[2020] Berapa Agaknya Gaji Pengarah Syarikat Top 30 Di Malaysia?

Dengar kata gaji pengarah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ni tinggi-tinggi? Ada yang kata gaji mereka ni tinggi melampau dan tak masuk akal.

Untuk senarai ini, kita akan hanya beri tumpuan kepada syarikat-syarikat Top 30 Yang Tersenarai dalam FBM KLCI. Apa pula FBM KLCI ni?

FBM KLCI Sebagai Penanda Aras Bursa Malaysia

Sama seperti saham, FBM KLCI juga ada turun naiknya, tetapi kalau saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut – FBM KLCI pula menggunakan sistem mata (point).

Dan ianya terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota:
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senang cerita, 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia bergabung maka terhasillah FBM KLCI.

30 Syarikat Terbesar Malaysia

Dah tau apa itu FMB KLCI, jom kita tengok senarai Top 30 berikut:

Setakat 12 Februari 2020

Mesti kenal syarikat-syarikat terkemuka di atas ni kan? Samada kita guna perkhidmatan yang mereka tawarkan, atau pernah beli barang keluaran mereka.

Sekarang dah tahu 30 syarikat terbesar Malaysia, jom kita tengok pula berapa gaji pengarah syarikat.

1. Gaji Pengarah Maybank

Sumber: Maybank Annual Report 2018 – Corporate (English)

Pendapatan Tertinggi: Datuk Abdul Farid Alias – RM9,599,293 setahun atau RM799,941 sebulan

2. Gaji Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Sumber: TNB Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd – RM11,499,461 setahun atau RM958,288 sebulan

3. Gaji Pengarah Public Bank

Sumber: 2018 Public Bank Annual Report

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – RM42,389,000 setahun atau RM3,532,416 sebulan

4. Gaji Pengarah Petronas Chemicals

Sumber: ​Corporate Governance Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Datuk Md Arif Mahmood – RM312,500 setahun atau RM26,041 sebulan

5. Gaji Pengarah CIMB

Sumber: CIMB 2018 Annual Report

Pendapatan Tertinggi: Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz – RM8,689,000 setahun atau RM724,083 sebulan

6. Gaji Pengarah IHH Healthcare

Sumber: Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Dr Tan See Leng – RM36,175,000 setahun atau RM3,014,583 sebulan

7. Gaji Pengarah Maxis

Sumber: Annual Report Year 2018

Pendapatan Tertinggi: Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda – RM537,891 setahun atau RM44,824 sebulan

8. Gaji Pengarah Axiata

Sumber: Integrated Annual Report 2018

Ahli Lembaga Pengarah Axiata mengumumkan bahawa mereka tidak akan mendedahkan nama pihak pengurusan kanan beserta dengan gaji yang mereka terima.

Sumber: Integrated Annual Report 2018

Yang didedahkan, Chairman (pengerusi) menerima bayaran sebanyak RM30,000 sebulan manakala Pengarah pula menerima RM20,000 sebulan.

9. Gaji Pengarah Sime Plantation

Sumber: SDP Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh – RM2,150,000 setahun atau RM179,167 sebulan

10. Gaji Pengarah MISC Berhad

Sumber: MISC Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Datuk Nasarudin Md Idris – RM474,260 setahun atau RM39,521 sebulan

11. Gaji Pengarah Hong Leong Bank

Sumber: Hong Leong Bank Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Mr Domenic Fuda – RM12,024,000 setahun atau RM1,002,000 sebulan

12. Gaji Pengarah Nestle

Sumber: Nestle Corporate Governance and Financial Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Alois Hofbauer – RM6,145,965 setahun atau RM512,163 sebulan

13. Gaji Pengarah Digi

Sumber: Annual Report Year 2018

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Saw Choo Boon – RM279,399 setahun atau RM23,283 sebulan

14. Gaji Pengarah Petronas Gas

Sumber: PGB Corporate Governance Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Datuk Mohd Anuar Taib – RM309,000 setahun atau RM25,750 sebulan

15. Gaji Pengarah IOI Corporation

Sumber: Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Dato’ Lee Yeow Chor – RM15,608,000 setahun atau RM1,300,667 sebulan

16. Gaji Pengarah PPB Group

Sumber: PPB Group Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Lim Soon Huat – RM3,404,000 setahun atau RM283,667 sebulan

17. Gaji Pengarah KL Kepong Berhad

Sumber: KL Kepong Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Seri Lee Oi Hian – RM8,711,000 setahun atau RM725,917 sebulan

18. Gaji Pengarah Hap Seng Consolidated

Sumber: Corporate Governance Report 2018

Hap Seng juga tidak mendedahkan berapa pendapatan yang diterima oleh ahli lembaga pengarah mereka.

Namun jika kita ambil purata pendapatan lima orang pengurusan syarikat iaitu RM14,446,236 setahun, maka seorang akan memperolehi pendapatan RM2,889,247 setahun atau RM240,770 sebulan.

19. Gaji Pengarah RHB Bank

Sumber: Annual Report 2018 – Financial Section

Pendapatan Tertinggi: Dato’ Khairussaleh Ramli – RM4,506,000 setahun atau RM375,500 sebulan

20. Gaji Pengarah Petronas Dagangan

Sumber: Integrated Report 2018

Tidak diberitahu secara spesifik siapa yang memperolehi pendapatan tertinggi, sekadar kita tahu Pengerusi mendapat bayaran sebanyak RM24,000 sebulan, manakala Ahli Lembaga Pengarah yang lain mendapat RM12,000 sebulan.

21. Gaji Pengarah Genting Berhad

Sumber: Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Lim Kok Thay – RM183,070,000 setahun atau RM15,255,833 sebulan

22. Gaji Pengarah Hartalega

Sumber: Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Kuan Mun Leong – RM2,067,557 setahun atau RM172,296 sebulan

23. Gaji Pengarah Press Metal

Sumber: Press Metal Aluminium Holdings Berhad – CG Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Koon Poh Ming – RM2,100,000 setahun atau RM175,000 sebulan

24. Gaji Pengarah Dialog Group

Sumber: Dialog Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dr Ngau Boon Keat – RM9,362,000 setahun atau RM780,167 sebulan

25. Gaji Pengarah Hong Leong Financial Group

Sumber: Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Mr Tan Kong Khoon – RM12,047,000 setahun atau RM1,003,917 sebulan

26. Gaji Pengarah Genting Malaysia

Sumber: Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Lim Kok Thay – RM93,516,000 setahun atau RM7,793,000 sebulan

27. Gaji Pengarah Sime Darby

Sumber: Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Jeffri Salim Davidson – RM2,887,000 setahun atau RM240,583 sebulan

28. Gaji Pengarah Top Glove Corporation

Sumber: Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dr Lim Wee Chai – RM3,524,014 setahun atau RM293,668 sebulan

29. Gaji Pengarah AmBank Group

Sumber: Annual Report 2019

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Azman Hashim – RM2,479,000 setahun atau RM206,583 sebulan

30. Gaji Pengarah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Sumber: Annual Report 2018

Pendapatan Tertinggi: Rosli Abdullan – RM432,696 setahun atau RM36,058 sebulan

Pengarah Dengan Gaji Tahunan Tertinggi

1. Genting Berhad: Tan Sri Lim Kok Thay – RM183,070,000 setahun atau RM15,255,833 sebulan

2. Genting Malaysia: Tan Sri Lim Kok Thay – RM93,516,000 setahun atau RM7,793,000 sebulan

3. IHH Healthcare: Dr Tan See Leng – RM36,175,000 setahun atau RM3,014,583 sebulan

Pengarah Dengan Gaji Tahunan Terendah

1. Digi: Tan Sri Saw Choo Boon – RM279,399 setahun atau RM23,283 sebulan

2. Petronas Gas: Datuk Mohd Anuar Taib – RM309,000 setahun atau RM25,750 sebulan

3. Petronas Chemicals: Datuk Md Arif Mahmood – RM312,500 setahun atau RM26,041 sebulan

With great money comes great responsibility. Harapnya mereka yang bergaji besar sebegini tiada yang bermasalah dengan pihak LHDN.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.