BIMB Investment Melancarkan Dana Pendapatan Tetap Islam Borong Untuk Sektor Korporat

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, hari ini melancarkan dana pendapatan tetap Islam borong yang baharu dikenali sebagai BIMB Shariah IncomePlus Fund (BSIF).

BSIF adalah dana pendapatan tetap Islam borong yang bertujuan untuk menyediakan pelabur yang sofistikated dengan portfolio pelaburan berisiko rendah yang menawarkan pengagihan pendapatan bulanan berkala (dalam bentuk tunai atau unit tambahan).

Dana pendapatan tetap Islam borong yang baru dilancarkan ini melabur dalam kombinasi portfolio tunai dan Sukuk sebagai aset pendasar yang menawarkan pulangan kumulatif yang lebih tinggi kepada pelabur di samping mengekalkan modal mereka.

“Kami berbesar hati melancarkan Dana BIMB Shariah IncomePlus (BSIF), dana yang disesuaikan untuk pelabur korporat yang mencari pelaburan berisiko rendah tetapi dengan pulangan yang lebih tinggi berbanding deposit berjangka tradisional. Pelancaran dana ini tepat pada masanya mengambil kira persekitaran kadar faedah rendah semasa.

BSIF menawarkan peluang kepada pelabur korporat untuk mempelbagaikan dan mengimbangkan semula portfolio pelaburan dalam bentuk tunai dan sukuk dengan gred pelaburan tinggi,” kata Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla.

Dana ini bertujuan untuk menyediakan pengagihan pendapatan bulanan berkala (dalam bentuk tunai atau unit tambahan) dan pertumbuhan modal untuk pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Pelepasan cukai diberikan buat BSIF dan baucar cukai akan dikongsi dengan pelabur. 70%-90% dana akan dilaburkan dalam instrumen tunai dan 10%-30% dana akan dilaburkan dalam instrumen Sukuk.

Mengulas mengenai pelancaran BSIF, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, “Sektor korporat telah menyaksikan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 bps buat tahun ini sahaja, menjadikan tahap OPR pada 2.00%.

Memandang kehadapan, tinjauan inflasi mendatar memberikan ruang untuk pelonggaran monetari dengan prospek penurunan 25 bps dari tahap OPR semasa. BSIF adalah alternatif bagi pelabur korporat memandangkan kadar deposit yang rendah kerana pengurangan OPR.

Pendedahan sekurang-kurangnya 10% dalam sukuk gred pelaburan tinggi memberikan keyakinan kepada pulangan BSIF. Berdasarkan portfolio indikatif kami, BSIF berpotensi untuk menghasilkan pulangan 3.18% setahun walaupun keadaan kadar faedah rendah ketika ini. “

BSIF adalah bentuk pelaburan yang cair dan fleksibel tanpa tempoh penguncian serta tiada penalti dikenakan untuk pengeluaran separa. Dana BSIF menawarkan kecairan harian, bererti pelabur dapat menukar unit mereka, samada sepenuhnya atau separa, menjadi wang tunai. Pelabur boleh menebus pelaburan mereka pada setiap Hari Perniagaan.

Melalui BSIF, pelabur dapat membeli unit dana dengan pelaburan awal minimum RM10,000 dengan pelaburan tambahan seterusnya bermula daripada RM5,000. Bayaran pengurusan tahunan BSIF adalah 0.15% setahun dengan yuran pemegang amanah 0.03% setahun.

BIMB Investment telah memenangi anugerah Pengurus Aset Islam dan Dana Terbaik Malaysia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017 dan Pulangan Penyesuaian Risiko Terbaik untuk Pengurus Dana Pelaburan Prinsip ESG di Anugerah Alpha Asia Tenggara Kewangan Islam Terbaik 2019.

Ia juga telah dinobatkan sebagai Pengurus Aset ESG Terbaik 2019 oleh Anugerah Aset Triple A Kewangan Islam 2019, sebuah anugerah yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian penting dalam ESG, kemampanan dan pengurusan aset di Asia.

Permohonan untuk unit-unit boleh dibuat secara terus melalui pasukan Penjualan Korporat BIMB Investment dengan menghubungi nombor bebas tol 1-800-88-1196 atau e-mel ke [email protected].

Pemegang Unit boleh mendapatkan harga Dana harian dan maklumat lebih lanjut mengenai Dana dari laman web BIMB Investment di http://www.bimbinvestment.com.my.

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.