperuntukkan.

Sekiranya dibuktikan pengusaha cuai atau lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pemodal boleh menuntutnya daripada pihak pengusaha.

Ada Dua Jenis Kontrak Mudarabah

Pertama kita ada Mudarabah Terhad di mana projek atau perlaburan adalah terhad kepada syarat-syarat tertentu seperti kawasan projek, jenis projek, tempoh projek, dan sebagainya.

Jenis kedua pula adalah Mudarabah Tidak Terhad dan syarat-syarat itu fleksibel, yang penting pembahagian keuntungan adalah jelas.

Dalam kontrak Mudarabah, terdapat enam komponen utama yang perlu wujud di dalam perjanjian.

  1. Pihak yang berkontrak iaitu pemodal dan pengusaha
  2. Ijab (penawaran) dan Qabul (penerimaan) merangkumi surat tawaran dan surat janji terima.
  3. Pengurusan iaitu pihak yang menguruskan projek tersebut yang dikendalikan oleh pengusaha, ia menjadi sebahagian daripada kos operasi.
  4. Modal sama ada wang tunai atau asset selainnya.
  5. Perkongsian Keuntungan daripada hasil keuntungan sebenar projek.
  6. Perkongsian Kerugian dengan pemodal menanggung risiko 100% nilai modal.

Sumber: https://www.aims.education/study-online/mudarabah-contract-in-islamic-banking/

Contoh Penggunaan Mudarabah

Sebagai contoh mudah aplikasi kontrak Mudarabah, Ahmad sebagai pemilik modal atau pelabur ingin mencari peluang pelaburan baru. Kawannya Mahmud sedang berkira-kira membuat perniagaan nasi lemak sementara cuti semester selama tiga bulan. Modal yang diperlukan adalah sebanyak RM1,000.00.

Ahmad mencadangkan kepada Mahmud untuk membuat kontrak Mudarabah di mana keuntungan dibahagi 50:50 di antara mereka berdua setelah 3 bulan. Ahmad bersetuju dan menandatangani perjanjian Mudarabah dengan Mahmud setelah Mahmud membuat proposal ringkas kos, jangkaan untung, jenis jualan, dan strategi pemasaran.

Seteelah jualan nasi lemak selama 3 bulan, keuntungan bersih adalah RM3000. Ahmad dapat RM1,500 dan Mahmud dapat RM1,500. Modal awal RM,1000 juga diserahkan kembali kepada Ahmad.

Dalam aplikasi kewangan Islam pula, di antara produk perbankan yang menggunakan kontrak ini adalah Maybank Premier Mudharabah Account-I, akaun pelaburan yang dibuka untuk tujuan melakukan transaksi saham.

Baki akaun akan dilaburkan oleh pihak Maybank ke pelaburan-pelaburan patuh Shariah dan keuntungan dikongsi. Ia adalah pelaburan Mudarabah Tidak Nisbah perkongsian keuntungan akaun ini adalah 60:40, 60% diberikan kepada pemilik akaun dan 40% kepada Maybank.

Di peringkat pengawalselia industri perbankan dan Takaful, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengeluarkan garis panduan Mudarabah sebagai rujukan kepada industri.

Ia menggariskan syarat-syarat serta mekanisme pengurusan kontrak Mudarabah oleh pihak kewangan Islam. Sila rujuk: https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=137&ac=418&bb=file

Selain daripada produk perbankan, kontrak Mudarabah juga turut diaplikasikan secara meluas oleh Takaful dan membuat struktur Sukuk.

Semoga perkongsian ini membantu kita memahami produk dan kontrak dalam kewangan Islam.

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.