Kenali ‘Warren Buffett Asia’ Yang Berasal Dari Pulau Pinang

Siapa yang tidak mengenali Warren Buffett, pelabur tersohor sepanjang zaman. Beliau selalu dijadikan role model bagi pelabur muda mahu pun yang lama.

Namun tahukah anda, Dato Seri Cheah Cheng Hye juga serupa seperti Warren Buffett, mempunyai karisma yang tinggi dan falsafah pelaburan yang sama sehingga beliau digelar sebagai ‘Warren Buffett Asia’?

Beliau lahir di Pulau Pinang, dan mendapat pendidikan awal di sana. Walaupun beliau banyak menerima pujian sehinggakan menerima jolokan sebagai Warren Buffett Asia, namun terdapat pelbagai alasan kenapa beliau harus diangkat menjadi ikon yang berkaliber seperti Warren Buffett.

Dalam catatan, beliau telah menerima dan memenangi lebih daripada 70 anugerah dan penghargaan besar dari seluruh dunia. Bermula sebagai kanak-kanak biasa di Pulau Pinang, kini menjadi salah satu ikon kebanggaan seluruh dunia.

Pada asalnya beliau hanya bersekolah biasa di Pulau Pinang, sehinggalah tahun 1971, iaitu ketika beliau berumur 17 tahun (tingkatan 5),dan menamatkan persekolahan sekolah menengah. Selepas menamatkan persekolahan beliau terus bekerja dengan syarikat akhbar tempatan iaitu The Star.

Kebetulan di saat itu perang di Vietnam sedang berlaku, Amerika Syarikat telah mengalami defisit ekonomi yang besar. Presiden Richard Nixon terdesak untuk membuat sokongan komoditi emas terhadap mata wang US Dolar. Rakyat di Amerika Syarikat hanya mampu menggunakan wang tidak melebihi jumlah emas yang dimiliki oleh Rizab Persekutuan (Federal Reserve).

Ketika berumur 20 tahun (1974), beliau buat pertama kali telah berhijrah ke tanah besar Hong Kong, China. Tidak lama kemudian beliau telah bekerja sebagai wartawan kewangan dengan syarikat Hong Kong Standard, Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.

Kemudiannya pada tahun 1989, beliau menjadi ketua penyelidik dan peniaga hartanah broker Morgan, Grenfell & Co di United Kingdom. Manakala pada tahun 2007 beliau dengan rakan kongsinya V-Nee Yeh telah menubuhkan firma dana pelaburan yang bernama Value Partners Classic Fund.

Beliau telah berjaya membangunkan syarikat pengurusan dana tersebut sehingga menjadi firma yang pertama disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong dengan mengamalkan value investing sebagai falsafah pelaburan mereka.

Bayangkan beliau yang tidak pernah menghadiri mana-mana sekolah perniagaan atau pelaburan dan mempunyai pendidikan hanya setakat tingkatan 5, kini menggoncang benua Asia dan juga dunia. Lebih menakjubkan, beliau pernah membuat ucapan di Columbia Business School, tempat dan pentas ucapan yang pernah di hadiri oleh lagenda-lagenda dunia pelaburan seperti Warren Buffett, Benjamin Graham dan ramai lagi.

Nama Dato Seri Cheah Cheng Hye seolah-olah tidak dikenali ramai, tetapi ketahuilah bahawa beliau inilah yang digelar sebagai ‘Warren Buffett Asia’.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA