5 Tips Sebelum Boleh Untung Dalam Saham

Tahniah kerana merancang untuk terlibat dalam pelaburan saham Bursa Malaysia. Sementara nak tunggu akaun CDS dan trading platform siap, boleh baca dulu artikel pendek ini.

Objektif utama melabur adalah untuk meraih pulangan dan mengelakkan Duit dimakan inflasi.

Ramai yang bersusah payah buka akaun CDS tetapi ilmu belum ada, maka teruskan mendalami ilmu pelaburan saham.

Pastikan ikut tips ini sebagai persediaan awal.

1. Buat Game Plan

Nak menang main game DOTA kena ada strategi. Sama lah dengan dunia saham. Kena pasang strategi.

Sebelum kau nak melaburkan duit lebihan ke dalam pasaran saham, tak kisahlah dekat Bursa Malaysia atau NYSE, tanya dekat diri sendiri,

“Kenapa aku nak melabur saham, kenapa tak simpan je duit dalam bank? Apa yang aku nak capai?”

Lebih kurang macam tu lah.

Contohnya, katakanlah matlamat nak kumpul RM100,000 dalam 10 tahun, jadi kena mula kira-kira berapa pulangan/peratus kena dapat setiap bulan atau tahun? Ini akan membantu menjawab soalan nak beli saham untuk makan dividen setiap tahun atau untuk dapat untung bila harga dia naik.

Jika tidak mampu untuk ikut tips pertama ini, adalah lebih baik jangan teruskan ke tips seterusnya.

2. Jangan Longgok Duit Setempat

Kalau boleh jangan laburkan semua duit untuk beli 1 saham yang ‘hot’. Beli dan simpan juga saham-saham dari industri yang berbeza.

Contohnya kau ada modal RM10,000. Bahagi dua. Beli 1 saham syarikat dalam industri Fast Moving Consumer Goods (makanan, minuman) dan 1 lagi saham syarikat teknologi.

Bahasa jargon yang biasa orang sebut untuk benda ini adalah diversify.

3. Belajar Untuk Tidak Panik!

Percayalah, ini susah nak buat. Kami nak beritahu awal-awal yang saham ni dia naik dan turun. Tak jumpa lagi yang dia naik memanjang.

Sekiranya kau nampak harga turun 30% dalam sehari, pasti ada benda yang tidak kena dan boleh pertimbang untuk jual saham tu. Tapi sekiranya kau nampak saham tu turun 2% dalam sehari, jangan panik dan jual.

Bukan time rugi je kau akan panik. Time saham kau dah untung pun kau akan panik. Target nak untung 30% dalam masa setahun tapi bila harga saham tu naik sampai 50% kau tetap tak jual. Terketar-ketar tangan mencari button jual.

Rileks, follow saja plan. Kalau tak nak jual semua, jual lah separuh dulu.

4. Elakkan Penny Stock

Tips seterusnya adalah berkaitan penny stock. Saham penny stock ni saham bawah RM1 yang harga 4-5 sen. Ini pun kau akan susah nak buat sebab pengaruh rakan sebaya.

Member kata beli saham penny dengan lot yang besar ada harapan dapat pulangan yang besar. Eh, jangan lupa yang kau juga boleh rugi besar. Bak kata pepatah komik dulu-dulu “Bila diusung keranda barulah bercucuran airmata” – Ji Fatt

Kalau niat nak melabur untuk jangka masa lebih setahun, elakkan saja penny stock. Tapi kalau niat nak berdagang silakan.

5. Left Group

Berapa banyak group WhatsApp / Telegram saham kau dah join? Biasanya group-group ni akan mempengaruhi keputusan kau untuk jual beli saham. Baik left group. Lebih baik buat kajian sendiri dari ikut-ikut orang ni. Bila untung puas hati, bila rugi tak sakit hati. Kalau group tu asyik buruk-burukkan orang lain lagilah cepat kau kena left.

Ramai dah rugi dalam pasaran saham. Itu biasa. Sebab itulah orang kata high risk, high return. Namun pelaburan saham telah terbukti memberi pulangan yang jauh lebih tinggi daripada instrumen pelaburan yang lain.

Saham Top Glove dah naik 600% dalam masa 5 tahun. Gila beb.

Semoga tips-tips ringkas ini sedikit sebanyak memberi manfaat.

Ayuh, ciptalah peluang untuk gandakan wang lebihan di pasaran saham patuh syariah.


Ramai betul tanya pasal kelas pelaburan saham.

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: