Masih Kantoi Untuk Buat Simpanan, Cuba Amalkan 4 Cara Ini

Kenaikan demi kenaikan harga barang, rumah, minyak dan sebagainya amat dirasai oleh semua orang dan ianya cukup membebankan. Dahlah struggle nak teruskan hidup macam biasa, inikan pula disuruh pula untuk menyimpan.

Bunyinya macam tak masuk akal…

Sebenarnya daripada kita asyik salahkan orang lain, cuba kita muhasabah diri. Kena terima hakikat bahawa ada benda yang berada di luar kawalan kita, tetapi ada juga benda yang kita boleh UBAH – bergantung kepada kesungguhan, usaha dan tawakal.

Boleh cuba ikuti 4 amalan yang boleh bantu anda untuk membuat simpanan.

1. Tambah Pendapatan Sampingan, Kurangkan Perbelanjaan

Komitmen yang tinggi serta kos sara hidup yang tinggi menyumbang kepada kegagalan ramai orang untuk menyimpan. Boleh dikatakan, semuanya cukup-cukup makan sahaja.

Namun, masalah ini boleh diatasi dengan mudah jika anda beranikan diri membuat kerja part-time bagi menambah pendapatan sampingan. Hasil daripada pendapatan sampingan ini boleh digunakan sebagai simpanan.

Jika pasangan anda tidak bekerja atau seorang suri rumahtangga, cuba baca artikel ini; Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk

Selain daripada menambah pendapatan, cuba semak balik perbelanjaan anda. Mesti ada benda yang boleh anda buat untuk kurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, bawa bekal ke tempat kerja dan kurangkan makan di luar.

2. Amalkan Gaya Hidup Sederhana

Satu lagi faktor penyumbang kepada kegagalan untuk membuat simpanan adalah disebabkan anda punya citarasa yang tinggi. Telefon Samsung Galaxy atau Apple iPhone baru sampai di Malaysia, mesti anda tak tidur malam dibuatnya. Melepak pun dekat kedai yang air kopinya RM12 segelas. Pakai baju pun nak ‘Made in United States’.

Cuba berubah dengan mengamalkan gaya hidup sederhana dan ukur baju di badan sendiri. Daripada menghabiskan masa di kompleks membeli-belah dan terbelanja ke benda yang bukan-bukan, apa kata anda habiskan hujung minggu di taman-taman rekreasi pula. Badan sihat, poket selamat.

3. Hentikan Buat Hutang Baru

Sudah menjadi lumrah apabila anda mula bekerja, untuk memiliki sebuah kereta dan rumah. Namun kalau anda tidak mampu, ia bakal mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sekarang pun cukup-cukup makan, apa kata anda baiki dulu aliran tunai sebelum buat hutang baru. Dan kalau ada hutang seperti kad kredit, lebih baik anda selesaikan hutang tersebut terlebih dahulu.

Kalau rasa tak boleh nak kawal perbelanjaan kad kredit, gunting saja kad kredit tersebut.

4. Simpanan Paksa Rela

Jika anda rasakan ianya terlalu sukar bagi anda untuk membuat simpanan sendiri, maka boleh buat simpanan melalui skim potongan gaji ke Tabung Haji. Sekarang dah mudah, simpanan boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke pejabat Tabung Haji. Dapatkan lebih info di sini.

Dengan cara ini, anda terpaksa adjust perbelanjaan bagi memenuhi simpanan secara paksa rela ini. Percayalah, anda tidak akan rasa ianya sebuah bebanan, kerana anda tidak sempat ‘merasai’ pun duit tersebut; sebaliknya telah disimpan terlebih dahulu.

Segala-galanya Bermula Dengan Diri Sendiri

Kadangkala kita rasa sangatlah sukar untuk kita berubah dan mula untuk membuat simpanan. Tanamkan keazaman dan semangat, InsyaAllah anda akan berjaya juga dengan 4 amalan di atas.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.