
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memantau rapi perkembangan yang sedang berlaku dalam pasaran modal berikutan situasi terkini di peringkat tempatan dan global. Pengantara pasaran dengan permodalan yang kukuh, tahap kecairan yang baik dalam industri pengurusan dana serta infrastruktur pasaran yang kukuh akan terus memacu daya tahan dan menyokong pasaran modal daripada sebarang kejutan dari luar. SC akan kekal berwaspada dan terus memantau pasaran bagi memastikan ia beroperasi dengan adil dan teratur.
Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini