4 Strategi Pelaburan Bagi Menangani Covid-19

Harapan supaya penularan COVID-19 dapat dibendung di China berakhir apabila virus itu merebak pantas ke seluruh dunia. Kesannya, pasaran saham global telah pun memasuki ‘bear market’ dan menandakan kegawatan ekonomi telah tiba.

Ramai pelabur masih lagi panik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat dalam situasi sebegini.

Adakah keadaan pasaran akan pulih atau sebaliknya? Sudah semestinya, tapi mungkin memakan masa sedikit, ada yang kata 1-2 tahun baru keadaan kembali seperti sediakala.

Sementara itu, berikut merupakan beberapa strategi pelaburan dan panduan asas bagi berdepan dengan keadaan yang tidak menentu ini.

1. Semak Semula Asset Allocation

Jika kita telah mempunyai asset allocation sebelum ini, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Tetapi dengan syarat, dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan gaji telah pun mencukupi.

Mungkin kita boleh fokus kepada aset yang memberikan keuntungan tetap dan mempunyai risiko yang lebih rendah.

2. Nilai Semula Profil Risiko

Jika kita sudah cemas apabila melihat warna merah dan pulangan negatif pelaburan melebihi 15%, kita perlu menilai semula kategori profil risiko.

Jika sebelum ini kita rasa diri ini seorang pelabur aggressive dengan melihat potensi pelaburan yang dijanjikan, kita mungkin tersilap. Terimalah hakikat sebenarnya kita bukanlah pelabur aggressive tetapi mungkin pelabur berisiko sederhana atau konservatif.

3. Tukar Jenis Dana

Jika kita mempunyai pelaburan dalam unit amanah (unit trust), boleh membuat pertukaran dana secara percuma jika ianya masih di dalam syarikat yang sama. Kita boleh memilih untuk bertukar ke dana yang berisiko rendah seperti sukuk/bon dan money market.

Tetapi, jangan lupa tukar semula kepada dana yang berprestasi tinggi (ekuiti) selepas pasaran kembali pulih atau kita berisiko untuk kehilangan potensi pelaburan yang besar.

4. Teruskan Melabur Dengan Tenang

Sebagai seorang pelabur jangka masa panjang, adalah penting untuk kita kerap menambah pelaburan secara konsisten tanpa mengambil kira keadaan pasaran semasa.

Teknik Ringgit Cost Averaging juga terbukti mampu memberikan pulangan yang konsisten untuk jangka masa panjang. Tidak kira samada pasaran turun atau naik. Tetapi perlu berhati-hati semasa memilih saham/dana.

Amacam, nak teruskan atau nak stop? Paling penting melaburlah dengan menggunakan duit lebihan simpanan, dan bukan dari duit simpanan.

Ditulis oleh:

INAZ HASHIM
MB BCH BAO, FAR, FPR, ShRFP
Perancang Kewangan Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia.
www.inazhashim.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.