Covid-19: Impak Kepada Nilai Bitcoin

Kita melihat pasaran saham telah mengalami kejatuhan yang teruk akibat wabak Covid-19 ini, dengan memasuki ‘bear market’ apabila jatuh lebih daripada 20% daripada paras tertinggi yang dicatatkan. Bagaimana pula dengan nasib yang menimpa Bitcoin yang menjadi kegilaan generasi baru?

Kalau nak tahu, nasib yang menimpa Bitcoin juga hampir sama seperti pasaran saham. Nilai Bitcoin juga telah terjejas teruk dan telah jatuh hampir separuh.

Ironinya, Bitcoin yang dikenali sebagai matawang masa hadapan dan dicipta selepas krisis kewangan dunia pada tahun 2008 dan digelar sebagai safe haven, kerana tidak bergantung kepada interest rate dan tidak tertakluk kepada mana-mana negara.

Dengan andaian sedemikian, Bitcoin dikatakan tidak dipengaruhi oleh mana-mana keadaan ekonomi semasa. Ini diperkuatkan lagi bila indeks S&P500 jatuh, pasaran Bitcoin meningkat; dan bila bank di Cycprus hancur, Bitcoin dapat memberi support kepada bank tersebut.

Tetapi apabila berdepan krisis Covid-19 ini, pelabur yang memiliki Bitcoin berada di dalam situasi panik dan menjual pegangan Bitcoin mereka sehingga nilai Bitcoin telah jatuh teruk.

Ini membuktikan bahawa Bitcoin tidak kalis kepada kemelesetan ekonomi dunia seperti mana yang didakwa oleh pelabur tegar matawang cryptocurrency sebelum ini.

Apabila ekonomi dunia jatuh, Bitcoin juga turut jatuh selari dengan keadaan ekonomi dunia. Hal ini terjadi kerana emosi para pelabur di dalam dunia Bitcoin juga turut terjejas akibat virus ini.

Menurut Wayne Chen yang merupakan CEO Interlapse Technologies, pada ketika ini, duit tunai yang berada di dalam tangan adalah lebih penting daripada Bitcoin. Ini kerana barangan keperluan harian yang perlu digunakan tidak dapat dibeli melalui Bitcoin. Tambahnya lagi, Bitcoin tidak mempunyai bentuk fizikal seperti emas.

Walaupun pada zaman kemelesetan ekonomi, orang ramai masih lagi membeli emas kerana ianya wujud berbanding dengan Bitcoin, yang hanya ditentukan nilai melalui supply and demand dan tidak mempunyai instrict value.

Walaubagaimanapun, terdapat pakar–pakar yang memberi pandangan mereka bahawa ini adalah waktu sesuai untuk membeli Bitcoin kerana ianya berada pada harga yang rendah. Mereka juga percaya bahawa nilai Bitcoin akan meningkat semula seperti sedia kala kerana Bitcoin tidak akan lenyap daripada muka bumi disebabkan kirisis ini.

Buat masa ini, negara yang mempunyai bilangan ‘miner’ yang ramai seperti China dan Amerika Syarikat masih lagi berdepan dengan keadaan yang tidak stabil akibat dari wabak Covid-19 ini.

Bitcoin masih lagi boleh dilombong kerana jumlah Bitcoin adalah sebanyak 21 juta unit seperti yang dipersetujui komuniti tersebut. Selepas Bitcoin mencapai sebanyak 21 juta unit, ia akan menjadi finite resource kerana tidak akan ada perlombongan Bitcoin lagi pada ketika itu. Nilai Bitcoin ini dipercayai akan bertahan sehingga tahun 2140.

Sumber Rujukan:

Namun, Bitcoin tak patuh syariah ya. Boleh baca dengan lebih lanjut di Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.