Super Bowl, Media Pengiklanan Tradisional Termahal Yang Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Pegiklanan merupakan nadi bagi sesebuah perniagaan. Pengiklanan produk perlu sentiasa bergerak bagi memberi maklumat kepada  masyarakat bahawa produk tersebut masih wujud di dalam pasaran.

Selain daripada itu, pengiklanan juga dapat menarik minat para pengguna untuk memiliki sesuatu peroduk dan seterusnya membeli produk tersebut. Di dalam era digital ini, media sosial merupakan platform yang utama di dalam pengiklanan produk. Syarikat gergasi dunia seperti Alphabet dan juga Facebook menjana berbilion dolar setiap tahun hasil daripada perkhidmatan pengiklanan.

Percayakah anda bahawa di era digital ini, masih terdapat cara pengiklanan yang tradisional tetapi dapat memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat?

Ya, itulah yang berlaku pada acara sukan tahunan yang sangat terkenal di Amerika Syarikat yang diberi nama Super Bowl.

Super Bowl merupakan satu acara tahunan yang merupakan perlawanan akhir di antara dua pasukan yang berjaya menempatkan diri dalam acara sukan yang dikenali sebagai American Football.

Terdapat 32 pasukan yang bertanding di dalam liga yang dikenali sebagai National Football League (NFL), sebelum dua pasukan berentap di dalam perlawanan akhir acara Super Bowl ini.

Acara Super Bowl ini merupakan acara sukan yang paling diminati oleh penduduk Amerika Syarikat. Ianya telah berjaya menarik penduduk Amerika Syarikat menonton perlawanan akhir dengan secara purata lebih daripada 100 juta rakyat Amerika Syarikat menonton perlawanan akhir acara ini setiap tahun, dan menjadikan  Super Bowl ini acara tahunan yang paling tinggi di dunia mendapat tontonan selepas perlawan akhir bola sepak Eropah yang dikenali sebagai Champions League.

Super Bowl bukan sahaja meriah dengan acara American Fooball tetapi sebenarnya Super Bowl ini merupakan medan pengiklanan termahal di kaca televisyen. Ianya sangat mahal dan kebanyakan yang mengambil slot di dalam pengiklanan ini adalah syarikat gergasi seperti Coca Cola, Pepsi, Budweiser, McDonald’s dan juga syarikat telekomunikasi seperti AT&T.

Kos pengiklanan melalui Super Bowl adalah terlalu tinggi untuk tempoh masa yang singkat. Acara Super Bowl yang pertama mula diperkenalkan di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1967.

Pada masa itu, kos untuk melakukan pengiklanan ini melalui platform Super Bowl hanya menelan sebanyak $37,500 untuk tempoh 30 saat dan kini telah meningkat sebanyak $5.6 juta untuk tempoh yang sama.

Jadi tidak hairanlah hanya syarikat gergasi dunia sahaja yang akan memenuhi slot pengiklanan di acara Super Bowl ini.

Steve Jobs pernah menggunakan platform Super Bowl dalam memperkenalkan prorduk pertama Macintosh yang dilakukan secara komersial pada tahun 1984. Steve Jobs tahu bahawa Super Bowl dapat memberikan impak yang positif kepada produk yang baru diperkenalkan oleh Apple tersebut.

Selain daripada syarikat gergasi yang menggunakan platform Super Bowl ini, tidak terkecuali golongan ahli politik juga menggunakan platform yang sama bagi meraih undi. Untuk pilihan presiden pada tahun ini, presiden Amerika Syarikat sekarang, Donald Trump akan dicabar oleh bekas gabenor New York Michaael Bloomberg bagi merebut jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Kedua-dua tokoh tersebut telah menggunakan platform Super Bowl bagi memberi mesej yang akan dilakukan oleh mereka terhadap Negara Amerika. Donald Trump yang menyampaikan mesej tentang pentingnya sekiranya dia mengekal jawatan presiden untuk tempoh akan datang bagi memajukan lagi ekonomi Amerika Syarikat, manakala Michael Bloomberg pula menyampaikan mesej untuk mengawal penggunaan senjata api di kalangan orang awam.

Ramai juga pihak  yang mepertikaikan keberkesanan pengiklanan melalui Super Bowl kerana kos yang dikenakan adalah terlalu tinggi. Sedangkan di era digital ini, pengiklanan melalui media digital adalah lebih bagus dan juga lebih murah.

Keberkesanan sesuatu iklan sebenarnya tidak terletak kepada acara Super Bowl, kerana ianya hanyalah satu platfom yang mempunyai secara purata 100 juta penonton yang menonton secara langsung acara berkenaan di media perdana.

Ini kerana sukar untuk menyatukan penduduk Amerika Syarikat untuk menonton televisyen secara langsung kecuali di dalam acara Super Bowl ini. Kajian menunjukan filem yang diiklankan melalui Super Bowl berjaya membawa penonton ke wayang sebanyak dua kali ganda untuk tempoh pembukaan minggu pertama, berbanding dengan filem yang tidak diiklankan melalui  Super Bowl.

Di antara selebrti yang pernah menghiasi iklan Super Bowl ini adalah Brad Pitt, Arnold Schwarzenegger dan juga Jason Momoa. Bayaran yang diterima oleh artis ini juga sangat lumayan untuk tempoh 30 saat khidmat mereka digunakan di dalam iklan yang disiarkan melalui Super Bowl.

Bayaran yang diterima mereka mencecah 7 angka bergantung kepada populariti masing-masing. Selain pelakon terkenal, Super Bowl juga turut mengundang artis jemputan yang popular untuk memeriahkan acara tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is Super-Bowl-Media-Pengiklanan-Tradisional-Termahal-Yang-Masih-Relevan-Sehingga-Ke-Hari-Ini6-700x467.jpg

Ironinya, mereka tidak mendapat sebarang bayaran untuk penampilan mereka di dalam acara Super Bowl tersebut. Di antara artis yang terkenal pernah memeriahkan acara Super Bowl ini adalah Michael Jackson pada tahun 1992.

Begitulah hebatnya pengiklanan yang menggunakan platform Super Bowl. Walaupun kaedah yang digunakan melalui televisyen yang dikatakan old school, tetapi ia masih berbisa dan dapat menandingi kehebatan pengiklanan cara moden.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.