Tahap Kewangan 6 Negara Dunia

Those who don’t know history are doomed to repeat it.”

― Edmund Burke

Marilah kita singkap serba sedikit sejarah kewangan dunia dahulu supaya kita boleh belajar dari peristiwa ini. Mungkin ada yang berubah sekarang seperti negara China yang kini merupakan kuasa kedua ekonomi terbesar dunia.

Jepun

Jepun adalah negara yang mempunyai kadar simpanan wang di antara yang tertinggi di dunia. Namun sejak 20 tahun yang lalu, ekonominya berada di tahap mendatar (stagnant) dan tidak berubah.

Kredit: Asia Fund Managers

Semasa krisis kewangan dunia pada tahun 2008 tercetus berlakunya pertambahan hutang dan kurangnya permintaan domestik. Apabila ekonomi Jepun kembali pulih, berlaku pula gempa bumi yang menggangu serba sedikit sosial dan ekonomi.

Faktor lain adalah pertambahan golongan warga tua yang semakin meningkat di Jepun mengakibatkan kurangnya produktiviti negara ini.

Pakar ekonomi Paul Krugman juga menyatakan bahawa tabiat menyimpan oleh individu dan syarikat membuatkan ekonomi Jepun perlahan dan memberi impak yang negatif terhadap permintaan.

Greece

Photo by Hert Niks from Pexels

Ramai di kalangan pesara membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi tekanan sebagai orang tua yang miskin selepas Greece jatuh muflis pada tahun 2012.

Krisis brain drain berlaku di sana di mana mereka yang bijak pandai meninggalkan kampung halaman dan bekerja di luar negara.

Masalah utama Greece adalah kekurangan pendapatan. Ini terjadi kerana sistem cukai yang kurang efektif.

Itali

Pernah terjadi satu gelen minyak naik daripada USD10 kepada USD16 dalam masa satu hari sahaja. Kadar cukai terpaksa dinaikkan bagi membantu bayaran hutang negara sekitar tahun 2012.

Golongan birokrat berpendidikan tinggi menaikkan kadar cukai terhadap golongan kaya, namun hanya mengayakan mereka semula serta pihak bank. Ekonomi Itali juga merudum dengan tindakan bank mencetak lebih banyak wang, kenaikan kadar cukai dan peningkatan inflasi.

Thomas Jefferson yang merupakan  Presiden ketiga Amerika juga pernah menyatakan:

“I believe that banking institutions are more dangerous to our liberties than standing armies. If the American people ever allow private banks to control the issue of their currency, first by inflation, then by deflation, the banks and corporations that will grow up around (these banks) will deprive the people of all property until their children wake up homeless on the continent their fathers conquered. The issuing power of currency shall be taken from the banks and restored to the people, to whom it properly belongs.”

– Thomas Jefferson

Boleh kita fikirkan sejenak kata-kata penuh hikmah di atas untuk kebaikan generasi akan datang.

Perancis

Photo by Atypeek Dgn from Pexels

Orang Perancis ketika ini tidak mahu bekerja dengan kuat, ingin berehat lebih banyak, menggalas tugasan yang tak banyak dan ingin bersara awal. Perancis sedang bergelumang dengan hutang yang banyak akibat produktiviti yang menurun, lalu ekonomi negara turut mengalami situasi yang sama.

Perancis merupakan negara ekonomi kedua terbesar di Eropah. Bagi menyelesaikan masalah ini,kerajaan Perancis menaikkan kadar cukai terhadap orang kaya.

Tindakan ini telah membuatkan ramai orang kaya meninggalkan negara ini.

China

Photo by Ágoston Fung from Pexels

Hampir 40 tahun lalu, kadar pengangguran di China adalah tinggi dan pertumbuhan ekonomi mereka tersekat-sekat kerana pihak tentera yang berkuasa. Ianya juga disebabkan oleh faktor mereka tidak efisien dan menyendiri daripada ekonomi dunia.

Hari ini, mereka berkembang dengan cepat disebabkan modal pelaburan yang besar daripada simpanan domestik dan pelabur dari luar negara yang banyak melabur.

Kadar produktiviti mereka juga tinggi dengan kos buruh yang rendah. Bagi mereka ‘speed is profit’.

Kerajaan China melakukan inovasi sebagai prioriti dengan slogan “Made In China 2025” yang telah diumumkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memodenkan industri pembuatan.

Seperti yang kita tahu, Presiden Amerika iaitu Donal Trump cuba menyekat kemaraan China dalam ekonomi global apabila mengenakan kadar tarif yang tinggi bagi barangan yang dibuat dari China.

Mexico

Negara ini lebih kepada ekonomi sosial. Ianya mempunyai persekitaran yang tidak berapa sesuai untuk anak-anak kerana Mexico mempunyai ramai pengedar dadah yang mempunyai lebih banyak wang, pengaruh dan senjata berbanding kerajaan.

Setelah melihat beberapa contoh negara di atas, maka bersyukurlah bagi kita yang ada di Malaysia.

Sumber Rujukan:

Forbes

Investopedia

The Balance

Federation Of American Scientists

NY Times

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.