Alliance Bank Diiktiraf Bank Terbaik IDC Financial Insights 2020 di Asia Pasifik

Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank” atau “Bank”) diiktiraf oleh IDC Financial Insights sebagai salah satu daripada 20 Bank Terbaik 2020 di Asia / Pasifik. Alliance Bank adalah salah satu dari hanya dua bank di Malaysia yang dinamakan dalam senarai tahun ini.

Inisiatif penyelidikan tahunan IDC Financial, 20 Best Banks 2020, mengenal pasti institusi perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik yang telah melakukan transformasi digital yang berjaya sebagai kesiapsiagaan mengharungi cabaran dekad baru. IDC mengambil perhatian terhadap bank-bank yang telah memperkasakan perkhidmatan mereka melalui penggunaan teknologi terbaik untuk mempengaruhi perniagaan secara positif dalam tiga bidang utama: penglibatan pelanggan, kecekapan operasi dan penciptaan model perniagaan baharu.

“Alliance Bank telah meneraju dalam mengoptimumkan saluran digital untuk memacu pendapatan dan mengembangkan pengambilalihan. Bagi Alliance ONE Account, penggunaan analisis data dalam sepanjang perjalanan pemasaran (sasaran pelanggan secara digital, mesej kreatif, dan mengoptimumkan saluran) adalah satu pencapaian yang baik. Alliance ONE Account dan projek Branch-in-Tablet yang dikemukakan untuk IDC Financial Insights Innovation Awards 2020, merupakan contoh jelas strategi transformasi digital untuk mencipta pengalaman saluran omni (omni-channel) yang melangkaui rangkaian cawangan,” kata Cik Darshiniy Selvaratnam, Penganalisis Pasaran Kanan, IDC Financial Insights Asia Pasifik.

“Kami berbangga dapat memasuki senarai Financial Insights’ Best Banks 2020 di Asia Pasifik oleh IDC. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa kami berada di landasan yang betul untuk menyampaikan penyelesaian yang cepat dan mudah kepada para pelanggan kami,” kata Encik Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank.

Alliance ONE Account adalah perkhidmatan konsolidasi pinjaman yang mudah bagi pemilik rumah individu. Branch-in-Tablet memberi pelanggan Alliance Bank kemudahan untuk membuka akaun bank, mengaktifkan perkhidmatan perbankan dan mengakses perkhidmatan perbankan mudah alih mereka dalam masa secepat 15 minit. Inovasi digital ini juga digunakan untuk penyelesaian enterpris yang membolehkan pemilik perniagaan membuka akaun perbankan perniagaan dalam “1 hari, 1 lawatan”.

Sepanjang tiga tahun ini, Alliance Bank telah melancarkan beberapa inisiatif digital yang terkemuka di pasaran termasuk Alliance Cash2Home yang merupakan aplikasi pengiriman wang asing mudah alih, Kredit Peribadi digital yang dilancarkan baru-baru ini di mana kami menawarkan kelulusan secepat dalam masa hanya 10 minit dan pinjaman PKS digital yang menawarkan kelulusan pinjaman sehingga RM50,000 dalam masa 24 jam kepada pemilik perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Alliance Bank, sila layari www.alliancebank.com.my.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.