5 Nasihat Untuk Anda Yang Nak Beli Rumah Waktu Market Tengah Down

Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila Bank Negara Malaysia sekali lagi menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas menjadikan kadar OPR adalah pada angka 2.0% dengan kadar siling dan lantai baharu 2.25% dan 1.75% bermula 5 Mei 2020 yang lalu.

Menerusi portal Bank Negara Malaysia, punca penurunan OPR adalah gara-gara keadaan ekonomi domestik yang lemah ekoran pandemik yang memberi kesan besar kepada aktiviti ekonomi harian.

Antara yang paling teruk terkesan adalah bahagian pengeluaran dan perbelanjaan semasa rakyat Malaysia.

Dari sudut moratorium pula, Menteri Kewangan YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Mei 2020 yang lalu telah mengeluarkan kenyataan terbaru bahawa tiada caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli.

Kenyataan ini terpakai kepada kedua-dua sistem pinjaman konvensional dan shariah. Ini mungkin kerana insiden Bank Negara Malaysia terlepas pandang berkenaan syarat moratorium sebelum ini yang mengundang kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Buat pengetahuan anda, kebanyakan harga rumah pasaran undercon di beberapa kawasan di Malaysia khususnya di Lembah Klang, Perak, Melaka dan Johor telah mula mengalami penurunan sekurang-kurangnya 5% – 10% semenjak pandemik COVID-19 melanda negara.

Penurunan harga rumah di pasaran subsale telah menurun lebih awal dari itu apabila terdapat pemilik rumah yang terdesak dan menjual rumah tersebut 20%-30% di bawah harga pasaran.

Manakala pasaran lelong dilihat lebih dahsyat dari kedua-dua pasaran hartanah. Pemerhati hartanah menjangkakan pasaran lelong akan ‘hot’ selepas tempoh moratorium selesai.

Nampaknya, jangkaan pemerhati hartanah meleset sama sekali apabila Selangor Auction Property menerusi akaun Facebook mereka baru-baru ini mengiklankan beberapa unit hartanah dari projek ternama di seluruh Lembah Klang.

Ya, belum sempat tempoh PKP 4 ini selesai pada 12 Mei 2020, dah banyak rumah kena lelong gara-gara compress multiple submission loan.

Baca: Sisi Gelap Pelabur Hartanah Menggunakan Teknik ‘Multiple Submission’

Ok. Cukup sekadar itu.

Jadi, adalah keadaan semasa hari ini bakal menyebelahi anda yang ingin beli rumah saat pasaran sedang meleset?

Dan, benarkah pasaran sedang berada dalam fasa kemelesetan paling teruk?

Penulis berpendapat, pasaran belum benar – benar meleset atau ‘down’ lagi. Oktober 2020 bakal menjadi waktu bagi kita semua menyaksikan dengan mata kepala sendiri adakah pasaran benar-benar meleset atau menaik ekoran injeksi stimulasi ekonomi domestik oleh kerajaan.

Walau apapun, untuk anda yang tetap nak beli rumah waktu market sedang down kelak, fahamkan dulu 4 puncanya terlebih dahulu.

1. Harga Rumah Turun

Senario ini berlaku apabila wujud lambakan hartanah dan kurang pembeli. Kesannya, pemaju hartanah atau pemilik hartanah cenderung untuk menjual projek atau unit hartanah di bawah harga pasaran.

Trend harga rumah turun ini jika kita rujuk data dari Brickz.my, berlaku peningkatan dan penurunan yang dinamik.

  • Januari 2016 : RM493/kaki persegi
  • Januari 2017 : RM439/kaki persegi
  • Januari 2018 : RM447/kaki persegi
  • Januari 2020 : RM442/kaki persegi

2. Tawaran Harga

Semenjak tahun 2015, trend tawaran jualan harga rumah di bawah harga pasaran semakin meningkat naik. Dari sudut penjual, teknik ini memudahkan mereka menjual unit hartanah mereka lebih cepat kepada pembeli yang berminat lebih – lebih lagi untuk hartanah jenis high rise yang kita sedia maklum persaingannya sengit.

Dari sudut pembeli pula, mereka mempunyai peluang dan ruang untuk memiliki rumah sendiri sungguhpun dari pasaran subsale pada harga yang kadang kala rugi kalau ditolak!

Kesannya, harga rumah menurun ekoran tawaran harga oleh pemilik hartanah.

3. Pasaran Lelong

Sungguhpun 1/3 Bumiputera di Malaysia masih belum ‘masak’ dengan pasaran lelong, trend pembelian hartanah dari pasaran lelong kian meningkat naik semenjak tahun 2015 lagi dan benar-benar ‘masak’ pada tahun 2018!

Kenapa ini berlaku?

Kerana berlaku peningkatan kes Non-Performing Loan (NPL) ekoran tindakan segelintir pelabur hartanah yang menggunakan kaedah pemampatan pinjaman.

Kaedah ini adalah apabila seseorang memohon beberapa pinjaman rumah di berbagai bank, secara serentak.

Bila tak boleh bayar kerana tidak jelas dengan strategi pelaburan hartanah, maka dilelonglah rumah tersebut oleh pihak bank.

4. Rental Yield Menurun

Punca kenapa rental yield menurun adalah kerana berlaku persaingan yang sengit dalam kategori hartanah yang sama.

Contohnya, apabila anda memiliki hartanah kondominium di Mont Kiara, belum tentu anda boleh sewakan unit anda pada harga RM4,000. Ini kerana, terdapat pemilik hartanah yang sanggup menyewakan unit mereka pada harga RM2,000 asalkan 70% dari pinjaman dilindungi oleh penyewa.

Lain orang, lain permainannya.

Memandangkan anda kini sudah mula mendapat gambaran akan punca harga rumah turun, maka poin seterusnya yang akan dikongsikan adalah tips untuk anda yang beli rumah sewaktu pasaran sedang meleset.

Jom kita tengok 5 nasihat untuk anda yang nak beli rumah waktu market tengah down.

1. Kaji Selidik

Adalah sangat penting untuk anda melakukan kajian selidik sebelum ‘terbeli’ hartanah yang salah.

Antara kajian selidik yang anda perlu lakukan adalah analisis kawasan yang merangkumi demografik, kualitatif, kuantitatif dan booster hartanah.

Selepas itu, lakukan analisis persaingan yang melibatkan tawaran sedia ada, tawaran mendatang dan kategori hartanah.

Akhir sekali adalah analisis pembangunan dengan menyenaraikan kelebihan dan kekurangan lokasi, kelebihan projek dan risiko projek tersebut.

2. Semak Kewangan & Tawaran Pinjaman

Tak kisah samada anda membuat semakan online atau secara walk -in ke bank untuk melihat tawaran pinjaman dari 18 bank, anda wajib mempunyai profil kewangan yang sedap mata memandang dan tidak corot di mata pihak bank.

Baca: Rakyat Malaysia Kini Boleh Dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan Melalui Loancare

Semak kestabilan kewangan anda dengan menyemak rekod CCRIS, CTOS anda.

Baca: eCCRIS – Laporan Kredit di Hujung Jari

3. Pencarian Hartanah Ideal

Bahagian ini bermula dengan pasaran hartanah yang anda inginkan. Satu benda yang anda perlu tahu adalah entry cost untuk pasaran undercon adalah lebih rendah dan mudah berbanding pasaran subsale dan lelong.

Manakala pasaran lelong memerlukan anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tunai yang banyak. Akan tetapi, pasaran lelong adalah tempat di mana anda mampu untung di atas kertas berpuluh ribu sebelum menjualnya semula.

4. Rundingan Diplomatik

Jika anda berminat untuk mendapatkan hartanah dari pasaran subsale, anda wajib mempunyai skill rundingan yang baik. Hal ini kerana, rumah yang telah didiami untuk tempoh masa yang lama tidak mudah untuk dijual begitu sahaja.

Anda boleh berunding supaya pemilik hartanah tidak merasa rugi melepaskan rumah tersebut kepada anda.

Rundingan juga perlu sekiranya anda ingin membayar 10% deposit daripada harga rumah kepada pemilik hartanah secara ansuran dan sebagainya.

5. Kaveat

Bahagian ini ramai yang terlepas pandang. Dek terburu-buru untuk menjadi kaya dengan pelaburan hartanah, sampai terlupa untuk semak sebarang kaveat yang ada pada geran hartanah tersebut.

Sungguhpun kaveat boleh dialih mengikut beberapa prosedur, prosesnya memakan masa yang lama dan memerlukan anda mengeluarkan kos.

Jadi, semak dengan baik sekiranya terdapat kaveat pada geran hartanah tersebut. Jika ada, jangan terus batal rumah tersebut. Sebaliknya semak dahulu tarikh kaveat tersebut terbatal.

Buat anda yang memang telah menanti lama keadaan pasaran hartanah berada pada paras yang rendah, gunakan kelebihan ini sebaik mungkin kerana tempoh ini tidak datang selalu dan hanya berlaku setiap 20 tahun sekali sahaja.

Tips untuk anda yang tidak tahu nak beli hartanah jenis apa, anda boleh mulakan dengan kediaman jenis high-rise kerana ianya lebih mudah untuk dibeli.

Duit sahaja tidak mencukupi, pastikan anda penuhkan ilmu dan lakukan kajian. Rajin-rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman agar anda tidak tersilap!

Sumber Rujukan:

Nak Tahu Rahsia Beli Rumah Lelong?

Kita selalu dengar beli rumah lelong ni best sebab dapat beli pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran, tapi bagaimana caranya? Apa langkah-langkahnya? Bagaimana nak bermula?

Jom belajar daripada Tuan Shafie Bustan yang juga dikenali sebagai Pie2020. Beliau beli rumah lelong pertama sejak tahun 2007 lagi.

Beliau akan kongsikan:

  • Macam mana nak pilih RUMAH LELONG TERBAIK dan MENGUNTUNGKAN?
  • Kat mana nak tengok senarai beribu-ribu LISTING RUMAH LELONG lelong supaya senang nak pilih?
  • Macamana cara STEP BY STEP untuk buat BIDAAN rumah lelong?
  • Macamana cara nak ELAKKAN KESILAPAN dan RISIKO semasa membeli rumah lelong?
  • Macamana cara nak BELI DAN BIDA RUMAH LELONG secara online – E-BIDDING je?….. dan banyak lagi.

Bukan itu saja, beliau kongsikan juga mengenai real case study dan step-by-step mudahnya beli rumah lelong.

Dapatkan 3-in-1 Kombo eBook Rumah Lelong hari ini!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman