Rakyat Malaysia Kini Boleh Dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan Melalui Loancare

Kuala Lumpur, 28 Jun 2019 – LoanCare telah dikemaskini dengan dua ciri baharu. Kini, pengguna boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman perumahan mereka sehingga daripada 17 bank di Malaysia berserta dengan jumlah ansuran bulanan dan tempoh pinjaman rumah dihantar terus ke e-mel mereka.

Di Malaysia, kebanyakan bakal pemilik rumah tidak menyedari bahawa bank yang berbeza menawarkan nisbah pembiayaan hutang (Debt Servicing Ratio) yang berbeza-beza. Nisbah pembiyaan hutang ialah jumlah pendapatan seseorang yang boleh digunakan untuk membayar ansuran hutang dan diwakili dengan peratusan (%). Kini, kesemua pembeli boleh mengakses maklumat ini secara percuma di iProperty.com.my di hujung jari mereka.

Tidak seperti aplikasi semakan pinjaman rumah yang lain, LoanCare dari iProperty.com.my juga tidak memerlukan seseorang untuk mendedahkan nombor Kad Pengenalan mereka.

“Konsep nisbah pembiayaan hutang adalah baharu bagi kebanyakan orang. Selalunya, mereka tidak faham bahawa bank menggunakan nisbah pembiayaan hutang dalam pelbagai cara walaupun ia bukanlah satu konsep yang sesuai dengan semua perkara. Nisbah pembiayaan hutang menunjukkan berapa banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran hutang dan dinilai dengan peratusan. Ia dinilai daripada dua (2) komponen utama iaitu komitmen dan pendapatan.

Apabila seseorang dalam usaha pencarian hartanah tanpa pemahaman yang betul bagi konsep nisbah pembiayaan hutang ini, permohonan mereka berkemungkinan ditolak oleh bank dan mereka tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan selama tiga hingga enam bulan.

Pada dasarnya, kami ingin menyediakan platform yang mudah bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan pencarian hartanah yang dikehendaki melalui carian khusus dan laporan kelayakan pinjaman perumahan melalui satu saluran sahaja. Ia adalah sasaran utama bagi mencapai objektif ini dengan pelancaran versi Bahasa Malaysia ini,” tambah David Mawer.

Contoh laporan yang diemel:

Mengenai iProperty.com.my: iProperty.com.my adalah jenama pengguna REA Group Asia di Malaysia dan merupakan laman web hartanah yang terkemuka di Malaysia, memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari hartanah bagi pembelian atau penyewaan, dan juga menghubungkan pencari hartanah dengan ejen hartanah serta pemaju. iProperty.com.my turut menawarkan penyelesaian secara dalam dan luar talian bagi pelanggan dan pengguna yang terlibat dalam acara atau ekspo yang berkaitan hartanah dan menghasilkan isi kandungan digital dan video.

Dengan kunjungan lebih 2 juta pengguna dalam masa sebulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah nombor satu di Malaysia.

Mengenai REA Group Limited: REA Group Limited ACN 068 349 066 (ASX: REA) ("REA Group") adalah syarikat pemasaran digital multinasional yang mengkhusus dalam bidang hartanah. REA Group mengendalikan laman web perumahan, komersil, dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka di Australia - realestate.com.au, realcommercial.com.au, Flatmates.com.au – dan juga Spacely, satu laman web hartanah, bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Di Asia, Kumpulan REA memiliki laman web hartanah yang terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), dan portal-portal terkenal di Hong Kong (squarefoot.com.hk), China (myfun.com), dan Singapura (iProperty.com.sg) serta ekspo perniagaan (SmartExpo) yang merentasi benua Asia dan sebuah laman ulasan hartanah terkemuka di Thailand (thinkofliving.com). REA Group juga memiliki Smartline Home Loans Pty Ltd, iaitu kumpulan francais pembrokeran gadai janji di negara Australia dan Hometrack Australia Pty Ltd, penyedia utama bagi perkhidmatan data hartanah. REA Group juga merupakan pemegang saham penting bagi laman web hartanah Move, Inc di Amerika Syarikat dan PropTiger di India.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.