Kontroversi Melanda Pengurus ‘Sovereign Wealth Fund’ Terbesar Dunia Kerana Menaiki Jet Peribadi Mewah

Pengurus Dana Kekayaan Berdaulat (Sovereign Wealth Fund) Norway, Yngve Slyngstad telah dituduh melakukan pecah amanah dengan mengambil tajaan penerbangan daripada seorang kenalannya yang juga merupakan seorang hedge fund manager iaitu Nicolai Tangen.

Berita ini telah menjadi bualan masyarakat Eropah terutamanya rakyat Norway itu sendiri. Ini adalah kerana Sovereign Wealth Fund Norway adalah dana yang terbesar di dunia daripada segi aset di bawah pengurusan.

Yngve Slyngstad

Di Malaysia kita ada Khazanah Nasional Berhad, di Norway mereka ada Government Pension Fund of Norway yang memiliki aset yang mencecah satu trilion dollar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dimilliki oleh Khazanah iaitu berjumlah $37 billion.

Norway mempunyai jumlah dana yang begitu besar disebabkan kebijaksanaan negara tersebut dalam menguruskan aset negara yang memiliki sebanyak 9,000 buah syarikat pelaburan yang mewakili 1.5% jumlah saham dunia.

Di antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan bagi Sovereign Wealth Fund ini adalah kerajaan Norway telah melakukan pelaburan menggunakan hasil minyak negara tersebut. Dana ini yang berkembang pesat kemudian digunakan untuk melabur kembali ke dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Norway sebelum ini merupakan di antara negara miskin pada pertengahan abad ke-19 dan hasil utama negara tersebut adalah dengan bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dan juga perikanan.

Dengan penemuan minyak pada era 1960-an, Norway mula mempelbagaikan aset pelaburan negara mereka dan tidak hanya bergantung kepada hasil minyak semata-mata. Dengan pelaburan yang tepat, Government Pension Fund of Norway kini menjadikan penduduk Norway di antara penduduk yang terkaya di dunia daripada segi pendapatan per kepita.

Pada tahun lepas sahaja, Government Pension Fund of Norway ini membawa pulangan yang sangat lumayan iaitu sebanyak $180 bilion kepada rakyat Norway dengan purata pulangan sebanyak $34,000 kepada setiap penduduk Norway yang berjumlah 5.3 juta orang.

Dilanda Kontroversi

Isu fund manager bernama Yngve Slyngstad yang dikatakan menerima layanan istimewa daripada salah seorang fund manager juga yang bakal menggantikan beliau dalam mengurus Sovereign Wealth Fund berkenaaan pada bulan september ini.

Apa yang menjadi isu adalah Yngve Slyngstad didakwa telah menaiki pesawat peribadi mewah yang disediakan oleh Nicolai Tangen pada November tahun lalu ketika beliau menjalankan urusan rasmi yang mana sepatutnya beliau hanya menaiki kereta api ketika berada di Amerika Syarikat pada ketika itu.

Nicolai Tangen

Para pemerhati yang meneliti perkara ini mendakwa Yngve Slyngstad tidak sepatutnya mengambil layanan istimewa daripada Nicolai Tangen, kerana dikhuatiri beliau mempunyai agenda tersendiri. Ini kerana Nicolai Tangen adalah pengurus hedge fund AKO Capital LLP yang menjaga aset di bawah pengurusan sebanyak $16 bilion.

Sting

Selain daripada itu, Yngve Slyngstad turut menerima pelawaan konsert yang dilakukan oleh artis terkenal antarabangsa iaitu Sting pada masa yang sama. Kes ini masih disiasat oleh kerajaan Norway dan segala komunikasi di antara mereka berdua sedang diteliti bagi tindakan lanjut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.