Dah Bersedia Nak Beli Rumah? Pastikan Buat 9 Senarai Semak Ini Terlebih Dahulu

Nak beli rumah…
Nak beli rumah…

Tetapi bersediakah kita? Bersedia yang kami maksudkan bukan sahaja daripada segi kewangan, tetapi ada beberapa faktor lain yang perlu diberikan perhatian.

Berikut merupakan 9 perkara penting yang perlu diberikan perhatian sekiranya kita memasang niat untuk membeli rumah.

1. Sumber Pendapatan Yang Cukup

Nak beli rumah, kenalah ada modalkan? Macam mana nak dapatkan modal ini? Tentulah kena bekerja untuk dapatkan pendapatan.

Tak kiralah sama ada kita makan gaji, bekerja sendiri, berpendapatan tinggi mahupun rendah, semua orang mampu untuk membeli rumah. Yang penting usaha.

Setkan satu matlamat atau jangka masa, bila seharusnya kita dapatkan rumah pertama ini. Kemudian, rangka satu strategi bagaimana cara untuk kita tambah pendapatan supaya target ini dapat dicapai.

2. Tahan Nafsu

Bila ada duit dalam tangan, pasti semua benda hendak dibeli. Walaupun benda atau perkara itu tidak penting mana pun. Kalau kita berhasrat nak beli rumah dalam jangka masa 5 tahun, kenalah berusaha dari sekarang. Kawal nafsu berbelanja sekarang.

Kalau kita belanjakan dahulu gaji baru anda nak menyimpan, mungkin agak sukar untuk dapat capai target yang telah ditetapkan tadi. Jadi, cara paling mudah ialah:

Gaji – Simpanan = Wang Belanja

3. Perlindungan Takaful Bersesuaian

Rasanya dah tak perlu lagi untuk kami tekankan tentang kepentingan perlindungan takaful. Hari ini, ramai juga telah mempunyai kesedaran untuk mendapatkan produk takaful bagi diri mereka dan keluarga.

Persoalannya, adakah kita telah membeli produk takaful yang tepat untuk diri kita dan keluarga?

Ini kerana bukan semua produk takaful itu memberikan perlindungan yang menyeluruh. Di antara soalan yang selalunya kita akan terlepas pandang adalah, adakah produk tersebut dapat memberikan perlindungan kewangan kepada kita sekiranya berlalu inflasi, kejatuhan harga saham mahupun kemerosotan dalam perniagaan?

Sebab itulah penting untuk kita membuat research terlebih dahulu bagi memastikan kita mendapatkan pelan takaful yang sesuai untuk anda.

4. Belajar Cara ‘Beranakkan’ Duit

Kan seronok kalau dah penat-penat bekerja tengok-tengok duit simpanan kita ‘beranak’ dengan sendiri! Jangan risau, ada cara mudah untuk anda biarkan duit anda ‘beranak’ sendiri.

Di antaranya adalah dengan melabur dalam pasaran saham, unit trust atau pun paling mudah menyimpan dalam akaun ASNB atau Tabung Haji.

Apa pun cara yang kita pilih, pastikan kita telah membuat kajian yang cukup dan rancang strategi bagi memastikan matlamat tersebut bakal tercapai.

5. Bayar Zakat

Bagi yang beragama Islam, bila dah mampu tu jangan pula buat-buat lupa untuk menunaikan tanggugjawab membayar zakat. Zakat penting untuk menyucikan jiwa dan juga harta.

Jangan takut membayar zakat. Harta kita tidak akan berkurang pun, sebaliknya akan bertambah melalui cara yang hanya Allah sahaja yang tahu.

6. Kenal Pasti Kepentingan Kewangan

Sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesebuah rumah, kita perlu sedar dengan situasi kewangan sendiri. Adakah kewangan kita sudah cukup stabil untuk menambah aset? Atau kita sudah mempunyai terlalu banyak komitmen kewangan yang perlu diuruskan?

Ini penting bagi mengelakkan kita terjerut dalam masalah kewangan pada masa hadapan. Hutang dah terlalu banyak, rumah pun nak kena bayar. Itu tak kira duit makan lagi.

Jadi lihat kemampuan kewangan anda. Settlekan apa yang lebih penting dahulu. Bila semuanya sudah selesai, barulah beralih kepada pemilikan rumah pula.

7. Tetapkan Matlamat Kewangan Jangka Panjang

Kenapa nak kena letak target untuk jangka masa panjang? Ini penting dalam membantu kita mengurus kewangan dengan lebih baik.

Katakanlah kita berhasrat untuk mempunyai 5 buah rumah dalam tempoh 20 tahun.

Kita perlu merangka strategi dengan membeli rumah kecil tetapi berada di dalam kawasan hot spot sebelum beralih kepada rumah yang lebih besar.

8. Realistik Untung Rugi

Semua orang mesti kalau boleh nak buat untung sahaja dalam dunia pelaburan? Tetapi kita perlu sentiasa berfikiran realistik.

Akan ada masanya kita perlu menanggung kerugian. Ianya merupakan lumrah bukan sahaja dalam dunia perniagaan tetapi juga dalam dunia pelaburan.

Jadi Kita perlu bersedia daripada segi mental dan juga fizikal. Jadikan setiap cabaran itu sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadikan kita lebih berjaya pada masa hadapan.

9. Persiapan Mengadap Ilahi

Kenapa pula tiba-tiba bercakap tentang soal mati? Sebab mati itu pasti.

Kalau boleh lindungilah keluarga dan orang tersayang dengan membahagikan harta melalui wasiat atau hibah mahu pun wakaf semasa kita masih hidup.

Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana harta tersebut akan pergi dan ia juga dapat membantu ahli keluarga daripada masalah setelah ketiadaan kita nanti.

Semua perkara di atas perlu difikirkan dan dirancang dengan teliti. Kalau kita gagal merancang, sebenarnya kita sendiri telah merancang untuk gagal.

Baca juga Berapa Kos Perlu Bayar Untuk Hartanah Berharga RM300,000 – RM700,000?

Sumber rujukan : gilahartanah.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook